url
stringlengths
38
41
headline
stringlengths
4
150
content
list
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21428
Vaksin pertama tiba Ahad ini
[ "KUALA LUMPUR: Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad, sementara pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan mula dilancarkan  secara berfasa pada 26 Februari.", "Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.", "Ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan semalam perdana menteri berkata, fasa pertama program itu akan melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.", "Fasa ketiga pula akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.", "Menurut Muhyiddin, program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 sekali gus diharap dapat menamatkan pandemik Covid-19.", "“Ringkasnya, vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.", "“Inilah juga maksud slogan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang saya perkenalkan secara rasmi hari ini, iaitu Lindung Diri, Lindung Semua,” katanya.", "Perdana Menteri berkata, apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif termasuk membolehkan sektor ekonomi dan pelancongan kembali dibuka.", "Katanya, begitu juga dengan aktiviti ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan kembali boleh dilakukan, namun masih terikat dengan amalan norma baharu.", "“Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa Vaksin Covid-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan Covid-19.", "“Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya.", "Sehubungan itu, beliau menasihati semua rakyat supaya jangan berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin dan hadir pada waktu yang telah ditetapkan untuk menerima dos pertama dan dos kedua.", "Sementara itu Muhyddin berkata, Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancarkan semalam adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi.", "“Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam kita menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang akan dilaksanakan di negara kita.", "Buku panduan itu boleh dimuat turun menerusi laman web www.VaksinCovid.gov.my yang turut dilancarkan semalam. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34251
Setuju laporan audit LCS didedahkan
[ "PUTRAJAYA: Kabinet semalam secara prinsip bersetuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.", "Bagaimanapun, katanya, ia akan dibuat selepas perbincangan antara Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak berkepentingan lain diadakan bagi membincangkan mekanisme pendedahan kerana terdapat isu sensitif yang tidak boleh didedahkan secara umum.", "Wan Junaidi pada sidang media selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini semalam berkata, beliau berpendirian perkara sensitif yang melibatkan soal sekuriti tidak wajar didedahkan.", "“Secara prinsip, Jemaah Menteri masih menekankan bahawa pendedahan itu bakal dibuat. Saya berpendirian benda sensitif, soal sekuriti patutnya tidak boleh didedahkan,” katanya, amalan tersebut dipraktikkan di Amerika Syarikat dan England iaitu isu sensitif tidak akan didedahkan kepada umum bagi tujuan keselamatan. ", "Sebelum ini, Jemaah Menteri telah mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada 2019 dinyahklasifikasikan, namun proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.", "Wan Junaidi juga tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu LCS.", "“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) semasa mesyuarat Kabinet ada sebut satu lagi mengenai RCI LCS). Jadi maknanya belum tertutup lagi soalan itu (RCI LCS), walaupun dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah buat yang terbaik,” katanya.", "Hishammuddin ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu LCS di Dewan Negara semalam berkata beliau memberikan jaminan akan membawa sendiri usul RCI LCS untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam.", "Hishammuddin berkata demikian bagi menjawab cadangan beberapa Ahli Dewan Negara yang menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu LCS bagi meneliti segala aspek agar tidak ada pihak yang bersalah terlepas daripada dakwaan.", "Wan Junaidi berkata, SPRM masih perlu mengemas kini kertas siasatan berkaitan kes LCS sebelum dikembalikan ke Jabatan Peguam Negara untuk diputuskan bagi membolehkan individu lain pula mungkin bakal didakwa.", "“Bagaimanapun tadi ada bincang dalam Kabinet dan keputusan Kabinet adalah terbuka. Siasatan SPRM diteruskan dan Kabinet menegaskan sekali lagi bahawa kami tidak akan melindungi sesiapa pun dalam isu LCS,” katanya.", "Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 November  2020 dan mendapati tiada satu kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima kapal seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.-Bernama", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30764
97 kanak-kanak Ukraine terbunuh
[ "S E R ANGAN… Gambar menunjukkan asap tebal selepas beberapa letupan yang menggegarkan Kiev, Ukraine pada awal Rabu lalu. • Foto AFP", "OTTAWA: Seramai 97 kanak-kanak Ukraine meninggal dunia sejak permulaan pencerobohan Rusia, kata Presiden Volodymyr Zelensky dalam ucapannya di Parlimen Kanada, merayu sekali lagi agar sekutu memperluaskan sokongan mereka untuk Kiev pada Selasa lalu.", "Dalam ucapan video itu, pemimpin Ukraine itu menuduh tentera Rusia memusnahkan segala-galanya: kompleks peringatan, sekolah, hospital, kompleks perumahan.", "“Mereka sudah membunuh 97 kanak-kanak Ukraine.", "“Kami tidak meminta banyak. Kami meminta keadilan, untuk sokongan sebenar yang akan membantu kami untuk menang, untuk mempertahankan (diri kami), untuk menyelamatkan nyawa,” katanya yang menerima tepukan gemuruh daripada penggubal undang-undang.", "Sebelum ini, Perdana Menteri Justin Trudeau mengumumkan sekatan terhadap 15 lagi pegawai Rusia, termasuk pegawai elit kerajaan dan tentera yang terlibat dalam perang itu.", "Tindakan itu menjadikan jumlah individu dan entiti Belarus, Rusia dan Ukraine yang disekat oleh Ottawa sejak permulaan perang bulan lalu kepada hampir 500 orang.", "“Pengabaian terang-terangan Vladimir Putin terhadap kehidupan manusia tidak boleh diterima,” kata pemimpin Kanada itu sambil memuji Zelensky sebagai inspirasi.", "“Demokrasi di seluruh dunia bertuah kerana mempunyai anda sebagai juara kami,” katanya sambil berikrar bahawa Ukraine boleh bergantung pada sokongan Kanada yang tidak berbelah bahagi dan teguh.", "Zelensky berterima kasih kepada Kanada atas sekatan serta peralatan ketenteraan dan bantuan kemanusiaan.", "‘Tetapi, malangnya ini tidak menamatkan perang. Kita semua perlu melakukan lebih banyak lagi untuk menghentikan Rusia, untuk melindungi Ukraine.” ujar Zelensky. -AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11172
Mohd Hafarizam tidak mengaku terima wang haram
[ "KUALA LUMPUR: Tidak sampai sejam dilepas tanpa dibebaskan daripada dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta di Mahkamah Tinggi di sini semalam, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram juga membabitkan nilai sama yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.", "Peguam itu yang juga Penasihat Undang-undang UMNO, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad.", "Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Hafarizam, 48, didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang berjumlah RM7.5 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib bertarikh 16 April 2014, yang telah dimasukkan ke dalam akaun bekas firma guamannya iaitu Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM).", "Peguam itu yang banyak mewakili Najib dalam kes saman sivilnya, didakwa melakukan perbuatan tersebut di CIMB Bank Berhad, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini, pada 17 April 2014.", "Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Mohd Hafarizam didakwa menerima wang berjumlah RM4 juta dan RM3.5 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib bertarikh 7 November 2014 dan 21 Jan 2015 yang telah dimasukkan ke dalam akaun firma guaman sama.", "Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 12 November 2014 dan 12 Februari 2015 di tempat sama, mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.", "Azman membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 September depan untuk sebutan semula kes.", "“Tertuduh perlu membayar deposit sebanyak RM5,000 semalam manakala bakinya perlu dibayar hari ini sebelum 12 tengah hari,” katanya yang turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kesnya selesai.", "Terdahulu, ketika rayuan untuk pengurangan jaminan, peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam memohon kepada mahkamah supaya membenarkan anak guamnya diikat jamin RM200,000.", "“Untuk makluman hakim, wang jaminan yang ditetapkan mahkamah sebelum ini iaitu RM500,000 masih ada dalam simpanan mahkamah, saya mohon supaya untuk pertuduhan yang baharu ini jumlah jaminan yang ditetapkan lebih rendah. Anak guam kami juga baru sahaja membuka firma guaman persendirian namun ekoran wabak Covid -19 yang melanda negara kini ia telah memberi kesan terhadap firma guamannya,” katanya.", "Tambah Hasnal Rezua, anak guamnya bukanlah seorang yang berisiko melarikan diri kerana sebelum ini beliau telah diberi kebenaran untuk ke United Kingdom dan telah pulang ke tanah air pada waktu yang telah ditetapkan oleh mahkamah.", "Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff yang mengendalikan pendakwaan tidak membantah cadangan ikat jamin tersebut.  ", "Terdahulu di Mahkamah Tinggi di sini, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali melepas tanpa membebaskan Mohd Hafarizam daripada dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang turut memaklumkan bahawa mereka akan memfailkan pertuduhan baharu terhadapnya di Mahkamah Sesyen.– Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8975
Kajian pengeluaran durian berkualiti giat dijalankan
[ "BEKENU : Kajian dan penyelidikan sebagai usaha untuk meningkatkan hasil dan pendapatan pengusaha buah durian di negeri ini hendaklah diteruskan.", "Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian ketika ditemui di Stesyen Pertanian Kabuluh di Jalan Miri Bintulu petang kelmarin.", "Katanya, ketika ini Jabatan Pertanian Sarawak sedang giat menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap pengeluaran buah durian yang berkualiti dengan hasil yang banyak dan mampu meningkatkan pendapatan kepada pengusaha buah durian.", "Lawatan singkat ke Stesyen Pertanian Kabuluh itu bagi meninjau dan mendengar taklimat bahawa Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Pertanian Sarawak kini berusaha untuk memastikan kuantiti dan kualiti pengeluaran buah durian dapat dipertingkatkan, jelasnya.", "“Kalau sekarang satu pokok durian mengeluarkan 10 biji buah tetapi dengan adanya kajian dan penyelidikan mengguna teknologi ia boleh mengeluarkan 200 biji buah dalam satu pokok.", "“Jika pendapatan dahulu RM100 tetapi sekarang akan boleh perolehi pendapatan sebanyak RM2,000,” katanya.", "Tambahnya, idea itu bertujuan menggalakkan pengusaha dusun durian meningkatkan kuantiti dan kualiti buah durian.", "Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Rosey Yunus, Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat, ADUN Telang Usan, Dennis Ngau dan Pengarah Pertanian Sarawak, Dr Alvin Chai Lian Kuet.", "Oleh Adum Liu", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=2084
Tiada hukuman dua darjat langgar PKP
[ "PUTRAJAYA: Tiada istilah hukuman dua darjat bagi mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. ", "Beliau berkata, kerajaan sentiasa bersikap adil kepada semua dan tindakan undang-undang yang diambil adalah mengikut tuduhan yang dikenakan. ", "“Tiada siapa yang mengatasi undang-undang negara kita. Kerajaan bersikap adil kepada semua, sesiapa yang langgar undang-undang akan diambil tindakan tanpa kira sebarang kedudukan. ", "“Contohnya (isu denda) exco Perak dan Timbalan Menteri Kesihatan, mereka didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah peraturan PKP, ” katanya dalam sidang media berkaitan PKP semalam.", "Katanya, kedua-dua orang kenamaan itu dikenakan denda kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial semasa menjalankan tugas dan memberi bantuan kepada rakyat. ", "Jelas Ismail Sabri lagi, mereka yang dikenakan hukuman penjara bukan kerana kesalahan melanggar PKP semata-mata, namun turut melakukan kesalahan lain di bawah Kanun Keseksaan. ", "“Bukan kerana dua darjat. (Mereka didenda) kerana kesalahan dari segi penjarakan sosial. Namun, tindakan mereka di bawah Akta 342 sahaja yang hukumannya denda maksimum RM1,000. ", "“Yang ditangkap dan dipenjarakan adalah kerana menghalang tugas penjawat awam seperti bergaduh dan berlawan dengan polis, jadi bermakna yang dipenjara adalah kerana kesalahan lain yang melibatkan Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28079
Terus beri sumbangan kepada masyarakat
[ "KUCHING: Kerajaan menyokong penuh penglibatan persatuan alumni pasukan keselamatan untuk terlibat dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi di negeri ini,", "Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sudah tiba masanya untuk persatuan berkenaan keluar dari konsep hanya dikenali semasa musim perayaan atau ‘wheelchair culture’ iaitu ketika menerima bantuan.", "“Sudah tiba masanya persatuan-persatuan mempelbagaikan usaha dan aktiviti yang boleh menyumbang dari pelbagai sudut pembangunan pertanian secara moden seperti taman agro atau bidang pertanian moden,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Laman Sesawang dan Logo Persatuan Alumni Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, semalam.", "Abang Johari berkata, pucuk pimpinan persatuan ini misalnya boleh melihat dan mengkaji potensi pertanian yang ada sekarang dan boleh dibangunkan seperti tanaman menegak (vertical farming) yang semakin banyak diusahakan pada masa kini bagi menjana pendapatan.", "Abang Johari turut menasihatkan kepimpinan persatuan tersebut untuk mengatur susun pengurusan dengan baik supaya dapat berkembang dalam usaha untuk membantu ahli-ahli persatuan yang lain dari segi ekonomi dan sosial.", "Dalam pada itu, beliau yakin bekas anggota dan pegawai polis dapat terus menyumbang kepada masyarakat sebagai pemimpin kerana masih mempunyai tahap disiplin yang tinggi.", "“Sebab itu ramai mereka diberi kepercayaan untuk menjadi tuai rumah, ketua kampung malah pemanca dan temenggung selepas mereka bersara dari perkhidmatan,” katanya.", "Oleh JEAKQLEYN YACHO", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25682
Tudung saji Biah dapat sambutan luar biasa
[ "PENGALAMAN mengikuti kursus anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JKWS) cawangan Sarikei tahun 2019 dilakar menjadi kraf tangan yang cantik dan unik. ", "Sikap tidak mudah berputus asa Biah Rambor, 47, membuahkan hasil apabila tudung saji berhias anyamannya mendapat sambutan menggalakkan dari peminat kraftangan dari Sarikei, Julau, Bintulu, Kuching, Sibu, Miri, Sabah dan Semenanjung Malaysia. ", "“Saya mula berminat membuat tudung saji berhias menggunakan reben selepas belajar membuatnya di kursus JKWS cawangan Sarikei tahun 2019 lalu. ", "“Selepas mengikuti kursus itu, saya mula belajar sendiri di rumah dan pada mulanya percubaan pertama itu tidak begitu menjadi,” katanya ketika ditemu bual pemberita. ", "Tambahnya, dia tidak berputus asa dan memberanikan diri belajar daripada mereka yang lebih mahir dan berpengalaman. ", "Corak kraf tangan tudung saji berhias kebanyakkannya bermotifkan alam flora dan fauna. ", "“Motif alam flora dan fauna punya kekuatan tersendiri selain perlukan daya imiginasi dalam seni kraftangan. ", "“Tudung saji berhias saya ini, yang uniknya berbeza dari tudung saji yang lain, kita dapat buat dalam pelbagai corak dan dapat buat mengikut pemintaan pelanggan yang membeli tudung saji berhias kita. ", "“Contohnya corak dari bendera Malaysia, bendera Sarawak. Ada juga pelanggan yang minta tudung saji berhias bercorak buah nanas, ketupat dan bunga raya,” ujarnya. ", "Lebih membanggakan, tudung saji berhias hasil kreativiti Biah ini juga menembusi pasaran luar negara iaitu di Australia. ", "“Satu yang di luar jangkaan saya ialah tudung saji berhias ini mendapat sambutan dari luar negara.", "“Produk saya ini telah sampai ke Australia melalui rakan Facebook,” katanya lagi. ", "Selain itu, tudung saji berhias ini turut mendapat perhatian dari Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh. ", "“Yang Berhormat (YB) Datu Len Talif Salleh juga berminat dengan tudung saji hiasan ini sehingga berkongsi di laman Facebook beliau. Terima kasih sekali lagi kepada beliau,” katanya. ", "Sementara itu, katanya, harga tudung saji berhias yang dijualnya bergantung kepada saiz dan reben yang dipakai. ", "“Tudung saji berhias saiz kecil berharga RM35, saiz sederhana berharga RM70 dan saiz besar berharga RM120. ", "“Untuk menganyam satu tudung saji memerlukan agak banyak reben. Harga reben di sini juga agak mahal jika dibanding dengan harga di Kuching. ", "“Harga untuk satu reben ialah RM15 dan belum lagi termasuk harga tudung saji,” ujar Biah. ", "Dari segi pemasaran produk tersebut, Biah turut menggunakan menggunakan internet untuk memperluaskan jaringan pasaran. ", "“Sambutannya setakat ini sangat menggalakkan walaupun masih terkesan dengan penularan wabak Covid-19,” jelasnya. ", "Oleh EARL ANEK", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7865
Atletico terus gah tanpa kalah
[ "ALVARO Morata menjaringkan dua gol untuk membantu Atletico Madrid mencatat kemenangan 3-0 ke atas pasukan sedang bergelut, Mallorca hari ini sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah di La Liga sepanjang 12 perlawanan.", "Kemenangan itu menyaksikan Atletico kekal di tangga ketiga dengan 62 mata untuk berada di landasan tepat kembali ke Liga Juara-Juara musim depan.", "Morata menjaringkan gol pertama minit ke-25 menerusi sepakan penalti.", "Dalam aksi itu, Morata dikasari oleh Aleksandar Sedlar namun tendangannya kemudian diselamatkan oleh penjaga gol Mallorca, Manolo Reina.", "Bagaimanapun, tindakan barisan pemain Mallorca yang meluru lebih awal ke kawasan kotak penalti menyaksikan Morata diberikan peluang kedua dan dia tidak mensia-siakan lagi peluang itu.", "Morata menjaringkan gol kedua sebelum berakhir separuh masa pertama.", "Dia menerima hantaran cantik daripada Marcos Llorente sebelum merembat masuk ke gawang lawan.", "Koke mengesahkan kemenangan Atletico dengan gol ketiga minit ke-76. -AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=24827
Cherpan:Agi Bekulit Agi Bedaki
[ "TUSUN KESATU", "ATUN duduk chechanguk kediri-diri ba mua pintu ujung bilik. Utai bekelingi dia benung nadai bemunyi. Orang ke setak ke setak  sekumbang ke udah kena Atur Mindah Betagang Diteritka (PKPD) tu endang nadai bemunyi.  Orang bela ngintu diri, diau di bilik diri nadai ngulu pangan diri.", "“Nadai utai diketusahka. Enda gawa din, ditu mih ngidupka diri,” ku iya ngesuhka seput iya sambil nikauka repik kayu ti dipegai iya enda berasai. Iya tak bisi pansa ketawa ngeraba. Pengingat iya terebai ngagai endur iya ke bekuli. Tak didinga iya jaku tauke iya nelai pending iya lebuh orang ke dikumbai iya boss nya nyuaka duit gaji iya ke penudi.", "“Tu Atung, duit gaji nuan. Aku nadai agi mai bala bekereja sekumbang menua ti bejalaika PKPD. Nuan pulai lumah lulu. Enti bisi manah ila, aku kangau nuan baru,” ku Ahling.", "“Satu hal agi Atung, aku minta ampun. Aku enda ulih mayar sewa lumah tu agi. Atun chali tempat lain,” ku tambah tauke nya.", "TEMATI KUTU", "Jaku tauke nya asai ke ngentung dada Atun. Tusah amat ati iya. Lama iya temati kutu berundingka diri ke diketuka gawa.", "Pulai ke menua, lembau amat asai ati. Mayuh utai dirunding. Balat bingung ati iya. Dini endur diau? Bisi enselit runding jai iya. Jalai nya nyamai sereta muntang. Diperatika iya tali nilun mesai tunjuk anak bagas dikena iya betanchangka utai. Jeling iya lungga tajam iya di bilik dapur iya ba rumah ti enda tau alai diau agi nya. Ingat iya ke siti butul agi berisi lalu iya nyembur rumput ba belakang rumah. Eh, anang palui, ku munyi telai mansa pending iya. ", "Jam nya iya tegepang ari pengingat iya. Leka jaku “Anang palui” enda ngetu didinga Atun. Enda lama udah nya datai pengingat siti da agi.", "“Lapa nuan enda nemu adat enda tau mindah diatu” ku seregah Tuan Polis ke tak  ngegap iya.", "“Orang nadai tau mindah meraka garis sitak menua, nemu nuan?” ku tampung Tuan polis.", "Dada Atun ketap-ketap. Ati iya deka nimbal tang iya enda nyadi. Tuju iya deka minta kasih, ukai deka ngelaya polis.", " “Nemu aku tuan tang minta ampun tuan. Uji tuan mending dulu cherita aku,” ku Atun. Pegu iya berasai lembut. Asai ti deka melilai. Iya ngasaika ai bisi ngisi mata iya. Iya kesap-kesap.", "“Nama cherita nuan. Tusi,” ku tuan polis setengah nerengak.", "“Minta ampun aku. Aku tu udah lenyau pengawa. Aku nadai agi alai diau. Nyau segau-segau mih aku tu. Enti aku enda pulai ke menua nyadi orang nadai berumah bejalai aku. Enti enda ulih aku..” Ayat nya enda enda apus. Iya nyau lemas laban  ai mata iya nelusur kuyu iya. Tak nyabak tuai. Ukai utai dikelulu iya. Jam nya iya ingatka berita madahka siku bangkai orang bisi ditemu melepung ari baru Jematan Gantung Satok.", "Tuan polis nya merening Atun ari punjung pala datai ke tapa kaki.  Atun ngasaika tubuh iya tang begantung ba angin. Asai ke enda bediri ba geladak agi iya.", "BETAMPUNG…", "Oleh JANTAN UMBAT", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25697
Selangor FC 2 turun pasukan kedua
[ "PENOLONG ketua jurulatih Selangor FC 2, Rusdi Suparman memuji impak yang diberikan oleh pemain simpanannya yang diamanahkan untuk membantu pasukan mencatat keputusan seri 1-1 dengan Kuching City FC dalam aksi di Stadium Pasir Gudang petang Ahad lalu.", "Rusdi turut mendedahkan beliau telah membariskan skuad kedua pasukan itu selepas beberapa tonggak utamanya belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan serta tiga pemain utama dipanggil untuk beraksi bersama pasukan senior.", "“Untuk pengetahuan semua, pemain kesebelasan yang diturunkan pada petang ini kebanyakannya adalah pemain yang kurang minit permainan mereka.", "“Kami dimaklumkan juga tiga pemain utama telah dinaikkan ke pasukan utama pada malam ini, sebab itu kita tidak banyak mempunyai masa untuk membuat persediaan pada perlawanan menentang Kuching City,” katanya.", "Sementara itu, Rusdi menyifatkan keputusan seri 1-1 itu sebagai satu keputusan yang adil bagi kedua-dua pasukan setelah mempamerkan aksi terbaik.", "“Kita sedar kita beraksi tanpa pemain utama dan ramai dibarisi pemain simpanan, tapi kita berjaya harungi perlawanan dengan membariskan pemain-pemain muda.", "“Saya turut memuji aksi mantap benteng pertahanan kita yang berjaya bertahan serangan daripada pasukan Kuching City,” ujarnya.", "Beliau berpendapat pemain import pasukan itu telah berjaya mengimbangi kepupayaan pemain muda dan diatas faktor itu menyebabkan kejayaan mereka mengekang kemaraan pasukan Kuching City membawa pulang mata penuh.", "Selangor FC 2 selepas ini akan menanti kunjungan Terengganu FC II pada 10 September ini di Stadium Selayang.", "Oleh ADI SAFARMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5088
Kematian Floyd: Pemain tunjuk perasaan
[ "BAYERAN Munich menghadapi salah satu rintangan terakhir dalam memburu gelaran Bundesliga Jerman kelapan berturut-turut hujung minggu ini ketika pemain di Jerman memikirkan untuk mengadakan tunjuk perasaan bersama berikutan kematian George Floyd di Amerika Syarikat.", "FA Jerman semalam berkata, pemain bola sepak termasuk Jadon Sancho yang memberikan penghormatan kepada Floyd semasa perlawanan hujung minggu lalu tidak akan dihukum dengan seruan sejak itu berkembang daripada beberapa pemain Bayern untuk tindakan selanjutnya.", "“Sukan selalu begitu dan dapat berkongsi kekuatan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita adalah komuniti dan kuat bersama,” kata penyerang Bayern, Thomas Mueller menjelang perlawanan esok dengan menentang Bayer Leverkusen.", "“Kami memiliki begitu banyak orang yang berbeza dalam sukan ini, tidak peduli warnanya. Sukan mempunyai kekuatan untuk menyatukan orang untuk berbicara dengan satu lidah,”jelasnya.", "Joshua Kimmich mendedahkan pemain Bayern telah berbincang mengenai penggunaan platform mereka untuk mengecam sikap perkauman, sementara pemenang Piala Dunia, Jerome Boateng menggesa lebih banyak ahli sukan kulit putih terkenal untuk menambahkan suara mereka dalam kemarahan atas kematian Floyd.", "“Suara kami membawa makna, kami memiliki platform dan menyentuh banyak orang,” kata Boateng, yang ayahnya berasal dari Ghana kepada radio Deutsche Welle.", "“Semua ahli sukan kulit putih yang tidak bersuara jelas sekali tidak bersikap perkauman tetapi tentu sahaja wajar mereka juga menggunakan suara untuk tujuan ini. Ramai yang melakukannya tetapi saya rasa kita boleh melakukan lebih banyak lagi, “ tegasnya lagi.", "Berbaki lima perlawanan, Bayern unggul tujuh mata di hadapan Borussia Dortmund yang mana pemainnya berlutut semasa sesi latihan untuk menyokong pergerakan ‘Black Lives Matter’.", "Di kelompok terbawah liga, Werder Bremen terus dilanda masalah penyingkiran setelah tewas 3-0 kepada Eintracht Frankfurt pada Khamis sekali gus menyulitkan tugas mengekalkan status sebagai pasukan Bundesliga.", "Kekalahan itu lebih mengecewakan buat juara empat kali itu setelah kemenangan 1-0 di Freiburg pada 23 Mei memberi mereka harapan. Werder kini tiga mata di bawah zon selamat dan memerlukan keputusan positif di tempat sendiri menentang Wolfsburg esok.", "“Itu adalah tamparan tetapi jelas bukan sistem kalah mati,” kata jurulatih Werder, Florian Kohfeldt setelah kekalahan kepada Eintracht. “Ini menjadi lebih sulit tetapi tidak mustahil. Kita semua tahu bahawa ia akan menjadi sukar, tetapi kita akan mencubanya,” tambahnya lagi.", "Penyerang Borussia Moenchengladbach, Marcus Thuram telah menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan terakhir sejak Bundesliga kembali bulan lalu untuk mencapai angka dua angka dalam musim debutnya di Jerman.", "Thuram, anak kepada pemenang Piala Dunia 1998 dan aktivis anti perkauman Lilian, membuat kenyataannya sendiri dalam kemenangan 4-1 Ahad lalu ke atas Union Berlin, berlutut dan menundukkan kepalanya setelah menjaringkan gol pertama daripada dua golnya dengan isyarat mengingatkan bantahan masa lalu oleh pemain NFL di AS terhadap perkauman dan kekejaman polis.", "Gladbach kembali beraksi di Freiburg ketika mereka bersaing dengan RB Leipzig dan Leverkusen untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA. – AFP", "BUNDESLIGA JERMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=35459
New York dilanda masalah tikus
[ "WASHINGTON: Jalan-jalan di New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat sedang bergelut dengan isu infestasi (serangan) tikus, memetik data terkini.", "Serangan tikus meningkat 70 peratus berbanding tempoh sama dua tahun lalu, lapor Xinhua memetik rangkaian berita tempatan FOX 5.", "Lebih 21,500 penampakan tikus dilaporkan antara 1 Januari dan 30 September tahun ini berbanding 18,601 untuk tempoh sama tahun lalu.", "Sepanjang April, penduduk New York melaporkan melihat sekitar 7,400 tikus.", "Menurut Fox 5, pada akhir bulan ini Majlis Bandaraya New York akan mengundi untuk pelan tindakan bagi mengatasi isu itu.", "Pelan itu membabitkan kos kira-kira AS$5 juta namun, menurut pakar dana itu tidak mencukupi.", "Rekod menunjukkan kira-kira 300,000 penduduk New York telah berpindah dari bandar raya itu pada musim bunga 2020. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42492
PUISI
[ "Berambut Hitam Kian Keperangan", "Dek Biasan Sang Suria", "Sering Kali Menerjah Ke Ubun.", "Aku Anak Petani", "Berkulit Putih Kian Gelap", "Berkulit Tebal Kian Menipis", "Sudah Lali Pada Panas", "Sudah Lali Pada Hujan", "Tetap Teguh Di Posisi", "Bersama Mereka Membanting Tulang", "Aku Anak Petani", "Bajuku Hanya Kulit", "Badanku Semerbak Wangian Lumpur", "Temanku Hanya Kerbau Bajak Sawah", "Kulit Kami Seolah Tiada Beza.", "Norhayati Hazemi", "kutiplah jiwa yang bertaburan", "usah biar waktu", "meratah hati yang rawan", "bukankah Tuhan sudah bilang", "dan pesan?", "‘Minta pada-KU, pasti AKU perkenan’ [40:60]", "seka rapi air mata", "telan semua calar", "dan luka", "pesan Tuhan terang juga nyata", "‘Usah bersedih, AKU selalu ada’ [9:40]", "dari setiap raga", "yang berantakan jangan", "henti mengutus pinta", "sudah tertulis pada", "warkah dari Tuhan", "‘Sabar, janji AKU benar’ [30:60]", "— pasti tertunaikan.", "Nabillah Bolhassan", "Universiti Teknologi Sarawak", "", "Jika benih dijaga sempurnaIndah warisan lukisan bangsaBagai bunga setanggi syurgaMekar harum wangi baunyaMenjadi pujaan segenap buanaMencorak pelangi indah warnanyaJika benih dijaga sempurnaMerumpun akhlak kukuh terbinaMenyubur teguh bagai istanaTak terusik bisik fatamorganaTak tersentuh janji duniaKasil asuhan sebuah keluarga", "Intergriti terpasak berakar dijiwaKeturunan elok menjadi buahnyaMenyangga tanggung sedaya adaJika benih dijaga sempurnaBijak menutur bahasa bicaraMenghormati sesama susur budayaTua muda adab dijagaAdil berbahagi rezeki yang adaSedikit sama dirasaLebih dicicip gurauan sendaTiada dicari sehingga jumpaJika benih dijaga sempurnaTiada titik meracau sengketaTiada gundah melelah belahKejayaan berganda cahaya terserlahBagai nokhada tiada kalahBeza antara tiada makalahLantaran serupa jadi istilahBarkah lafaz alhamdulillahPimpinan agung merdeka mega", "Zumiriyah Hassim", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=35761
Ekonomi China berkembang 3.9 peratus 
[ "CHINA: Ekonomi China berkembang 3.9 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, mengatasi ramalan sehari selepas Presiden Xi Jinping dipilih semula untuk penggal ketiga bersejarah sebagai pemimpin.", "Beijing minggu lepas menangguhkan pengeluaran angka pertumbuhan suku ketiga dengan pelbagai petunjuk ekonomi lain ketika para pemimpin negara itu berkumpul di Beijing untuk Kongres Parti Komunis lima tahun.", "China telah dijangka mengumumkan beberapa angka pertumbuhan suku tahunannya yang paling lemah sejak 2020 dengan ekonominya terumbang-ambing oleh sekatan Covid-19 dan krisis hartanah.", "Pada suku sebelumnya, pertumbuhan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu merosot kepada 0.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, prestasi terburuk sejak 2020. Negara itu mencatatkan pertumbuhan 4.8 peratus pada suku pertama 2022.", "Tetapi data Isnin, yang diterbitkan lewat enam hari daripada yang dijadualkan, menunjukkan lantunan sedikit, dengan China mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi daripada 2.5 peratus yang diramalkan oleh panel pakar yang ditinjau oleh AFP.", "Walau bagaimanapun, ia menunjukkan peningkatan yang ketara dalam pengangguran dari bulan lalu, seorang pegawai yang dipersalahkan atas wabak itu.", "Ramai ahli ekonomi terus berfikir China akan bergelut untuk mencapai sasaran pertumbuhan 2022nya sekitar 5.5 peratus, dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan KDNKnya kepada 3.2 peratus untuk 2022 dan 4.4 peratus untuk tahun depan.", "Panel pakar AFP meramalkan pertumbuhan purata tiga peratus pada 2022, jauh di bawah 8.1 peratus yang dilihat pada 2021.", "Itu akan menyamai kadar pertumbuhan terlemah China dalam empat dekad, tidak termasuk 2020, apabila ekonomi global dibelasah oleh kemunculan koronavirus.", "“Cabaran dasar yang besar ialah menerima bahawa ekonomi telah mencapai keadaan matang yang bermakna angka pertumbuhan berkemungkinan ditetapkan semula secara kekal kepada julat sifar hingga 4.5 peratus untuk dekad akan datang,” kata Clifford Bennett, ketua ekonomi di ACY Securities, kepada AFP . – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44863
Jangan lakukan pembakaran terbuka – Bomba
[ "SARIKEI: Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengambil masa sekitar 30 minit untuk memadamkan kebakaran melibatkan longgokan sampah domestik yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab di kawasan feri lama di sini, semalam.   ", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei PPgB Mahmudin Narudin berkata, seramai sembilan anggota diketuai PBK I (KUP) Mijan Pamin bergegas ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 10.16 pagi.", "“Bomba tidak akan sesekali berkompromi dengan individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka selain mempertingkatkan rondaan di kawasan yang berisiko tinggi sekiranya keadaan memerlukan.", "“Tanda amaran yang disediakan pihak berkuasa tempatan untuk tidak membuang sampah sembarangan dan membakar sampah secara terbuka, tidak diendahkan.", "“Sekiranya ada individu yang masih berdegil melakukan pembakaran terbuka, kami tidak akan teragak-agak melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi pemberita Utusan Sarawak.", "Menurut Mahmudin, faktor cuaca yang panas dan kering ketika ini menyebabkan kebakaran cepat merebak.", "“Pembakaran terbuka boleh menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan kualiti udara selain memudaratkan kesihatan awam,” ujarnya.", "Justeru, orang ramai di negeri adalah dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka pada musim kering untuk mengelak sebarang kemungkinan kebakaran yang tidak terkawal.", "Turut berada di lokasi, empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarikei. ", "Oleh EARL ANEK", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33385
Sarawak bantu bina Nusantara
[ "TUMPUAN…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Makan Malam JaringanDelegasi Perniagaan Singapura kelmarin.", "KUCHING: Sarawak akan memainkan peranan penting dalam membantu Indonesia membina ibu negara baharunya Nusantara di Kalimantan, Indonesia.", "Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, akan ada banyak peluang di Kalimantan, terutamanya di kawasan berhampiran Nusantara, yang berkemungkinan menarik kira-kira 30 juta orang dari Jakarta dan kawasan metropolitan yang lebih besar.", "“Perdana Menteri Singapura bertanya kepada saya tentang Nusantara dan sama ada Sarawak akan membantu mereka dalam membina modal mereka. ", "“Saya beritahu (Lee Hsien Loong) ya…kerajaan Indonesia minta kita membantu mereka. Nusantara hanya 400 kilometer dari Kapit dan 500 kilometer dari Kuching,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Jaringan Delegasi Perniagaan Singapura di sini, pada malam kelmarin.", "Mengulas lanjut, Abang Johari berkata Sarawak kini sedang menaik taraf infrastruktur pelancongannya termasuk pusat peranginan serta sistem pengangkutan awam dengan sistem Autonomous Rapid Transit (ART) menggunakan hidrogen dijangka siap menjelang 2026.", "“Ia merangkumi sektor pertanian, perkhidmatan dan teknologi tinggi sebagai sektor di mana Singapura dan Sarawak boleh bekerjasama.", "“Itu rancangan kita, jika kita mempunyai Sistem Transit Aliran Autonomi (ART), Sarawak mungkin menjadi yang pertama di rantau ini yang menggunakan sistem seperti kereta api tanpa rel berasaskan hidrogen,” tambahnya.", "Katanya lagi, terdapat lebih ramai rakyat Singapura membeli rumah di Sarawak baru-baru ini di bawah Program Rumah Keduaku Malaysia.", "“Anda tahu rumah kita murah di mana ia hanya mengambil masa satu jam untuk anda sampai ke sini dan sebenarnya, (masa untuk ke Sarawak) adalah lebih pendek daripada Johor di mana anda perlu beratur panjang untuk melalui pusat pemeriksaan imigresen.", "“Apabila anda ke Sarawak, bukan sahaja tempoh perjalanan anda ke Sarawak akan menjadi lebih pendek, anda juga boleh tinggal di rumah anda sendiri dan menikmati mee kolok yang enak semasa berada di Sarawak,” katanya.", "Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Sarawak, Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur yang juga Menteri Luar Negeri Singapura Shivakumar Nair, Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan, Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak, Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak, Datuk Philip Ting Ing Ding, Ketua Pegawai Eksekutif United Overseas Bank (Malaysia) Berhad, Ng Wei Wei serta Pengarah Persekutuan Perniagaan Singapura Asia Tenggara dan Pasifik, Tan Sock Joo.", "Oleh JEAKQLEYN YACHO", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8865
Angka kematian cecah 567,000
[ "AMERIKA SYARIKAT: Angka kematian akibat Covid-19 di peringkat global meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.Jumlah kumulatif kematian di seluruh dunia terkini adalah sebanyak 567,101 kes, menurut statistik Johns Hopkins University.Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 135,000 kes.Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 71,000 dan 44,000 kematian.Itali dan Mexico masing-masing mencatat angka kematian sekitar 34,000 kes.Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 30,000 dan 28,000 kes kematian Covid-19.India menjadi negara tertinggi di Asia yang mencatat kes kematian dengan lebih 22,000 kes.Negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 12,000 kes.-AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14365
Lyon tewaskan Wolfsburg
[ "LYON meneruskan penguasaan mereka sebagai pasukan wanita paling dominan di Eropah semalam, menewaskan Wolfsburg 3-1 dalam final Liga Juara-Juara Wanita UEFA untuk menjulang trofi buat tahun kelima berturut-turut dengan gol bintang dari Jepun, Saki Kumagai terbukti penting.", "Kumagai menjaringkan gol setelah Eugenie Le Sommer meletakkan  pasukan di Perancis itu di hadapan di San Sebastian, memberikan Lyon kelebihan 2-0 ketika rehat dan meninggalkan Wolfsburg dengan tugas berat walaupun Alexandra Popp berjaya merapatkan jurang dalam babak kedua.", "Percubaan tengah pemain dari Iceland, Sara Bjork Gunnarsdottir memastikan kemenangan untuk Lyon, yang mana mahkota Liga Juara-Juara kelima berturut-turut mereka merupakan yang ketujuh secara  keseluruhan sekali gus menjadi rekod.", "Lima kejuaraan berturut-turut menyaksikan mereka menyamai prestasi yang dicapai oleh pasukan lelaki Real Madrid antara 1956 dan 1960, pada awal Piala Eropah.", "Kemenangan terbaru Lyon mengesahkan status mereka sebagai pasukan kelab terbaik di Eropah walaupun pesaing di seluruh Eropah meningkatkan pelaburan mereka dalam permainan wanita.", "Pasukan Jean-Luc Vasseur sebelumnya mengalahkan Bayern Munich dan Paris Saint-Germain dalam ‘Final Eight’ di Negara Basque, Sepanyol, bermain tanpa kehadiran penyokong kerana wabak Covid-19.", "Mereka juga berjaya mengalahkan Paris SG untuk merebut gelaran Perancis ke-14 berturut-turut tahun ini dan mengalahkan pasukan yang sama menerusi penentuan sepakan penalti dalam final Piala Perancis.", "Kemenangan ini, menentang pasukan yang memenangi dua gelaran domestik Jerman dan tidak tewas dalam 40 perlawanan sebelum final, menunjukkan kekuatan skuad mereka.", "Lyon kehilangan empat bintang utama, dengan duo Perancis, Griedge Mbock dan Amandine Henry mengalami kecederaan dan pemenang Ballon d’Or dari Norway, 2018, Ada Hegerberg tidak cergas sepenuhnya serta penyerang England, Nikita Parris digantung perlawanan.", "Mereka kini tidak tewas dalam 65 perlawanan yang berlangsung selama dua tahun, dan ini juga merupakan kali ketiga di mana Lyon mengalahkan Wolfsburg dalam aski final, membuat pasukan dari Jerman mencari mahkota Liga Juara-Juara ketiga untuk menyamai pencapaian pada 2013, ketika mereka mengalahkan OL. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39062
Wanita terjatuh di dalam bangunan pusat beli-belah
[ "SIBU : Seorang perempuan ditemukan meninggal dunia dipercayai terjun dari tingkat lima pusat membeli-belah Wisma Sanyan, hari ini.", "Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili sebentar tadi, sekitar 2.08 petang, pihak polis menerima laporan memaklumkan seorang wanita telah terjun dari tingkat lima bangunan pusat membeli-belah tersebut (Wisma Sanyan).", "“Pasukan siasatan dariapada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu telah ke lokasi kejadian dimana mangsa ditemui terbaring di atas lantai tingkat bawah bangunan tersebut,” jelasnya.", "Menurutnya, hasil semakan didapati mangsa warganegara asing berumur lingkungan 40 tahun.", "“Mayat telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.", "Katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita yang boleh menimbulkan sebarang spekulasi.", "Oleh RAIHAN OMERA KAUSAR", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43046
Abang bomba selamatkan si bulus
[ "SIBU: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan dua anak kucing yang berada di bahagian enjin kereta di Rejang Park, pagi tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, Suna Kaha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 10.57 pagi, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.", "“Tiba di lokasi, anggota mendapati dua anak kucing berada pada bahagian enjin kereta seperti yang dilaporkan,” jelasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.", "Katanya, komander operasi mengarahkan anggota menangkap anak kucing tersebut menggunakan  pakaian seragam dan pakaian perlindungan diri (PPE) sehingga anak kucing berjaya dikeluarkan.", "Oleh AKUN GIMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11405
Md Rayhan diusir selepas selesai siasatan
[ "PUTRAJAYA: Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, 25, yang ditemu bual dalam dokumentari Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” akan diusir ke negara asalnya selepas semua siasatan polis selesai, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud. ", "“Saya tak boleh bagi anggaran bila (Md Rayhan dihantar pulang) cuma penerbangan paling awal ke Bangladesh pada 31 Ogos ini,” katanya pada sidang media, di sini semalam.", "Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.", "Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan Covid-19.", "Khairul Dzaimee sekali lagi menegaskan bahawa pas lawatan kerja Md Rayhan sudah ditamatkan dan disenarai hitam daripada memasuki negara ini selama-lamanya. — Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32420
Mesyuarat Kabinet bincang tentang dana 1MDB
[ "BEKAS Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam, sebagai saksi perbicaraan kes berhubung 1MDB yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. • Foto BERNAMA", "KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa beliau beranggapan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk dijadikan dana politik bagi Barisan Nasional (BN) kerana terdapat perbincangan antara Menteri Kabinet mengenai perkara itu.", "Mohd Sidek, 71, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata terdapat perbincangan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang menteri digalakkan untuk mencadangkan bagaimana dana 1MDB boleh digunakan untuk membiayai projek di kawasan mereka.", "Disoal Sri Ram bagaimana beliau boleh merumuskan bahawa dana 1MDB adalah untuk dana politik BN, Mohd Sidek menjawab, “kerana kesemua menteri (Kabinet) ketika itu ahli BN”.", "Sri Ram: Bukankah mesyuarat Kabinet tidak seharusnya membincangkan mengenai parti politik?", "Mohd Sidek: Saya adalah penjawat awam…. Polisi kerajaan adalah polisi parti memerintah, tidak kira parti BN atau apa sahaja namanya. Polisi kerajaan itu sendiri diperoleh daripada polisi parti, sekumpulan parti atau gabungan parti. Jadi, agak sukar untuk membezakan kedua-duanya.", "Selasa lalu Mohd Sidek dalam keterangannya memaklumkan, mengikut pemahamannya 1MDB ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada parti kerajaan ketika itu iaitu BN.", "Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata oleh sebab itu, beliau tidak pernah bertanya kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mana-mana pihak dalam 1MDB berkenaan masalah yang berlaku dalam syarikat tersebut.", "Disoal lanjut oleh Sri Ram sekiranya Najib pernah mendedahkan dalam mesyuarat Kabinet mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali dengan nama ‘Jho Low’, saksi itu menjawab, ‘saya tidak ingat’.", "Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.", "Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41419
Generasi muda perlu terus amal budaya saling membantu
[ "KUCHING: Generasi muda perlu meneruskan tradisi membantu antara satu sama lain, terutama apabila ada perayaan keagamaan.", "Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, semangat bantu membantu tanpa mengira latar belakang agama dan budaya sudah diamalkan sejak dahulu lagi dan ia perlu diteruskan oleh generasi muda kini.", "“Sudah menjadi tanggungjawab kita dan inilah semangat kita khususnya di Sarawak di mana kita membantu antara satu sama lain. Yang tua menjaga orang muda, yang muda bantu orang tua, yang kaya membantu yang miskin, yang kuat bantu yang lemah.", "“Kalau ini dapat kita laksanakan, barulah akan timbul rasa kasih sayang, hormat menghormati dan seterusnya secara sendiri akan timbul semangat untuk tolong menolong antara satu sama lain.", "“Kalau ini berlaku, kita akan dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Inilah dikatakan kebahagian dalam kita hidup bersatu padu tanpa mengira latar latar belakang setiap kita,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penyampaian sumbangan untuk komuniti Tiong Hua iaitu warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) kawasan Sungai Tengah Matang, hari ini.", "Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petrajaya berkata program penyerahan sumbangan itu adalah acara tahunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong bersama Parlimen Petrajaya.", "Beliau berharap semangat bantu membantu akan menyatupadukan rakyat Sarawak dan memupuk hidup bersama secara aman dalam masyarakat.", "Hadir sama isterinya, Datin Sri Ruziah Mohd dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.", "Oleh Mohd Neenatul Aizal", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13381
Penghuni risau kewujudan serangga berbisa
[ "BINTANGOR: Kewujudan serangga berbisa yang membuat sarangnya di hujung bumbung tingkat atas salah sebuah rumah di Jalan Sungai Bakong disini merisaukan penghuni rumah tersebut.", "Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin, penghuni rumah tersebut bertindak menghubungi pihaknya pada Khamis lalu untuk bantuan memusnahkan sarang serangga berbisa.", "“Kami nenerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 petang.", "“Tiga anggota bomba diketuai PBK II Adam Gauk segera ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan tersebut,” katanya kepada pemberita.", "Katanya, setibanya dilokasi, pasukan bomba naik ke atas bumbung dapur rumah terbabit untuk memusnahkan sarang serangga itu.", "“Tiga tin racun serangga telah digunakan untuk memusnahkan sarang serangga tersebut.", "“Setelah sarang tersebut berjaya dimusnahkan dan lokasi berada dalam keadaan selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14705
Budayakan integriti dalam masyarakat
[ "BINTULU: Dalam usaha membudayakan integriti, meningkatkan tabir urus baik dan menangani gejala rasuah seharusnya kembali kepada ajaran agama.", "Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana kepercayaan dapat memperkukuh nilai-nilai moral dan etika.", "“Integriti dikehendaki oleh semua agama dan masyarakat. Ketelusan dan Integriti adalah ciri-ciri yang harus ada dalam masyarakat Islam,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Seminar Integriti Kepimpinan Masjid Peringkat Negeri Sarawak (Zon Utara) bertempat di Dewan Suarah Bintulu.", "Menurutnya, Islam adalah agama yang sangat mengutamakan perkara-perkara amanah.", "“Perlu amanah kepada tugas yang telah diberikan kepada kita kerana musuh dalam kita adalah nafsu,” katanya.", "Sehubungan itu, beliau menggesa pengurusan dan pentadbiran masjid juga harus berpandukan konsep kepimpinan dengan penuh amanah.", "“Pada era ini peranan masjid dan surau perlu diperkasa lagi dalam membagun masyarakat setempat khususnya mengenai keilmuan yang didasari prinsip aqidah dan kefahaman agama,” katanya", "Tambahnya, Kerajaan cuba secara beransur-ansur untuk memenuhi keperluan masyarakat.", "“Ilmu dan integriti penting kerana supaya dapat menyumbang kepada masyarakat,” ujarnya.", "Dalam pada itu beliau juga memaklumkan bahawa Kerajaan akan membangunkan Bintulu dengan seadil-adilnya.", "Turut hadir Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Talip Zulpilip, Menteri Muda Hal Ehwal Agama dan DBKU dan Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Samalaju, Majang Renggi.", "Oleh Ellie Edward", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28100
Beri mandat GPS bangunkan Sarawak
[ "KABONG: Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong perlu terus memberi mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut.", "Calon bagi kerusi DUN Kabong, Mohd Chee Kadir berharap rakyat akan terus memberi sokongan, mandat dan kepercayaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk kekal mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12), 18 Disember ini.", "Katanya, usaha ini amat penting dalam memastikan kesinambungan pembangunan dan kemajuan yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan di negeri ini.", "Tegasnya lagi, hanya wakil rakyat yang lahir daripada parti politik tempatan yang mampu memahami dengan jelas cara untuk mentadbir dan meneruskan aspirasi yang dituntut rakyat Sarawak dari berbilang bangsa.", "“Kalau kita lihat kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, beliau seorang pemimpin yang luar biasa dan berjaya meneruskan pelbagai bentuk perancangan serta pembangunan luar bandar di negeri ini yang pernah dibatalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu dengan lebih strategik.", "“Beberapa peruntukan yang disediakan untuk pembinaan beberapa jambatan di Sarawak yang dibatalkan berjaya diambil alih Kerajaan Negeri dengan sumber kewangan kendiri dalam masa yang sama meneruskan pembangunan prasarana untuk menghubungkan masyarakat di pedalaman,” katanya, kepada Utusan Sarawak semalam.", "Tambah Chee Kadir, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS terus menerus melaksanakan pembangunan yang lebih holistik dan inklusif kepada setiap penduduk di Sarawak termasuk di kawasan pedalaman.", "Projek-projek infrastruktur yang sedang dan akan dibangunkan di seluruh negeri itu jelasnya diperincikan mengikut keperluan dan struktur demografi penduduk yang pelbagai terutama melibatkan projek bekalan air luar bandar, jalan perhubungan, dan pelaksanaan ekonomi digital.", "“Dengan peruntukan kewangan yang mencukupi daripada Kerajaan Negeri dan sokongan yang diterima daripada Kerajaan Pusat, inisiatif untuk membekalkan air bersih ke seluruh negeri melalui grid sambungan air akan terlaksana menjelang 2030 khususnya bagi bersedia dengan musim kemarau,” ujarnya lanjut.", "Sehubungan dengan itu Chee Kadir menyeru penduduk di sekitar DUN Kabong agar membuat pilihan bijak pada hari pengundian 18 Disember dengan memberi kemenangan kepada calon GPS yang bertanding.", "Beliau yang merupakan penyandang kerusi DUN N40 Kabong sekali lagi diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada kali ini dan bakal ditentang oleh tiga calon iaitu daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), Hud Andri Zulkarnaen, Parti Bumi Kenyalang (PBK), Mohd Asri Kassim dan Wan Mohd. Madehi Wan Ali dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32607
Australia layak ke Piala Dunia
[ "PEMAIN Australia meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia 2022.", "AUSTRALIA menewaskan Peru menerusi penentuan penalti untuk mengesahkan tempat dua terakhir ke Piala Dunia 2022.", "Aksi playoff antara pasukan dari Asia dan Amerika Selatan berkesudahan tanpa tanpa sebarang jaringan selepas 120 minit dan hanya diputuskan apabila Alex Valera gagal menyempurnakan penalti keenam buat pasukannya seterusnya memberi Australia kemenangan 504 di Stadium Ahmad Ali di Doha.", "Australia kini menghuni ranking ke-42 dunia menempah tempat buat kali keenam ke Piala Dunia dan perlawanan pembukaan Kumpulan D akan menemukan mereka menentang juara bertahan Perancis pada 22 November.", "Peru kini yang menghuni ranking ke-22 Fifa sebelum ini menewaskan Australia 2-0 ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 mendapat sokongan hampir 10,000 penyokong yang datang dari serata dunia untuk menyaksikan perlawanan playoff itu.", "Pemain Australia, Martin Boyle bagaimanapun terlepas sepakan penalti pertama buat Australia.", "Penjaga gol gantian Australia, Andrew Redmayne menjadi penyelamat buat Australia apabila menyelamatkan rembatan Luis Advincula dan Valera mencetuskan kegembiraan buat pasukan Socceroos yang diraikan beberapa ratus sahaja penyokong di stadium itu.-AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13587
Bantu rakyat miliki rumah
[ "BINTULU: Perumahan Mampu Milik Sri Pertiwi yang akan dibina di Kidurong di sini memberi manfaat untuk membantu penduduk mendapatkan rumah sendiri.", "Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini sekali gus dapat menangani isu perumahan di Bintulu.", "“Harga rumah yang tinggi di Bintulu khususnya yang dikendalikan oleh pemaju swasta adalah faktor menyebabkan ramai tidak dapat membeli rumah,” katanya menyempurnakan upacara pecah tanah Skim Perumahan Mampu Milik Sri Pertiwi di Jalan Kidurong di sini semalam.", "Menurutnya, dengan usaha sama kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bersama pemaju akan membolehkan rumah tersebut dijual pada harga berpatutan.", "“Bagi membantu golongan muda khususnya pembelian rumah pertama, maka skim perumahan ini diperkenalkan bagi membolehkan golongan sasar memiliki kediaman sendiri yang lebih besar dan selesa,” katanya.", "Tambah beliau, kerajaan menerusi Kementerian Perumahan memperkenalkan skim pinjaman perumahan baharu iaitu Skim Pinjaman Perumahan Mutiara sebagai pendekatan terbaik membantu golongan berpendapatan rendah.", "“Melalui inisiatif yang diperkenalkan ini, pembeli rumah boleh memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman perumahan daripada 15 ke 25 tahun yang kadar bayaran bulanan adalah amat rendah dan tidak membebankan pembeli,” jelasnya.", "Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Integriti dan Ombudsman, Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi dan ADUN Murum Kennedy Chuk Pai Ugon.", "Oleh Ellie Edward", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8135
Griezmann hidupkan peluang Barca
[ "ANTOINE Griezmann menjawab kritiknya dengan penuh gaya semalam dengan menjaringkan gol sensasi ketika Barcelona mengalahkan Villarreal 4-1 untuk mengekalkan harapan gelaran La Liga Sepanyol mereka yang pudar.", "Setelah dimalukan apabila dibawa masuk pada minit ke-90 menentang bekas kelabnya Atletico Madrid, Griezmann kembali dalam kesebelasan utama di La Ceramica dan membalas kepercayaan itu dengan gol yang menakjubkan, setelah menerima hantaran daripada Lionel Messi.", "“Itu adalah jenis gol yang hanya dapat dijaringkan oleh pemain hebat,” kata jurulatih Barcelona, ​​Quique Setien. “Dia bermain dalam perlawanan yang luar biasa.”", "Messi juga mencipta gol untuk Luis Suarez setelah Gerard Moreno membatalkan gol sendiri Pau Torres yang meletakkan Barca di depan. Ansu Fati kemudian menambah gol keempat pada lewat permainan.", "Kemenangan yang mengagumkan untuk pasukan Setien mengurangkan jurang kembali ke empat mata di belakang Real Madrid, yang sebelumnya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Athletic Bilbao di San Mames, dengan sepakan penalti Sergio Ramos terbukti menjadi perbezaan.", "Prestasi lasak Madrid, dan kemenangan ketiga 1-0 berturut-turut mereka, menawarkan perbezaan dengan pesta gol Barcelona yang pastinya lebih mudah di lihat dengan mata tetapi turut memberi petunjuk ke atas perlumbaan gelaran.", "Perlawanan penarik, penuh dengan peluang untuk kedua-dua belah pasukan, menunjukkan Messi, Suarez dan Griezmann berada pada prestasi terbaik mereka namun sekali lagi bahagian pertahanan dengan mudah dibolosi oleh Villarreal, yang mungkin boleh menjaringkan lebih banyak gol.", "Disiplin dan organisasi Madrid menjadikan mereka pilihan utama dengan baki empat perlawanan lagi.", "“Kami memerlukan perlawanan ini beberapa waktu lalu,” akui Setien. “Kami harus terus menambah mata dan kami akan lihat apa yang akan terjadi.”", "Griezmann mengalami saat paling rendah beliau sejak menyertai Barcelona pada hari Rabu ketika seri menentang Atletico tetapi ini adalah tindak balas yang sempurna.", "Dia meraikan jaringannya dengan berkongsi pelukan hangat dengan Messi.Villarreal kelihatan seperti lawan yang sukar setelah memenangi lima dari enam perlawanan sejak liga disambung semula, rentak yang menyaksaikan mereka berada semakin hampir dengan kedudukan empat pasukan teratas.Kekalahan ini meninggalkan mereka tiga mata di belakang Sevilla, yang menentang Eibar pada hari Selasa. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28841
Sekolah menengah kembali ‘bernyawa’
[ "SIMANGGANG: Sekolah-sekolah menengah sekitar Sri Aman kembali ‘bernyawa’ bermula Ahad lepas ekoran kepulangan kembali para pelajar asramanya bagi mengikuti pembelajaran secara fizikal di dalam kelas bermula semalam.", "Tinjauan rambang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang mendapati para pelajar asrama termasuk ibu bapa dan adik beradik mereka sudah tiba di sekolah berkenaan seawal jam 8.15 pagi.", "Ketibaan mereka di situ dilihat sudah dinanti-nantikan oleh para pengawas di bawah kanopi yang terlebih dahulu sudah pun pulang ke asrama sekolah berkenaan sehari sebelumnya.", "Setibanya di luar perkarangan sekolah, kesemua pelajar asrama  diarah menjalani imbasan suhu badan dan kod QR MySejahtera sebelum mengambil serta mengisi borang isytihar kesihatan di pondok pengawal di situ.", "Mereka kemudiannya diarah ke Dewan Rafflesia sekolah berkenaan untuk menyerahkan borang tersebut untuk menonton tayangan penggunaan kit ujian kendiri Covid-19.", "Melalui tayangan tersebut, kesemua pelajar diarah untuk menjalani ujian kendiri dengan mereka yang didapati negatif jangkitan Covid-19 dibenarkan pulang ke asrama sekolah pada hari berkenaan.", "“Pelajar asrama yang didapati positif (jangkitan Covid-19) akan diarahkan pulang kembali bersama penjaga masing-masing untuk urusan selanjutnya,” kata seorang guru.", "Terdahulu tinjauan lanjut mendapati emosi para pelajar asrama yang hadir di perkarangan sekolah bercampur baur dengan sebilangan kecil daripada mereka dilihat  menitiskan air mata ketika mahu berpisah dengan ibu bapa masing-masing.", "“Sedih juga bila mahu berpisah dengan anak-anak. Namun sebagai bapa kita haruslah memastikan anak-anak memperoleh ilmu pendidikan yang sewajarnya melalui sesi pembelajaran secara fizikal di sekolah berbanding atas talian.", "“Justeru adalah lebih baik mereka belajar bersama dengan rakan sekelas dan guru di sekolah supaya mereka lebih fokus sepanjang masa,” kata seorang kaum bapa dari Rapak, Pantu.", "Terdahulu sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi 12 negeri Kumpulan B bermula semalam dengan para pelajar dilihat bersemangat kembali ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara fizikal di dalam kelas.", "Sekolah Kumpulan B ialah sekolah di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.", "Oleh VALENTINE NGUMBANG", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12025
Kerajaan Sarawak biayai tebatan banjir fasa 4 Sibu
[ "SIBU: Kerajaan Sarawak secara dasarnya bersetuju membiayai dan melaksanakan Projek Tebatan Banjir Fasa 4 di sini.", "Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee berkata, projek yang menelan belanja kira-kira RM120 juta itu akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka memberitahu perunding akan dilantik menjelang akhir tahun ini.", "“Projek ini merangkumi satu stesen pam di sebelah Hotel Paramount dan benteng akan dibangunkan di Jalan Lanang,” katanya kepada pemberita semasa melawat tapak projek tebatan banjir Fasa 3 di Jalan Sungai Bakong, di sini semalam.", "Menurutnya, projek tebatan banjir untuk Sibu bermula pada 2008 yang melibatkan pembinaan tebing dengan menaikkan permukaan jalan di sepanjang sungai dan membina stesen pam dan kolam penahan.", "“Fasa 1 dan 2 telah selesai dengan meninggikan jalan dari Upper Lanang ke persimpangan Jalan Lanang dan Jalan Ek Dee dan pembinaan tiga stesen pam.", "“Dua lagi stesen pam dibina di bawah pakej rangsangan persekutuan beberapa tahun lalu.", "“Fasa 3 sedang dilaksanakan dan dijangka selesai pada 2022. Ini melibatkan pembinaan dua stesen pam dan meninggikan permukaan jalan di sepanjang kampung di sebelah Batang Igan. Tiga fasa ini dibiayai oleh kerajaan pusat,” katanya.", "Turut hadir di lokasi ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Senator Robert Lau Hui Yew, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai, timbalanya Wong Ching Yong dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Michael Tiang.", "Oleh Nurzilla Mohamad", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22975
Vaksinasi untuk petugas barisan hadapan selesai hujung bulan
[ "MELAKA: Sekurang-kurangnya 95 peratus daripada sejumlah 571,000 petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa Pertama.", "Menteri Penyelaras program berkenaan Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menjangka pemberian suntikan vaksin petugas barisan hadapan akan selesai pada hujung bulan ini.", "Katanya, di Melaka sendiri sebahagian besar petugas barisan hadapan telah menerima suntikan vaksin yang lengkap, manakala bakinya sedang menunggu untuk melengkapkan suntikan dos kedua.", "Beliau berkata demikian ketika meninjau Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa Kedua yang turut dihadiri Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Datuk Sri Ismail Ali di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali di Bukit Katil di sini semalam.", "Khairy yang juga Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi berkata, 84 peratus atau 528 daripada 540 dos vaksin berjaya diberikan pada hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa Kedua di Melaka, Isnin lepas.", "Beliau berkata, 16 peratus individu di bawah Fasa Kedua berkenaan tidak hadir atas pelbagai sebab dan pihaknya akan memperincikan perkara berkenaan selepas ini.", "Khairy berkata sepatutnya kehadiran penerima suntikan vaksin Fasa Kedua pada hari pertama semalam antara 95 hingga 100 peratus namun pihaknya berpuas hati dengan kehadiran 84 peratus sekali gus menunjukkan orang ramai yakin dengan vaksin yang diberi kerajaan.", "“Kita juga minta supaya tiada pembaziran di PPV… kalau mereka yang diberi janji temu tak hadir, peraturan dia adalah tak bazir vaksin dan beri kepada siapa-siapa yang rela untuk terima vaksin,” katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23341
Utamakan PKS belum pernah dapat pinjaman
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan sebanyak 7,424 permohonan dengan jumlah nilai pinjaman RM1.393 bilion di bawah program Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) setakat 16 April, 2021.", "Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata di bawah program tersebut, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion yang mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini.", "Bagi tempoh yang sama, katanya, seramai 12,662 PKS mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan telah menerima manfaat Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) berjumlah RM421.1 juta.", "Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-51, yang dikeluarkan baru-baru ini.", "Menurut Tengku Zafrul, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada PKS dan PKS mikro yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19.", "“Setakat 16 April, terdapat 644 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 321 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM63.9 juta,” katanya.", "Sebagai sokongan kepada penggunaan teknikal dan digital bagi PKS dan syarikat di peringkat pertengahan (MTC), sejumlah RM65.3 juta telah disalurkan kepada 13,864 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi.", "Bagi program subsidi upah (PSU) 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU di bawah PRIHATIN dan PENJANA, dan setakat 16 April, permohonan subsidi upah yang diluluskan telahpun mencapai nilai RM12.872 bilion.", "“Sementara itu, di bawah KITA PRIHATIN pula, kita ada Program Subsidi Upah (PSU 2.0) dan setakat 16 April, sejumlah RM1.148 bilion telah disalurkan kepada 73,210 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 631,801 pekerja.", "“Di bawah program insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan, seramai 132,403 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini, dan antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit,” katanya.", "Tengku Zafrul berkata antara inisiatif lain kerajaan termasuklah elaun khas barisan hadapan dan setakat 16 April, sebanyak RM656.57 juta telah disalurkan berdasarkan 1,876,632 tuntutan berbanding RM647.33 juta berdasarkan 1,822,927 tuntutan pada minggu sebelumnya kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak Covid-19.", "Katanya, elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota (RELA) yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "“Bagi inisiatif di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (Cendana), sebanyak RM3.01 juta telah disalurkan kepada 469 penerima berbanding RM 2.43 juta yang disalurkan kepada 441 penerima sebelum ini.", "“Penerima terdiri daripada kalangan seniman, kolektif dan organisasi yang terlibat aktif dalam sektor seni dan budaya Malaysia,” katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23158
Polis tumpas sindiket dadah bernilai RM17.55 juta
[ "SHAH ALAM: Polis berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah berjumlah RM17.55 juta dalam 10 serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dan Rabu lepas.", "Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil serbuan itu, pihaknya menahan 17 individu yang merupakan ahli sindiket termasuk empat lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan berumur 24 hingga 47 tahun.", "Acryl Sani berkata, bagi sindiket pertama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan JSJN Selangor melancarkan tujuh serbuan di lokasi berbeza di sekitar Kajang dan Pandamaran serta merampas 354 slab atau ketulan heroin base seberat 134 kilogram (kg) dan 101 bungkusan plastik disyaki dadah jenis syabu seberat 104 kg bernilai RM15.2 juta.", "“Sindiket yang mula menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak Februari tahun ini menyeludup masuk bekalan dadah ke Malaysia dari selatan Thailand menggunakan jeti haram di Kelantan.", "“Mereka juga menggunakan perkhidmatan penghantaran kontena dan bungkusan melalui jalan laut serta udara bagi menyeludup dadah ke luar negara,” katanya.", "Beliau berkata, seorang daripada suspek didapati positif ketamin dan mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK).", "Bagi sindiket kedua, Acryl Sani berkata, pihaknya telah melancarkan tiga serbuan dan berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses dadah ketamin di sekitar Rawang pada Selasa lepas.", "Katanya, hasil ketiga-tiga serbuan tersebut pihaknya merampas 22.015 kg dadah dan 37.15 kg cecair disyaki jenis ketamin dianggarkan bernilai RM2.35 juta.", "“Turut dirampas adalah peralatan dan bahan-bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah ketamin.", "“Empat daripada lapan suspek yang ditahan dalam sindiket ini didapati positif dadah jenis ketamin manakala seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah,” katanya.", "Acryl Sani berkata, tindakan menyita dilakukan pihaknya dengan nilai keseluruhan sitaan bagi kedua-dua operasi adalah lebih RM1 juta antaranya melibatkan 10 buah kereta, empat motosikal dan wang tunai berjumlah RM136,110. ", "Kesemua suspek juga kini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya dan direman satu hingga tujuh hari bermula Rabu.", "Dalam pada itu, Acryl Sani berkata sepanjang Januari hingga April tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan 92 sindiket dadah melibatkan 12 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM747 juta.", "— Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34451
Ukraine ikrar berjuang hingga ‘TITISAN DARAH TERAKHIR’
[ "ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di tapak asrama yang musnah akibat serangan peluru berpandu di bandar Kharkiv kedua terbesar di Ukraine pada lewat 17 Ogos lalu, di tengah-tengah pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine. • Foto AFP", "UKRAINE: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berjanji pada bahawa Ukraine akan menentang pencerobohan Rusia ‘sehingga akhir’ tanpa ‘sebarang konsesi atau kompromi’, ketika negara itu menandakan Hari Kemerdekaannya serta ulang tahun enam bulan permulaan perang.", "“Kami tidak peduli apa tentera anda, kami hanya mengambil berat tentang tanah kami,” kata Zelensky dalam ucapan video pagi yang mencabar.", "“Kami akan berjuang untuknya sehingga akhir.” Merujuk kepada Rusia yang melancarkan serangan besar-besaran pada awal pagi 24 Februari lalu.", "Zelensky berikrar Ukraine “tidak akan cuba mencari persefahaman dengan pengganas”. “Bagi kami Ukraine adalah seluruh Ukraine,” katanya.", "“Semua 25 wilayah, tanpa sebarang konsesi atau kompromi.”", "Sementara itu semalam, AS bersedia untuk mengumumkan bantuan ketenteraan baru $3 bilion kepada Kyiv pada tarikh ia memutuskan hubungan dengan Kesatuan Soviet pada 1991.", "Tahap baru pembiayaan Amerika akan membantu Kyiv memperoleh lebih banyak persenjataan, peluru dan bekalan lain untuk angkatan bersenjatanya, terkunci dalam perang perpecahan dengan tentera Rusia di timur dan selatan tanpa kedua-dua pihak mara dengan ketara dalam beberapa minggu lalu.", "Pengumuman Rumah Putih yang dirancang itu dibuat ketika Washington memberi amaran bahawa Moscow mungkin merancang lonjakan serangan ke atas sasaran awam bertepatan dengan pemerhatian Hari Kemerdekaan.", "Perhimpunan telah diharamkan di ibu kota Kyiv, di mana siren serbuan udara berbunyi pada waktu pagi, dan Zelensky telah menggesa rakyat supaya berwaspada terhadap ‘keganasan Rusia’.", "SOKONGAN GLOBAL", "Ketika perang memasuki bulan ketujuh tanpa penghujungnya, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menjanjikan bantuan tanpa had kepada Ukraine.", "“Rakyat berjuang dengan keluli, dengan keberanian untuk mempertahankan rumah dan keluarga mereka, dan untuk memelihara hak mereka untuk menentukan nasib mereka sendiri di negara mereka sendiri,” katanya dalam mesej video pada pagi semalam.", "“Bagaimanapun lamanya, United Kingdom akan berdiri bersama Ukraine dan menyediakan setiap kemungkinan sokongan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan.", "Pada Selasa, Canselor Jerman Olaf Scholz memberi amaran kepada Rusia terhadap percubaan lanjut untuk menggabungkan wilayah Ukraine dengan cara yang sama seperti yang dilakukan di semenanjung Crimea pada 2014.", "Presiden Poland Andrzej Duda juga menasihatkan agar tidak ‘menenangkan’ apa-apa, dengan berkata: “Tiada kembali kepada perniagaan seperti biasa dalam hubungan dengan Rusia.”", "Dan Presiden Perancis Emmanuel Macron berikrar sokongan Kesatuan Eropah untuk Ukraine akan berterusan ‘untuk jangka panjang’.", "Dalam mesej yang tidak masuk akal pada Rabu, pemimpin autoritarian Belarus – yang menawarkan wilayahnya sebagai medan pentas untuk pencerobohan Rusia – mengucapkan tahniah kepada Ukraine pada Hari Kemerdekaannya.", "“Saya yakin bahawa percanggahan hari ini tidak akan dapat memusnahkan asas berabad-abad lamanya hubungan kejiranan yang baik antara rakyat kedua-dua negara kita,” kata Alexander Lukashenko dalam satu kenyataan. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15983
Agama Adat Iban dalam Politiesme • Adat belaki bebini nitihka agama Adat Iban
[ "Tusun ke-57", "NITIHKA agama Adat Iban, lebih-lebih agi jeman dulu kelia, charatauka jalai bansa Iban tau jadi melaki-bini ukai semina siti aja. Bisiti rami, bisi ga enda, lalu nitihka peneka ati kedua-dua piak induenggau lelaki. Taja pia, sekali ke rami tauka enda, enti orang jadideka jadi melaki – bini, seduai nya enda tau enda beterang ngagaiTuai Rumah enggau apai indai seduai. Umur maya tau bebini,belaki enda tentu temu nitihka peneka, nadai tentu betatak, entilelaki udah disebut berangkat bujang, indu berangkat dara.", "JALAI MELAKI BINI", "Sekeda ari chara tauka jalai orang tau jadi belaki-bebini iya nyabaka tu:", "(i) Melah Pinang. Adat melah pinang enda tau enda disempulangenggau piring ading sereta rami. Tu mih pemadu pemesaipengawa dalam adat belaki- bebini.", "(ii) Anjung lelaki. Enti lelaki dianjung ngagai rumah indu, kurangari pengerami melah pinang, lalu jalai iya pan lain mega.Kekadang sida datai bebala mayuh mai orang rumah bukai. Tajapia, suah mega semina beraban empat lima iku aja orang tinganjung lelaki, nitihka pengelantang pemisi enggau peneka atidiri empu.", "(iii) Lelaki nama kediri ngagai bilik indu ari atur apai indai.", "Chara tu nadai pengerami, tang semina beterang ngagai TuaiRumah aja. Enti bisi belanja tauka senang lantang, tau gangempuruka orang serumah nya aja, enti nadai tentu belanja tauenda.", "(iv) Lelaki nama kediri ngagai bilik indu ari atur enggau pengeranati iya empu, lalu nadai penerang ari apai indai iya. Chara tu,nadai pengerami kelimpah ari beterang ngagai Tuai Rumah entiapai indai indu tauka lelaki sama nadai tagang. Enti apai indaiseduai bisi tagang nya tau pulai ke penanggul.", "(v) Indu nama kediri ngagai bilik lelaki tubuh puang. Enti lelakienggau apai indai iya nerima, lalu apai indai indu mega nadaitagang, pengawa nya semina beterang ngagai Tuai Rumah, laluseduai tau jadi melaki bini. Enti apai indai seduai bisi tagang,tentu tau ke penanggul sebarang maya.", "(vi) Indu nuntung ke kandung tauka ngambu. Enti kandung apindipansut tauka apin dibunuh genselan manuk tauka babi induenda tau dianjung ngagai rumah lelaki.Enti manuk udah mati kena enselan kandung, nya baru taunganjung indu ngagai lelaki.", "PENGAWA MELAH PINANG", "Nya mih, sekeda jalai bansa Iban tau bebini belaki. Ngenapengawa Melah Pinang nya endang pemadu manah ari semua.Kelimpah ari nya, bisi ga orang ti kelalu keran keran deka jadimelaki bini enggau pangan diri lalu ngujungka seduai betaban raritau mega ngujungka seduai begulai melaki-bini diau senanglantang semanjai umur. Pia mega mayuh mega orang ke datai bapengawa Melah Pinang rami besai tau mega sarak, teberarakrumah tangga.", "NANYA INDU", "Pengawa nanya indu, bepun ari mayuh macham penumbuh.Nitihka adat Iban sekeda ari penumbuh nanya indu bepun ari induti sigi rinduka lelaki nya. Pengerindu seduai bebungai", "sepengudah seduai ti betemu lalu berandau maya indu digayaplelaki nya. Maya lelaki ti ngayap indu nya, lelaki ukai seminaberandau enggau indu ti dikerinduka iya nya, tang lelaki nyamega bepeluang berandau enggau apai indai indu nya. Nitihkaadat selama, apai indai indu minta lelaki nya mai apai indai iyadatai nanya anak iya, enti iya amat-amat deka jadi enggau anakindu iya nya.", "SABUNG SERETA RANDAU", "Siti agi penumbuh pengawa nanya indu iya nya bepun ari sabungsereta randau apai indai ari kedua-dua piak lelaki enggau indu.Kekadang pengawa ti baka tu mega bepun ari sabung tauka tkukaban belayan sida ti bukai, ukai semina apai indai aja. Udah timansau randau ari kedua-dua piak lelaki enggau indu, sida pannganjung pesan madahka maya hari deka datai nanya indu.", "Sebengkah agi penumbuh nanya indu iya nya bepun arijaku ti disebut ngerambang sengapa. Reti nya indu enggau apaiindai iya bedau temu setuju tauka enda, laban nadai kalabesabung jaku dulu. Lelaki pan nadai ga kala ngayap indu kedeka ditanya nya. Apin nurun nanya indu, apai indai lelakingempuruka kaban belayan sereta sida serumah, madahkapengawa diri empu ti deka nanya indu. Enti kaban belayan nadaipenanggul nya baru iya nimpuh hari nurun. Sebedau nurun,pesan mega deka dianjung ngagai apai indai indu ti deka ditanyasida nya, awakka sida sedia sereta ngadang ke penatai sida.", "Penyampau tubuh orang nanya indu tentu nadai betatak, tangjarang-jarang ga kurang ari lima sepuluh iku, lalu jarang megalebih ari lima puluh dua puluh iku.", "Dulu kelia nadai tentu beleman nanya bini, tang maya haridiatu nyau nitihka pemisi utai. bebaika ai bisa: arak, tuak, bir,kopi, kueh enggau ti bukai. Enti tanya nya ukai ngerambang", "semua utai ke dibai sida ke nanya dibai tama ngagai bilik indulebuh sida datai. Tang bisi ga dipeda orang ke nanyangerambang; semua utai ke dibai sida dilalaika sebelah tanahtauka engkah sebelah bilik orang bukai dulu.", "PULAI MALAM", "Enti enda mujur, jaku enda diterima, utai ke dibai sida endadibantaika dia, tang bai pulai. Bisi mega orang ke enda bulihnanya bini pulai malam nya, enti rumah sida enda tentu bangatjauh. Sida tentu enda nyamai asai, laban maluka diri enda bulih.Lebuh bala sida ke nanya bini tu tadi datai ba ruai indu ti dekaditanya, sida dilaluka baka ke enggau temuai mega, Udah badumakai lemai, dia apai indai indu lalu ngangauka orang sidaserumah nya. Sida ke indu pan dipinta pansut ari bilik ke ruai,ningaka randau sida ke tuai-tuai.", "Udah semua orang sampal duduk, nya baru apai indai indubejaku nanyaka pejalai sida ke datai. Enti apai indai indu nyaenda tentu nemu bejaku, iya tau ngasuh orang ke landik bejakungarika iya. Enti bisi nemu, maya nya mih selalu bisi jaku besilupdalam leka main kena orang betundi-bebuti maya nanya indu.Enti apai indai indu nerima jaku tanya sereta setuju semua utai tidisebut sida ke nanya indu nya, nya baru seduai ngasuh dua tigaiku indu ari sepiak lelaki nanya indu empu ba bilik iya empu.", "Kebuah pia, laban apai indai lelaki deka ninga ari mulut, indu keditanya sida nya empu. Enti indu nyaut setuju, pejalai sida kenanya indu nya dikira mujur. Nya baru pengawa sida dipenyadilemai nya. Leboh maya nya mega, sida mega mutuska sapaseduai ke jadi melaki bini nya ti nguaika pangan. Udah putus jaku,apai indai lelaki ke nanya lalu ninggalka tanda baka: tinchin, duittauka reta tengkira ti bukai ke tanda pengamat semua jaku seduaike jadi melaki bini nya. Berengkah ari maya nya mega, indu keudah ditanya nya enda tau digayap orang bukai agi. Iya dikira", "udah belaki tauka bisi tunang. Udah nya, baru mutuska timpuhhari alai melah pinang. Enti sama lantang utai pan bela bisi sediamagang, timpuh digaga tumu agi agi, kira chukup hari maya tuakudah mansau, kira-kira dua tiga minggu udah nya. Taja pia, orangti jadi bebini suah agi maya nulan mansang. Jarang mega orangmilih maya bulan kelelang; iya nya Bula Empat tauka Bulan Lima,kenu ku orang tuai kelia.", "Udah tawas hari, badu makai pagi, bala sida ke nanya indupan pulai magang enggau ati gaga laban sida mujur sereta bulihindu ke bini anak sida. Lebuh datai di rumah diri empu, orangmayuh pan ngulu sida nanya ke penunga pejalai sida. Sida keempu anak ti ditanyaka sida indu enggau ati gaga nusi semua ritasida lalu mega madahka timpuh ngagai orang mayuh maya tinurun ngambi indu awakka semua ngadang ngeringka pengeraminya. Kaban belayan sida ari rumah panjai bukai ti jauh agi pansemua dipadah tauka kirumka temuku tali tauka pesan. Semuarumah panjai ti kena padah endang udah dikeaumka orang lebuhmalam ke nanya indu nya.", "BEGAGA PENGANAN", "Rumah ke semak rumah indu dipadahka sida apai indai indu, lalusama enggau nganti pengabang. Semua rumah panjai kedipadahka lelaki sama enggau bala pengabang kena ambahkaorang empu rumah ke pun pengawa nya. Empat lima hari apin kenurun orang ke indu betutukka tepung lalu begaga penganan,sarang semut ke dibai sida ngambi indu ila. Rumah indu nyaanang disebut agi laban endang pun, ukai semina sida ke empukereja aja, tang semua sida serumah patut beri bantu, lebih agienti pengawa besai lalu orang mayuh dipadahka ngulu pengeraminya. (Alli Majang 1972)", "Bansa Iban ti udah megai agama Kristian, bisi chara sida empungatur adat jadi melai bini nitihkka ajar gerija sida empu. Nenaundang-undang Perintah Menua Sarawak / Malaysia nyasebengkah ari jalai ke baru maya hari diatu. Enti orang ke salahnadai utai kena betimbang, sida tau kena tinggang ukum jil nitihkaundang-undang sivil. Nya mih, naka ulih mih kita Iban ngetankalalu nagang adat pemali beleman / jadi melaki- bini ti salah serak/ peturun, laban pemali tu ukai semina ditagang ba agama AdatIban aja tang endang ditagang semua pengarap / agama di dunyatu. Reti nya beleman tauka jadi mali melaki- -bini mega endangditagang Petara / Bunsu Petara ba mensia dunya.", "(Betampung ba Tusun Ke-58)", "Nya mih atur / adat jadi mali nitihka pengarap / agama Adat Iban.Terima kasih ke gambar ti dikirumka kita ngagai aku ke gunadalam Sada Sarawak tu. Engka nyema bala pemacha bisi utaitanya, tujuka ngagai whatsApp tu: 013 8325146.", "Oleh Henry Usup Umbar", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31710
56 lokasi panas dikenal pasti
[ "TERIMA KASIH… Dato Mohd Azman Ahmad Sapri menyampaikan cenderamata kepada Kapitan Dato Law Sie Lok.", "KUCHING: Sempena sambutan Aidilfitri bakal menjelang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tumpuan ke atas ", "56 lokasi di 28 daerah dikenal pasti sebagai kawasan panas pada Op Selamat 18, bermula 27 April hingga 8 Mei.", "Langkah mengenal pasti kawasan tersebut terdiri daripada 36 jalan raya persekutuan dan selebihnya jalan raya negeri bagi memastikan orang awam mengharungi perjalanan balik kampung dengan selamat.", "Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri hadir merasmikan Ops Selamat 18 seluruh Sarawak di Boulevard di sini, semalam.", "Turut hadir, timbalannya, Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato Mancha Ata dan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan  Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John.", "Menurut Dato Mohd Azman, sejumlah 750 anggota daripada pelbagai jabatan akan terlibat dalam operasi berkenaan dan pihak mereka bukan hanya menumpu keselamatan atas jalan raya akan tetapi jenayah indeks lain termasuk pecah rumah dan kecurian semasa Aidilfitri.", "Dalam pada itu, beliau juga menyaran pengguna jalan raya untuk berhati-hati bukan hanya untuk mereka sendiri tetapi juga terhadap pengguna lain.", "Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya atau trafik.", "Ia perlu, ujarnya, kerana pergerakan di jalan raya pada musim perayaan sebegini akan bertambah dan menyaran pengguna untuk sabar semasa di jalan raya.", "Difahamkan 56 lokasi `hotspots’ adalah Kuching (3), Padawan (2), Bau (3), Lundu (1), Sri Aman (2), Lubok Antu (2), Saratok (2), Betong (3), Sarikei (2), Meradong (2), Julau (1), Kanowit (2), Sibu (2), Mukah (2), Dalat (2), Daro (1), Kapit (2), Song (1), Belaga (2), Bintulu (3), Tatau (1), Miri (4), Marudi (2), Limbang (1), Lawas (2), Kota Samarahan (3), Serian (1), dan Simunjan (2).", "Operasi akan melibatkan 28 ibu pejabat polis daerah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan mengadakan rondaan di kawasan `hotspots’ melibatkan 36 jalan raya persekutuan dan 20 jalan raya negeri tersebut", "Mengenai penjagaan harta benda penduduk, Azman menyarankan pemilik rumah memaklumkan kepada pihak polis apabila mereka meninggalkan rumah masing-masing.", "Tambahnya, mereka juga boleh memberitahu jiran atau ahli keluarga untuk melihat atau menjaga rumah sebagai langkah berjaga-jaga dan pihak polis juga akan membuat rondaan lebih kerap di kawasan.", "Selain itu, Azman menyatakan pemilik rumah juga boleh mengisi borang di balai polis berdekatan atau muat naik `Volunteer Smartphone Patrol’ untuk memaklumkan polis  meronda di kawasan mereka.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14962
JENDELA beri liputan internet lebih baik
[ "KOTA KINABALU: Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), bakal memberikan liputan internet yang lebih baik buat rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri Sabah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.", "Beliau berkata, langkah itu adalah penting kerana soal akses internet semakin meningkat dengan anak muda, terutamanya mengunakan pelbagai platform digital, selain situasi akibat Covid-19 yang menyebabkan penggunaan internet dalam kalangan rakyat meningkat.", "“Ada yang fikir asalnya tahun depan mahu gunakan e-Dagang tetapi dengan Covid-19, sekarang pun sudah mula berjinak-jinak dan mahir, menggunakan platform itu.", "“Kita juga sedang menilai semua pusat internet di Sabah di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dan agensi lain kita sudah ada persefahaman untuk mengabungkan pusat internet itu untuk bantu mereka, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Jabatan dan Agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia negeri Sabah, di sini semalam.", "Saifuddin berkata, semua yang terlibat terutamanya SKMM diharap dapat melipat gandakan usaha dalam masa terdekat, bagi merealisasikan hasrat memberikan perkhidmatan internet lebih baik buat rakyat di negara ini.Sementara itu beliau mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsikan perkara-perkara indah dan menarik, mengenai Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September ini, menerusi tanda palang atau hashtag, ‘#momentnegaraku’ di media sosial mereka.", "“Sangat berharap sambutan ini (Hari Malaysia) kita raikan bersama sebagai rakyat Malaysia…tularkan perkara yang positif sebagai rakyat Malaysia, kita kongsikan bersama,” katanya.", "Beliau berkata, bersatu dalam kepelbagaian dan hidup aman damai dengan kerukunan tinggi dimiliki rakyat Sabah, merupakan sesuatu yang harus dipelajari semua pihak.-Bernama", " ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9262
Jentera pilihan raya DUN Marudi sedia hadapi PRN-12
[ "BEKENU : Jentera pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi sudah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Sarawak pada bila-bila masa.", "ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak di sini baru-baru ini.", "Katanya, jentera pilihan raya Gabungan Parti Sarawak (GPS) Marudi sudah bersedia untuk menghadapi PRN yang akan datang.", "“Bagi saya, setiap minggu dan bulan merupakan pilihan raya, ini kerana saya sentiasa berada di kawasan bersama rakyat.", "“Berkenaan dengan  tentangan daripada calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) terhadap GPS di kerusi DUN Marudi, kita serahkan kepada rakyat untuk menentukannya”, jelasnya.", "Menurut beliau,  rakyat tentu lebih arif dan pandai  memilih calon sebagai wakil kawasan mereka berdasarkan tanggungjawab masing-masing.", "“Rakyat akan menilai siapa wakil rakyat dan membuat perbezaan pembangunan selama kawasan mereka diterajui saya dan GPS berbanding dengan  PSB yang telah menerajui DUN  Marudi selama 20 tahun.", "“Rakyat akan menilai dari segi perkhidmatan dan pembangunan 20 tahun dengan saya yang baharu empat tahun”, jelasnya.", "Jentera Marudi sudah bersedia bila-bila masa dan kami pun sudah bergerak di kawasan untuk menghadapi PRN kelak, katanya lagi.", "Oleh Adum Liu", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12380
Agenda digital Malaysia ditentukan
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia harus menentukan dan memperkasakan agenda digitalnya, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).", "Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng berkata ia bukan hanya meneroka peluang bernilai US$100 bilion dalam ekonomi digital di Asia Tenggara tetapi juga untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada sebarang gangguan ekonomi yang tidak dijangka.", "“Sehubungan itu, ia adalah penting untuk memastikan PKS dapat terus berkembang.", "“Sekiranya PKS mencatatkan prestasi yang lemah, ekonomi kita juga akan terjejas,” katanya pada pelancaran kempen ‘Celcom Business – Reimagine SME for Tomorrow’, semalam.", "Sektor PKS memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia, ia merangkumi 98.5 peratus pertubuhan perniagaan di Malaysia dan menggaji lebih daripada 66 peratus tenaga kerja.", "Ng berkata walaupun minat terhadap penggunaan transformasi pendigitalan semakin meningkat dikalangan PKS tetapi sebilangannya masih bimbang dengan kos penggunaannya.", "Bagaimanapun beliau menekankan bahawa kosnya adalah berpatutan dengan modal permulaan hanya beberapa ratus ringgit sahaja.", "Selain kos, PKS turut meluahkan kebimbangan mengenai kekurangan infrastruktur dan pengetahuan.", "Justeru, Ng menyeru syarikat-syarikat telekomunikasi untuk meningkatkan infrastruktur mereka bagi menyokong pembangunan teknologi digital negara ini.", "Sektor telekomunikasi adalah industri paling penting untuk memacu proses pendigitalan, katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8149
Jalan Klait-Entanggor Fasa 2-Sebuyau siap
[ "SEBUYAU: Meskipun sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi tetap meluangkan masa merasmikan Dewan Masyarakat Kampung Entanggor di sini, kelmarin.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu turut berkesempatan menyempurnakan pembukaan rasmi Jalan Klait-Entanggor Fasa 2-Sebuyau.Untuk rekod, peruntukan pembinaan projek jalan tersebut adalah sebanyak RM27 juta dan sepanjang sembilan kilometer.", "Projek jalan tersebut diluluskan pada 11 April 2012 dan siap pada 22 April 2014.", "Sementara itu, semasa berucap pada majlis tersebut, Julaihi memberitahu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM650,000 bagi pembinaan dewan tersebut.", "Justeru beliau berharap, penduduk kampung dapat menggunakan kemudahan dewan tersebut dengan sebaiknya.", "“Selain itu, kerajaan negeri juga banyak meluluskan peruntukan jalan dari kampung ke kampung dan ini adalah antara usaha kerajaan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat,” jelasnya.", "Pada majlis itu, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada JKK Kampung Entanggor dan RM5,000 kepada Persatuan Wanita Kampung Entanggor.", "Oleh Zarina Abdullah", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41005
Empat daripada 80 premis jualan ayam, daging diperakui halal
[ "KUCHING: Tinjauan pematuhan premis dan syarikat terhadap standard Pensijilan Halal Malaysia dikawal rapi.", "Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, terdapat lebih 80 premis jualan ayam dan daging di seluruh Sarawak dan empat daripadanya mempunyai Pensijilan Halal Malaysia seperti Choice Ria Astana, Choice Ria Ajibah Abol, Choice Ria Semariang dan CCK Matang.", "“Pensijlan Halal Malaysia bagi premis-premis jualan ini adalah antara usaha Majlis Islam Sarawak bagi memudahkan masyarakat Islam untuk mendapatkan ayam dan daging yang dipersijilkan halal di premis jualan.", "“Majlis Islam Sarawak akan terus berusaha untuk memperbanyakkan pensijilan halal bagi premis jualan ayam dan daging di seluruh Wilayah Sarawak,” ujar beliau.", "Beliau bersama Ahli Jawatankuasa Halal Majlis Islam Sarawak membuat lawatan ke K&LFarming Food Industries Sdn Bhd dan Choice Ria Semariang, hari ini berkesempatan melihat proses penyembelihan ayam di premis yang telah beroperasi hampir 30 tahun dan mampu membekalkan lebih 15,000 ayam disembelih sehari.", "“Terdapat 16 rumah sembelihan yang mempunyai Pensijilan Halal Malaysia di Sarawak dan salah satunya adalah K&L Farming Food Industries Sdn Bhd.", "“Ayam ini dipasarkan di premis jualan seperti K&L Farming, Aeon Kuching, Everise, Everwin, Farley dan pembeli-pembeli dari Kuching sehingga Miri.", "“K&L Farming Food Industries sedang dalam proses untuk mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia untuk outlet- outlet jualannya di seluruh Sarawak,” katanya semasa ditemui pemberita di K&L Farming Food Industries Sdn Bhd, hari ini.", "Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Halal Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Pengurus Choice Samariang, Shenton Chai.", "Oleh Mohd Neenatul Aizal", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5680
Thailand tarik balik perintah berkurung
[ "BANGKOK: Thailand dijangka menarik balik perintah berkurung waktu malam untuk tempoh percubaan selama 15 hari, namun darurat masih dikuat kuasa, lapor agensi berita Xinhua.", "Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand, Dr. Taweesin Visanuyothin pada Rabu berkata, tempoh percubaan itu penting kerana ia menjadi penentu kepada masa depan Thailand dalam mendepani wabak dan bagaimana merancakkan kembali ekonomi. ", "“Percubaan selama 15 hari itu sebagai medan ujian untuk menilai tingkah laku masyarakat serta reaksi mereka dan melihat apakah gelombang kedua jangkitan berlaku selepas dua minggu,” kata Taweesin.", "Beliau berkata, tarikh bila tempoh percubaan itu akan dilaksanakan masih belum diputuskan kemungkinan bermula Jumaat.", "Perintah berkurung kini dikuat kuasa di seluruh Thailand dari 11 ​​malam hingga 3 pagi.", "Thailand pada Rabu menyaksikan empat kes import Covid-19 membabitkan mereka yang baru pulang dari India, Pakistan dan Madagascar.", "Setakat Rabu tiada kematian dicatatkan. Thailand mencatatkan jumlah kes jangkitan sebanyak 3,125 dengan 58 pesakit meninggal dunia. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23949
Kerajaan salur RM66 juta pinjaman kepada PKS, MTC
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM66 juta kepada 13,865 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat di peringkat pertengahan (MTC) dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi setakat 14 Mei 2021.", "Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi pembiayaan mikro kredit Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah Bank Simpanan Nasional, sejumlah RM421.2 juta telah disalurkan bagi memanfaatkan 12,666 PKS mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan bagi tempoh yang sama.", "Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-54 yang dikeluarkan semalam.", "Menurut Tengku Zafrul, di bawah inisiatif Kelapan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) iaitu Merangsang Semula Sektor Pelancongan dan Peruncitan, kerajaan bersetuju menyalurkan Geran Bantuan Khas secara one-off (sekali) sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).", "“Setakat 16 April, sebanyak RM2.574 juta telah disalurkan kepada 858 syarikat pengendali pelancong.", "“Kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan bantuan tunai secara one-off (sekali) sebanyak RM600 kepada pengusaha homestay (inap desa) yang didaftar dengan MOTAC,” katanya.", "Beliau berkata, bantuan tersebut dijangka dapat memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pengusaha Program Pengalaman Homestay.", "“Sehingga 15 April, sebanyak RM183,600 telah disalurkan kepada 728 homestay di Perlis, Selangor dan Terengganu bagi pembayaran Fasa 1.", "“MOTAC ketika ini sedang dalam usaha untuk memuktamadkan senarai penerima bantuan ini kepada pengusaha Program Pengalaman Homestay Malaysia yang berdaftar dengan kementerian,” tambahnya.", "Sementara itu, antara inisiatif lain kerajaan termasuklah elaun khas barisan hadapan dan setakat 14 Mei, sebanyak RM719.51 juta telah disalurkan berdasarkan 2,011,032 tuntutan kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan pandemik Covid-19.", "Tengku Zafrul berkata, elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Bagi sokongan kepada industri pertanian dan makanan, pembiayaan bernilai RM400 juta telah diperuntukkan bagi golongan petani, peladang dan nelayan.", "“Di bawah skim ini, RM350 juta merupakan peruntukan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank, dan setakat 14 Mei, sebanyak RM151.02 juta telah disalurkan di bawah skim ini bagi memanfaatkan 12,644 PKS Mikro pertanian.", "“Jaminan makanan (food security) amat dititikberatkan dalam Pelan Penjana dan juga Belanjawan 2021,” katanya.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32765
Tentera Sri Lanka lepas tembakan kawal rusuhan
[ "PENUNJUK perasaan mengambil bahagian dalam protes di Colombo pada 16 Jun 2022, menentang projektenaga boleh diperbaharui di Mannar, yang melibatkan Kumpulan Adani dari India.", "COLOMBO: Tentera Sri Lanka melepaskan tembakan bagi mengawal rusuhan di sebuah stesen minyak susulan penduduk berang selepas diberitahu bekalan petrol dan diesel habis.", "Menurut seorang pegawai, orang ramai sudah lama berbaris menunggu giliran bagi membeli bahan api itu, suatu fenomena yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Sri Lanka, yang kini dikhuatiri berada di ambang muflis.", "Jurucakap tentera, Nilantha Premaratne, berkata tentera melepaskan tembakan di Visuvamadu, 365 kilometer (km) di utara Colombo semalam selepas pusat pengawal mereka dibaling dengan batu.", "“Sekumpulan 20 hingga 30 orang membaling batu dan merosakkan sebuah trak tentera,” katanya kepada AFP.", "Polis berkata, empat orang awam dan tiga tentera cedera selepas tentera melepaskan tembakan buat kali pertama bagi meredakan rusuhan dikaitkan dengan krisis ekonomi yang semakin meruncing.", "Katanya, berikutan pam kehabisan petrol, pemandu kenderaan mula membuat bantahan dan suasana bertambah buruk meningkat menjadi pertempuran dengan tentera.", "Sri Lanka mengalami krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan, di mana negara itu tidak dapat mencari dolar untuk mengimport barangan keperluan, termasuk makanan, bahan api dan ubat.", "Seramai 22 juta penduduk negara itu mengalami kekurangan bekalan yang teruk dan beratur panjang untuk mendapatkannya dalam jumlah yang terhad, sementara Presiden Gotabaya Rajapaksa terus berdegil enggan berundur kerana kesalahan tadbir urus.", "Sri Lanka mengerahkan polis bersenjata dan tentera untuk mengawal stesen minyak.", "Seorang pemandu kenderaan ditembak mati oleh polis di bandar tengah Rambukkana pada April lalu, apabila pertempuran tercetus berhubung pengagihan petrol dan diesel yang dicatu.", "Polis berkata, pertempuran membabitkan pemandu meletus di tiga lokasi pada hujung minggu. Sekurang-kurangnya enam konstabel cedera dalam satu pertempuran, manakala tujuh pemandu ditahan.", "Kerajaan mengisytiharkan institusi dan sekolah di negara itu ditutup selama dua minggu, dalam usaha untuk mengurangkan keperluan dan menjimatkan stok bahan api yang semakin susut. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5904
Taman Negara Similajau simpan khazanah alam berharga
[ "Bintulu pada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, kini muncul sebagai sebuah bandar yang menempatkan pelbagai peluang pekerjaan dengan pertumbuhan pelbagai industri berat dan industri minyak dan gas di bandar ini.", "Kini Bintulu menjadi buah mulut berikutan memiliki dua buah pelabuhan laut dalam iaitu Pelabuhan Bintulu dan juga Pelabuhan Samalaju.", "Di samping industri minyak yang berkembang pesat di bandar ini, Bintulu menjadi pilihan para pelabur dari dalam mahupun luar negara untuk bertapak di kawasan perindustrian Kidurong dan juga Taman Perindustrian Samalaju.", "Namun demikian, di sebalik Bintulu yang gah dengan sebuah bandar industri, terdapat sebuah Taman Negara yang dikenali sebagai Taman Negara Similajau bersebelahan dengan pertapakan industri ini sini.", "Taman Negara Similajau telah diwartakan pada tahun 1978 diuruskan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada 1 Disember tahun yang sama.", "Di tengah kesibukan kota, taman negara ini juga mampu menyediakan percutian hujung minggu yang hebat dan memberikan pengalaman berharga buat pengunjung.", "Taman Negara Similajau", "Taman Negara Similajau terletak sekitar 45 minit dari pusat Bandar Bintulu. Perjalanan ke taman ini akan melintasi sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Batu Mandi.", "Uniknya di Taman Negara ini juga terdapat salah satu kawasan pantai dan antara yang tercantik di Malaysia dengan pasir pantai putih bersih yang tidak tercemar dan pantai berbatu yang menghadap Laut China Selatan.", "Sementara itu, Taman Negara Similajau juga meliputi kawasan seluas 7,064 hektar hutan dara termasuklah tepi pantai itu bermula dari Sungai Likau di selatan hingga ke Sungai Similajau di utara.", "Merentangi sepanjang 30km, ia penuh dengan flora dan fauna dan menjanjikan pengalaman menarik menjelajah berbatu-batu pantai kosong.", "Fauna daratan di taman ini mempunyai 24 spesies mamalia yang direkodkan, seperti ungka, langur berbelang dan kera ekor panjang.", "Satu reptilia penting yang menjadi penghuni dan dijumpai di sini adalah Buaya Air Tawar.", "Taman Negara ini juga telah merekodkan 230 spesies burung, termasuk Burung Kenyalang dan burung-burung air yang berhijrah seperti Storms Stork.", "Malah jika anda bernasib baik, anda mungkin boleh melihat ikan lumba-lumba berenang di kalangan ombak. Kadangkala, penyu naik ke darat untuk bertelur.", "Taman ini menjanjikan satu kelainan dan keunikannya bukan sahaja dari segi kemudahan yang ditawarkan malahan menyimpan banyak khazanah alam semula jadi yang amat berharga yang boleh diterokai oleh pengunjung-pengunjungnya.", "Dalam pada itu, kawasan Similajau merangkumi kawasan 8,996 hektar hutan dara pinggir pantai bermula dari Sungai Likau di selatan hingga ke Sungai Similajau di utara, termasuk 7,064 hektar garisan pantai (kawasan darat) dan 1,932 hektar kawasan laut serta sebahagian daripada kawasan pemeliharaan untuk pelbagai spesies hidupan liar dan spesies tumbuhan.", "Pengalaman di Taman Negara Similajau", "Di Taman Negara Similajau terdapat 10 hentian yang pasti memberikan pengalaman berbeza iaitu Golden Beach, Turtle Beach I & II, Batu Anchau, Sebubong Pool, Circular Trail dan Education Trail.", "Sementara itu tiga khazanah hutan utama dan paling berharga di taman itu antaranya hutan pantai, hutan kerangas, hutan `Mixed Dipterocarp’ serta hutan paya bakau.", "Hidupan liar yang terdapat di taman ini pula adalah ikan lumba-lumba, penyu, belangkas dan buaya air masin di Sungai Likau juga satu reptilia penting yang dijumpai di sini adalah Buaya Air Tawar.", "Untuk merasai pengalaman di Taman Negara Similajau, pengunjung juga boleh bermalam di taman ini.", "Terdapat beberapa pilihan tempat penginapan disediakan seperti Rumah Rehat Kenamaan (VIP), Pandu Masuk Chalet (Drive In Chalet), Asrama 18 bilik dan tapak perkhemahan bagi mereka yang ingin mendirikan khemah di kawasan taman, tempat mandi awam dan pondok rehat.", "Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk datang berkunjung ke Taman Negara Similajau yang pasti membekalkan pengalaman manis dalam hidup anda.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8420
UK umum pakej rangsangan tambahan
[ "UNITED KINGDOM: Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan pakej rangsangan tambahan bernilai £30 bilion bagi meningkatkan lagi pertumbuhan negara berkenaan dan mengurangkan kadar pengangguran susulan Covid-19.Pakej berkenaan termasuk pelbagai insentif untuk perniagaan mengekalkan dan mengambil pekerja baru yang turut melibatkan dana untuk latihan dan projek alam sekitar.", "Syarikat juga akan diberikan insentif £1,000 pound untuk setiap pekerja yang diambil bekerja semula manakala pekerja baharu akan dibayar selama 6 bulan dengan peruntukkan £2 bilion pound.Pakej rangsangan akan turut membantu sektor pelancongan dan hospitaliti yang teruk terjejas.", "Menurut Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak pakej rangsangan tersebut turut melibatkan pemotongan cukai bersasar dan program diskaun untuk makan di restoran untuk galakkan orang ramai makan di restoran daripada Isnin ke Rabu dengan diskaun maksimum £10 seorang.“Kami telah mengambil tindakan untuk melindungi ekonomi, tetapi rakyat khuatir dengan risiko kehilangan pekerjaan dengan kadar pengangguran yang meningkat.“Kami tidak akan membiarkan perkara ini dan akan melakukan semua yang kami mampu untuk memberi peluang pekerjaan kerja jadi hari ini kita bertindak dengan rancangan untuk menyelamatkan sektor pekerjaan,” katanya.Kadar pengangguran UK kini dilaporkan pada tahap 3.9% namun Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat kepada 15% dalam gelombang kedua jangkitan Covid-19. UK sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan pada Mac lalu bernilai £330 bilion bagi menopang ekonomi yang kucar kacir akibat Covid-19.-AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13088
MAHB pertingkat keusahawanan Bumiputera
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama dengan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) untuk berkongsi peluang runcit yang tersedia di lapangan terbang bersama-sama ahli Organisasi Peruncit Bumiputera (BRO).", "Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, memupuk agenda bumiputera sering menjadi strategi utama MAHB, malah, kumpulan pengendali lapangan terbang itu memulakan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 2006.", "Ia menyediakan sebanyak 15 hingga 20 lot runcit kepada peruncit bumiputera sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggung jawab sosial korporat.", "“Penyertaan bumiputera dari segi ruang runcit di lapangan terbang antarabangsa kami adalah 33 peratus yang kebiasaannya lebih tinggi berbanding kebanyakan pusat beli-belah di Lembah Klang. Dari segi jumlah outlet runcit, terdapat 800 outlet runcit di seluruh rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports dan hampir 20 peratus daripadanya telah diisi usahawan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Mohd Shukrie berkata, sejak dua tahun lepas, MAHB menambahbaik program pembangunan usahawan bumiputera di lapangan terbang itu menerusi strategi RESET Komersial.", "Strategi ini menggariskan inisiatif ‘Sense of Malaysia’ (Sentuhan Malaysia) antaranya pelanggan berpeluang mendapatkan produk-produk tempatan yang berkualiti, bungkusan menarik dan dipamerkan di lot runcit dengan citarasa Malaysia yang berbeza.", "SOM adalah inisiatif berterusan dan telah mencatatkan kejayaan dalam beberapa kempen runcit seperti HIMPUN yang memberi tumpuan kepada jenama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti fesyen, jenama kraf dan kecantikan, manakala KUEHKITA menumpukan kepada jenama PKS bagi produk makanan tempatan.", "Kempen ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, strategi dan perancangan MAHB menerusi RESET Komersial telah meningkatkan piawaian runcit di lapangan terbang yang bukan sahaja mengiktiraf jenama antarabangsa, malah peneraju di peringkat tempatan khususnya usahawan bumiputera.", "Mereka menerima manfaat daripada inisiatif ini berikutan KLIA merupakan pusat yang menghimpunkan jutaan tetamu dan penumpang pada setiap tahun.", "Menurut kenyataan itu, MAHB dan PUNB berhasrat mencapai objektif dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan menyediakan sokongan bagi memastikan perniagaan bumiputera daripada industri seperti makanan dan minuman serta fesyen mengisi sebahagian daripada ruang runcit di KLIA dan lapangan terbang antarabangsa yang lain. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9560
Pelawat dikehendaki jalani ujian rT-PCR
[ "KUCHING: Bagi kemasukan warganegara dan bukan warganegara dari luar negara ke Sarawak, mereka dikehendaki untuk menjalani ujian rT-PCR tiga hari sebelum masuk ke Malaysia, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.", "Beliau berkata setelah bermesyuarat semalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membuat beberapa keputusan seperti itu untuk kemasukan ke Sarawak.", "“Setibanya di Sarawak, mereka wajib menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang disediakan.", "“Ujian secara rawak rT-PCR juga akan dilakukan untuk setiap penerbangan masuk ke Sarawak,” katanya pada sidang media laporan harian Covid-19 di sini semalam.", "Beliau berkata JPBN turut memutuskan untuk melanjutkan penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan di daerah Padawan.", "“Berdasarkan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara Sarawak dan persetujuan bersama antara semua pihak termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak) telah memutuskan melanjut penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan bagi dua (2) sekolah menengah melibatkan Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 dan 4, Tingkatan 6 Rendah.", "“Penangguhan juga dilanjutkan ke 23 sekolah rendah melibatkan Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 di daerah Padawan ke 3 Ogos 2020.", "“Bagi kelas prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa,” ujar Uggah.", "Dalam perkara lain, bagi pemantauan pematuhan PKPP,  sebanyak 1,895 premis telah dipantau iaitu pasar raya (310), restoran (402), kilang (19), bank (190), pejabat kerajaan (53), penjaja (64), pasar tani/awam (81), tempat ibadah (73), tempat riadah (64), tapak pembinaan (15) dan lain-lain (624) semalam.", "“Seramai 696 anggota pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM (346), ATM (39), RELA (152), APM (94), PBT (50), KKM (10), dan Lain-lain agensi (5) terlibat dalam program itu.", "“PDRM telah membuat empat (4) tangkapan yang melibatkan GRO warga asing di Mukah kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah dan 46 kes dikeluarkan kompaun kerana didapati mengingkari serta tidak mematuhi Garis Panduan (SOP).", "“Daripada jumlah 46 kes tersebut, 34 kes adalah di pusat hiburan di Kuching dan 12 kes adalah di pusat hiburan di Mukah,” katanya", "Uggah berkata setakat semalam juga terdapat enam sekatan jalan raya di lima daerah sempena Op Benteng iaitu di Lundu (2), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1).", "“Daripada enam sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,260 jumlah kenderaan telah diperiksa,” katanya.", "Oleh Alexandra Lorna", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13106
Covid-19 tidak jejas tumpuan Teakwondo Sarawak
[ "KUCHING: Walaupun pelbagai cabaran dan kesukaran yang timbul ketika pandemik Covid-19 melanda sedikit mempengaruhi beberapa aktiviti dan program Taekwondo sebelumnya, tetapi itu tidak pernah mengganggu keinginan jurulatih dan atlet untuk meneruskan latihan kata Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) yang dilantik semula, Azizul Annuar Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem.", "“Krew teknikal kami telah berusaha untuk memberikan sesi latihan Zoom dan latihan maya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dan tempoh MCO Bersyarat untuk memastikan atlet kami tidak pernah meninggalkan latihan mereka dan sentiasa bersedia sepanjang masa.”", "“Saya yakin dengan pasukan kami, jurulatih yang berdedikasi dan terkenal, bersama dengan semangat dan kerja berpasukan dari atlet kami, kumpulan sokongan ibu bapa, kami masih dapat mengekalkan prestasi cemerlang kami pada masa akan datang,” katanya.", "Kata Azizul, Mesyuarat Agung Tahunan Ke-11 Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) yang diadakan di Taman Heritage, Petra Jaya baru-baru ini telah memilih Office Bearers untuk tahun 2020/2022.", "Beliau yang juga Presiden Taekwondo Malaysia (WTF), mesyuarat tersebut  berjalan lancar dan beroperasi dengan teratur mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) tanpa sebarang insiden atau bantahan.", "Beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa Lembaga Eksekutifnya dan para anggotanya atas usaha, nasihat, sokongan dan kehadiran mereka.", "“Saya sangat kagum dengan rakan-rakan ahli lembaga mereka dengan sikap bersatu, adil, telus dan harmoni semasa Mesyuarat Agung Tahunan ini. ", "“Usaha mereka untuk pembangunan Taekwondo (WTF) di negeri ini sangat terpuji, ”katanya.", "WTF Sarawak adalah satu-satunya sukan WTF Taekwondo yang diiktiraf oleh Taekwondo Malaysia (WTF) dan Taekwondo Dunia.", "“Ahli kami layak untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan SEA, Sukan ASIA dan Sukan Olimpik.", "“Pada masa ini, kami mempunyai dua puluh kelab gabungan dan seratus pusat latihan yang diedarkan di semua bahagian di seluruh Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Sibu, Miri, Lawas, Bintulu, Sarikei, Meradong, Mukah, Sri Aman, Betong dan Kapit,” jelasnya.", "Oleh Nur Ain Otsman", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42008
SDW2023 bakal tampil 32 pereka muda tempatan
[ "KUCHING: Seramai 32 pereka muda tempatan akan mempamerkan idea reka bentuk perabot mereka pada Pavilion SayD’Signers yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 13 hingga 16 Februari ini.", "Ketua Pegawai Eksekutif Saradec Dayang Nena Abang Bruce berkata, Pavilion yang dibina khas sempena Minggu Reka Bentuk Sarawak 2023 (SDW2023) itu telah ditetapkan untuk menjadi ekspo yang diterajui reka bentuk buatan sendiri pertama di Malaysia sebaik sahaja dilancarkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada pembukaan program itu kelak.", "Katanya, SDW2023 akan menghimpunkan beberapa minda yang paling inovatif dan kreatif dalam industri reka bentuk di samping mempamerkan trend terkini serta teknologi dalam seni bina, fesyen, reka bentuk grafik dan banyak lagi.", "“Terletak di tengah-tengah dewan pameran utama di tingkat bawah BCCK, Pavilion SayD’Signers akan mempamerkan reka bentuk perabot yang sangat unik ciptaan 32 pereka muda dari kumpulan satu hingga empat program SayD’Signers Sarawak.", "“Pengunjung akan dapat melihat reka bentuk perabot unik mereka dan mendapatkan lebih banyak maklumat hanya dengan mengimbas kod QR yang mengiringi setiap perabot yang dipamerkan di astaka,”katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.", "Tambah Dayang, kesemua pereka yang terlibat sepanjang acara empat hari itu bersedia memberikan maklumat lanjut mengenai reka bentuk mereka dan menjawab semua soalan yang berkaitan.", "Untuk rekod, SDW2023 anjuran Saradec dan Institut Teknologi Bandung (ITB) Indonesia diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan serta disokong oleh Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC).", "Rakan kongsi strategiknya termasuk Sarawak Timber Association (STA), Sarawak Furniture Industry Association (SFIA), Sarawak Tourism Board (STB), Tun Jugah Foundation, CENTEXS Commercial, University of Technology Sarawak (UTS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej Komuniti, Ran & Nong Creations, Dr. Dorothy & Group serta penglibatan daripada sektor ekonomi, perdagangan dan pelancongan.", "Oleh Mohd Neenatul Aizal", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38356
Penubuhan GPS untuk elak ‘terikat’ dengan parti lain 
[ "LIMBANG: Gabungan Parti Sarawak (GPS) ditubuhkan supaya tidak lagi terikat dengan kemelut politik yang sentiasa bergelora di Semenanjung.", "Timbalan Pengerusi GPS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata malah kedudukan GPS yang terasing daripada parti politik di seberang Laut China Selatan itu juga menjadikan gabungan empat parti politik tempatan itu tidak terikat dengan isu politik dimainkan di sana.", "Selain itu kata Timbalan Premier Sarawak, peristiwa pahit dibawah naungan Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018, turut dijadikan iktibar. ", "“Itu sebab kita tubuhkan GPS (pada 2018) supaya tidak lagi terikat dengan kemelut politik di Semenanjung, dan tidak terikat dengan isu politik dimainkan mereka.", "“Banyak janji yang ditabur pembangkang terutama ketika memerintah selama 22 bulan itu. Lebih menyedihkan banyak projek besar dibatal atau ditangguhkan di bawah pentadbiran kerajaan PH sehingga menjejaskan usaha membangunkan negeri ini.", "“Projek itu termasuk membatalkan pembinaan jambatan selain infrastruktur lain seperti sekolah dan jalan raya. Malah, PH turut melengahkan pembinaan banyak projek lain.", "“Oleh itu pengalaman kerajaan PH memerintah negara  22 bulan perlu dijadikan pengajaran dan iktibar agar rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan segala  janji pilihan yang dimainkan mereka,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Batu Biah, Limbang hari ini.", "Turut sama ialah calon GPS Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.", "Awang Tengah berkata masih banyak lagi yang perlu diperjuangkan termasuk hak Sarawak yang terhakis seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan memastikan suara ‘anak Sarawak’ kuat di Parlimen melalui kemenangan besar pada PRU-15) ini.", "Oleh ADENG EDRUS", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26873
PERJUANGKAN HAK TERHAKIS
[ "KUCHING: Tuntutan Sarawak ke atas hak-haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukanlah untuk kepentingan negeri itu semata-mata tetapi turut mengambil kira kepentingan Malaysia, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (gambar).", "Beliau berkata, rundingan mendapatkan kembali hak-hak yang terhakis sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ini merupakan di antara agenda yang terus diperjuangkan oleh kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam hal berkaitan MA63.", "“Kita akan terus memperjuangkannya, kerana ini adalah hak kita yang seharusnya dikembalikan, dan bersyukur telah ada venue untuk membincangkan perkara ini. Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) meneruskan Mesyuarat Majlis Khas MA63.", "“Kita telah mencapai banyak yang kita tuntut, mana-mana yang masih belum dicapai, komitmen untuk meneruskan perbincangan bagi menyelesaikan masalah-masalah ini diteruskan,” katanya dalam wawancara khas bersama Bernama di pejabatnya baru-baru ini.", "Menurutnya perkara itu diperjuangkan bukan sahaja untuk Sarawak juga mengambil kira kepentingan negara, supaya Malaysia akan sentiasa terus maju ke depan dan memiliki semangat perpaduan serta kesepakatan yang tinggi.", "Awang Tengah berkata, Kerajaan Sarawak mengambil dasar menumpukan kepada usaha pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyatnya sejak dari era pentadbiran Ketua Menteri keempatnya Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, yang kini adalah Yang Dipertua Negeri Sarawak.", "“Sehinggalah kepada Allahyarham Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem), sekarang Abang Jo (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) sebagai ketua menteri, Sarawak dapat mengekalkan kestabilan politik dan juga kerajaan yang stabil (dan) dasar yang tidak mahu meminggirkan mana-mana pihak,” katanya.", "Awang Tengah berkata walaupun rakyat Sarawak terdiri dari berbilang kaum dan agama, perbezaan ini telah menjadi kekuatan kepada mereka untuk hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatu padu.", "Katanya kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Ketua Menterinya telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi menjaga kesejahteraan penganut agama lain selain Islam di negeri ini dan langkah ini diterima masyarakat Islam Sarawak.", "“Kita sudah ada Majlis Agama Islam (Sarawak), ada Jabatan Agama Islam dan kita tubuh UNIFOR ini untuk mewujudkan satu masyarakat yang harmoni, hidup bersatu padu walaupun berbeza fahaman agama dan ini disambut baik oleh masyarakat kita,” katanya.", "Beliau berkata, rakyat perlu terus bersama-sama mempertahankan kestabilan politik dan keutuhan kerajaan sekarang kerana ia penting bagi mewujudkan ekosistem pelaburan dan persekitaran yang kondusif. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23107
BBP bantu tangkap ular
[ "BINTANGOR: Seekor ular tiung cincin emas berukuran panjang 1.5 meter telah ditangkap oleh anggota bomba.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, ular tersebut ditangkap oleh pihaknya di salah sebuah sangkar ayam di Sungai Labas, pagi semalam.", "“Ular tersebut berjaya ditangkap oleh anggota bomba menggunakan alat penjerut ular.", "“Terdahulu, pihak kami menerima panggilan kecemasan daripada pemilik ayam yang melaporkan penemuan ular tiung cincin emas di dalam sangkar ayamnya,” katanya.", "PPgB Nicholas Belulin berkata demikian dalam satu kenyataan, pagi semalam.", "Tambahnya, respons dengan panggilan kecemasan sekitar jam 8.36 pagi, tiga anggota bomba diketuai oleh PBK II Mohd Khairul Adeni Bahgia bergegas ke lokasi untuk menangkap ular.", "“Operasi menangkap ular tamat jam 9.06 pagi.", "“Setelah ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat asal,” ujarnya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44131
Pustaka Negeri Sarawak ajak ummah bersama martabatkan al-Quran
[ "KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak member sokongan dan bersama mengambil tanggungjawab untuk mengajak orang ramai menyertai World Quran Hour 2023 yang akan diadakan secara serentak di seluruh dunia bermula 10.15 hingga 10.30 pagi pada 13 April ini bersamaan 22 Ramadan 1444H.", "Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Rumah Ngaji Sarawak akan berlangsung di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin, Kuching dan dapat ditonton secara langsung melalui platform Facebook dan Youtube Pustaka Negeri Sarawak bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.", "Pustaka Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, Program World Quran Hour 2023 turut mendapat sambutan dan sokongan daripada Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datu Dr. Abdul Rahman Junaidi.", "“Pelbagai pengisian program turut diadakan pada hari tersebut antaranya adalah Tadabbur Surah Al-Insan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Sarawak, persembahan nasyid dan qasidah.", "“Untuk 2023 ini, Surah Al-Insan telah dipilih dengan membawa tema ‘Memanusiakan Manusia’ (Humanising the Ummah) melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga,” katanya.", "Matlamat utama World #QuranHour adalah untuk menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran iaitu baca, faham dan amal, menggarap nilai-nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah-surah di dalam al- Quran; bagi membentuk cara hidup berlandaskan al-Quran, melahirkan legasi yang mempunyai sistem operasi diri berlandaskan al-Quran serta untuk membangun negara dan dunia yang berbudi dan penyayang.", "“Semua lapisan masyarakat di Sarawak yang menyertai program ini boleh memuat naik gambar masing-masing di laman sosial dengan menaip #Worldquranhour23 #WQHSWK23 dan hantar ke twitter, Instagram serta facebook Pustaka Negeri Sarawak.", "Laporan/statistik boleh dihantar melalui applikasi ‘web browser’ di alamat https://bit.ly/lrt2023", "Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Ramdzan Saman di talian 014-8603620 atau Dayang Najwa Hazwani Awang Zaini ditalian 016-8947255.", "Oleh NUR AIN OTSMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28185
Gesa belia ceburi ekopelancongan
[ "LUNDU: Golongan belia digesa untuk merebut peluang latihan dan kursus berkaitan ekopelancongan mampan sesuai dengan potensi yang ada di kawasan Tanjong Datu.", "Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata antara ekopelancongan yang berpotensi di kawasan tersebut melibatkan pantai, kraftangan, rumah inap desa, gunung, air terjun dan sebagainya.", "“Dengan adanya Kampus Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) yang menawarkan kursus-kursus seperti bidang hospitaliti dan pelancongan, ia akan memberi lebih peluang kepada golongan belia yang terlatih dan berkemahiran untuk mengambil peluang untuk menaik taraf kehidupan mereka.", "“Inilah pembangunan yang dibawa oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) di mana setelah siapnya pembinaan Jambatan Rambungan dan jalan raya Pan Borneo, ia akan menjadikan ekopelancongan berkembang dengan pesat sekaligus menambah pendapatan masyarakat setempat,” ujarnya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri ke Program Voluntourism: Penghijauan Malaysia di Kampung Telok Melano, di sini, semalam.", "Dalam pada itu, beliau berharap masyarakat di kawasan DUN Tanjong Datu memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan pembangunan di kawasan tersebut dengan visi untuk memajukan pendidikan, sosio budaya, ekonomi dan pelancongan.", "Oleh RYNNA SHA’ERRA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5699
Scoot sambung semula penerbangan
[ "KUALA LUMPUR: Cabang penerbangan tambang rendah Singapore Airlines, Scoot, menyambung kembali penerbangan ke tiga destinasi di Malaysia, iaitu Kuching, Ipoh dan Pulau Pinang masing-masing mulai 5 Jun 12 Jun dan 14 Jun.", "Dalam satu kenyataan semalam, Scoot berkata, pihaknya telah melaksanakan beberapa langkah untuk melindungi kesihatan penumpang dan anak kapal.", "“Syarikat penerbangan ini akan terus meningkatkan prosedur operasinya dan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan tambahan untuk membolehkan pelanggan melakukan perjalanan dengan keyakinan lebih tinggi.", "“Scoot sangat menggalakkan semua pelanggan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal bagi memastikan mempunyai masa yang cukup untuk prosedur pra-penerbangan tambahan,” katanya.", "Syarikat penerbangan itu juga telah melanjutkan tawaran pertukaran tarikh percuma untuk sekali bagi semua tempahan yang dibuat mulai semalam hingga akhir Jun 2020 sekiranya pelanggan perlu mengubah rancangan perjalanan mereka setelah membuat tempahan.", "“Selain itu, semua pelanggan yang membuat tempahan pada atau sebelum 15 Mac 2020 untuk penerbangan yang berlepas antara 23 Januari dan 31 Julai 2020 dibatalkan, layak mendapat dua pilihan pembayaran balik – pengembalian wang 100 peratus melalui kaedah pembayaran asal atau 120 peratus bayaran balik secara baucar Scoot dengan tempoh sah 12 bulan.", "“Pelancong yang memasuki Malaysia (termasuk warganegara Malaysia, bukan warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap) juga diingatkan untuk mengikuti perkembangan dasar terkini mengenai kuarantin yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia mulai 10 Jun 2020,” kata syarikat penerbangan itu. Ketua Pegawai Eksekutif Campbell Wilson berkata, Scoot bekerjasama rapat dengan pengawal selia dan pakar kesihatan untuk melaksanakan langkah komprehensif yang dipertingkatkan untuk memastikan piawaian kebersihan yang tinggi. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21084
PETARA, ANTU!• Kuasa Mistik Antu:Sitan, Jin, Iblis
[ "Tusun Ke-53BEPELASARKA penemu litericha, agama Monoteismse, Politeisme, Panteisme, Animisme enggau Sains Spiritual (Spiritual Science), kuasa dunya mistik tauka ‘alam ghaib’ dibagi ngagai tiga raban iya nya: i. Kuasa mistik Petara (God, Almighty, Tuhan) ii. Kuasa mistik Bunsu Petara (Dewa, Diety) iii. Kuasa mistik Antu [Sitan, Jin, Iblis]. Sida tu seraban ari ‘supernatural being’ ti diau ba dunya ti enda ulih peda tauka digusung mensia dunya. Semina mensia ti bisi ngembuan kuasa mistik aja ulih bekaul tauka datai ba dunya sida tu.", "PENTI PEMALI", "Minggu tu aku mai pemacha mansik pasal kuasa mistik Antu ti bekaul enggau penti pemali dalam jalai pengidup bansa Iban. Penti pemali tu endang amai bisi ‘exist, wujud” dalam jalai pengidup tetiap bansa di serata dunya tu. Penti pemali mega bisi disebut dalam bidang penemu Sains Sosial tauka Sains Spiritual. Dalam jalai pengidup kitai Iban ti agi megai pengarap tauka agama Adat, penti pemali tu enda tau enggau kitai main-main. Iya ukai pekara ti ulih dikelikuhka kita ngena chara penemu diri empu aja laban iya bisi kaul enggau kuasa mistik Antu tauka Bunsu Petara (Dewa) lalu dikemendar ‘diizin’ Petara (God Almighty, Tuhan).", "Nitihka penemu Sains Spiritual, penti pemali mai reti utai ti enda tau dikereja sebarang mensia bepelasarka pengarap tauka agama laban enti utai nya dikereja iya tau ngenataika penusah tauka ukum ari kuasa dunya mistik ‘dunya ghaib’ Antu tauka Bunsu Petara. Ambi ke chunto, penti pemali maya kitai mensia tama ke dalam kampung: enda tau nunu budu, belachan tauka utai ti bebau . Enti utai nya dikereja kitai, kuasa mistik Antu ‘makluk halus alam ghaib’ deka meri timbal ti tau ngenataika penusah ngagai kitai ti nunu utai nya.", "Tentu kitai Iban kala ninga pasal orang ti mai telu manuk ke dalam kampung; lebuh deka manduk tauka makai utai nya, iya tau bebali nyadi telu matu bau tauka nadai isi. Utai ti nyelai baka nya disebut ‘latung’ laban iya nyelai tang amai nyadi; ‘pelik tetapi benar’.", "Nya mih nunjukka kuasa mistik Antu ‘alam ghaib’ ulih ngachau pengidup kitai mensia enti kitai ngelanggar penti pemali sida sereta sumbung lalu enda bebasaka sida Antu ti endang amai bisi dalam babas kampung nya. Maya tama babas kampung jerung kitai mensia enda tau ragak, bejaku kelalu inggar tauka bejaku changka enggaika utai ti disebut kitai nya tau ngachau pengelikun tauka medis ati sida Antu ti endang amai bisi meratika ulah kitai mensia; taja kitai enda ulih meda sida.", "Semina mensia ti bisi ngembuan “Sixth & Seventh Sense” aja ulih tepedaka sida ‘makhluk halus’ nya. Mayuh mega penti pemali dalam babsa kampung jerung ti bukai enda alah sebut baka: enda tau ngensung, enda tau ngangau, enda tau ngambi utai ti nadai orang empu dalam babas, enggai ti bukai. Pia mega sebedau tama babas kampung ti jarang digusung mensia, kitai patut besampi minta ngagai Petara (God Almighty) tauka Bunsu Petara (Dewa) minta diri empu dijaga ari Antu ‘alam ghaib.”", "PENTI NYA ‘ TABOO’", "Nitihka penemu Sains Sosial, penti pemali reti nya utai ti enda tau dikereja ‘ taboo’ ngagai mayuh macham pekara ti tau mai penusah dalam aktiviti mensia, adat ti kudus tauka pemali ti bepelasarka ulah moral sereta agama. Orang ti ngelanggar penti pemali deka dikutuk mensia mayuh lalu diukum nitihka adat tauka undang-undang mensia dunya. Sekeda pemansik Sosial-psikologi madah, penti pemali dalam pengidup kitai Iban kena nagang kitai ngereja pengawa ti jai lalu tau ngasuh kitai bebadi, tabin, merinsa mensena tauka parai.", "Ambi ke chunto, mali makai utai ti enda ti tudung enggaika dijeput antu lalu tau ngasuh mensia tabin tegal Antu. Uji kitai mansik ajar moral dalam penti pemali nya ngena penemu Sains. Pemakai ti enda ti tudung tau inggap lalat, lunyung lalu kaki lunyung, lalat ti udah inggap ba utai kamah sereta ngundan igi penyakit “kuman, bateria, virus” tau pindah ngagai pemakai ti enda ditudung nya. Lebuh kitai makai utai ti enda ditudung nya, igi penyakit nya tau tama ke dalam perut enggau tubuh kitai lalu tau ngasuh kita tabin raya baka pedis perut chirit, mutah bira muang ai .", " Nitihka saintis Sosial Sigmund Freud, beleman tauka jadi mali melaki bini sereta munuh apai indai nya endang penti pemali serata dunya “universal”. Taja pia, penemu mensia ti bepelasarka “Rationalisme & Sains” udah ngepunka ulah mensia sengaja ngelanggar penti pemali nya laban kenu ku sida penti mali kelalu nyekat adat enggau atur jalai pengidup sosial sida. Nitihka Sains Spiritual ulah jai mensia di dunya nya tau ngujungka semengat ‘tubuh rohani, roh’ tau nyadi energi negatif (Antu) maya udah mati ila. ", "PATUT BEJIMAT-JIMAT", "Penti pemali dalam jalai pengidup bansa Iban nyengkaum berengkah ari pengawa dalam rumah tangga (domestik), pengawa bumai betaun, ngasu beburu, pengawa berikan, etb. Kitai Iban ti agi megai pengarap Agama Adat tauka Animisme patut bejimat-jimat lalu minta penemu ari Manang tauka Lemambang pasal pekara nya. Manang tauka Lemambang aja ulih muai penti pemali Iban ti ukai Keristin. Kitai Iban ti udah megai agama Kristian patut enda irau pasal penti pemali taja pia…, kita tau minta penemu ari Paderi gerija diri empu pasal penti pemali nya.", " Nya mih, kuasa dunya mistik ANTU ti endang amai bisi ‘wujud’ di dunya mensia. Nya alai bejimat-jimat lalu nguna pikir ‘spiritual’ ti tinggi kena kitai mensia mutarka penusah tegal ANTU. (Referen: Freud, Sigmund, Totem and Taboo: Lewis, N. (1983) Life in Egypt under Roman Rule, Clarendon Press)", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39989
Didikan awal kanak-kanak mengenai kebakaran
[ "LIMBANG: Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat Limbang bekerjasama dengan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang mengadakan pendidikan awal kaedah memadam kebakaran.", "Antaranya melalui ceramah keselamatan kebakaran, demontrasi tatacara penggunaan alat pemadam api dan pameran jentera dalam usaha memberi ilmu kesedaran kebakaran kepada murid sejak di awal usia.", "Program dimulakan dengan ceramah dan taklimat ringkas mengenai peralatan memadam kebakaran dan bahan mudah terbakar yang perlu dielakkan oleh kanak-kanak.", "Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak seawal usia enam tahun mengenai keselamatan kebakaran.", "Melalui program itu, BBP Limbang turut memberi latihan menyelamat diri kepada kanak-kanak supaya mereka bersedia jika berlaku kebakaran.", "Sepasukan bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ngo  Avan, Pasukan Charlie BBP Limbang menyertai program itu.", "Oleh ADENG EDRUS", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27862
Pertembungan empat penjuru DUN Gedong
[ "GEDONG: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), Amanah, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).", "Pertandingan empat penjuru di kerusi Gedong melibatkan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg calon (GPS), Kamal Bujang (Amanah), Mohamad Sofian Faris Sharbini (PSB) dan Tomson Marcus Ango (PBK).", "Pegawai Pengurus (RO) Pusat Penamaan Calon DUN Gedong Abdul Khalid Manap membuat pengumuman tersebut di pusat penamaan calon Dewan Masyarakat Gedong pada 10.30 pagi selepas tamat tempoh penamaan calon pada 10 pagi semalam.", "Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyerahkan borang pada 9.02 pagi.", "Ia disusuli oleh Tomson Marcus Ango dari (PBK) menyerahkan borang pada pukul 9.04 pagi, Kamal Bujang (Amanah) pada", "9.11 pagi.", "Manakala dari (PSB) Mohamad Sofian Faris Sharbini sekitar", "9.14 pagi.", "Terdahulu, ketibaan Abang Johari di Dewan Masyarakat Gedong disambut dengan laungan ‘Hidup Abang Jo, Hidup GPS’.", "Abang Johari memasuki pekarangan sebelum 9.02 sambil diiringi pencadang, Datuk Mohd Naroden Majais dan disokong Penghulu Iban Islam Kawasan Ulu Simunjan, Mohd Najib Arbi.", "Ini merupakan kali pertama Abang Johari bertanding di DUN Gedong selepas berpindah dari DUN Satok yang dimenanginya selama sembilan penggal berturut-turut iaitu dari tahun 1981, 1983, 1991, 1996, 2001, 2006, 2011 dan 2016.", "Naroden adalah bekas ADUN Gedong sejak 1991, dan telah memberi laluan kepada Abang Johari untuk bertanding di kerusi tersebut. Jumlah pengundi berdaftar di DUN 7,208.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke PPC bagi mengemukakan kertas pencalonan calon.", "Sementara, penyokong parti politik yang diwakili bakal calon tidak dibenarkan masuk, begitu juga sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Sarawak ke-12 pada 18 Disember dan undi awal pada 14 Disember.", "Oleh JEAKQLEYN YACHO", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25533
BSN MIRI DITUMPU
[ "MIRI : Bank  Simpanan Nasional  (BSN)  di Jalan Sri Dagang di sini terus  menjadi  tumpuan  penerima bantuan  Bantuan  Khas  Sarawakku Sayang  (BKSS), semalam.", "Ada yang sanggup menunggu dan tidur di luar bank seawal 2.00 pagi bagi mengelak beratur panjang untuk mendapatkan wang bantuan.", "Rata – rata  mereka  yang menunggu  awal  datang  dari Ulu Tinjar,  Saeh, Niah  dan  Lambir  ekoran  tiada  perkhidmatan  BSN di  kawasan  mereka.", "Terdahulu, satu  rakaman video  tular  di  laman  sosial  yang  memaparkan  orang  ramai  mula menunggu di luar bank  seawal 2.00 pagi.", "Kejadian ini turut  menarik perhatian Ahli  Parlimen  Sibuti, Lukanisman  Awang  Sauni  yang kemudian  turun  padang  meninjau keadaan penerima bantuan tunai di bank berkenaan.", "Dalam hantaran di laman Facebook, Lukanisman berkata, orang pertama yang menunggu datang dari Saeh, memaklumkan sudah tiga hari mencuba dan beliau bertanya satu persatu berkenaan situasi yang mereka hadapi.", "“Cuaca juga agak sejuk dan ada yang datang bersama cucu menunggu sejak 12.00 malam.", "“Makcik Dijah dari Rumah Lagan memaklumkan beliau membayar RM100 untuk tambang, ada yang datang dari Tinjar memaklumkan tidak balik modal kalau dua hingga tiga hari menunggu.", "“Saya dimaklumkan tuntutan bantuan dihadkan seramai 80 sehari.", "“Saya akui sistem penyampaian bantuan kerajaan ketika pandemik Covid-19 sebegini agak meletihkan dan perlu diurus dengan berperikemanusian,” katanya.", "Lukanisman berkata, rata-rata memerlukan bantuan tunai ini bagi keperluan harian dan terkesan kerana terjejas pendapatan.", " “Isu berkaitan bantuan tunai yang dibangkitkan, kemaskini akaun yang tidak lengkap, tiada akaun bank, perkhidmatan BSN hanya terhad di bandaraya Miri, tiada kaunter bergerak berjadual disediakan, kebenaran rentas daerah yang lebih ketat, tambang mahal, kemudahan ATM tiada di pekan seperti Bekenu, Beluru dan isu bilangan tebus bantuan yang terhad kepada 80 orang,” katanya.", "Oleh LIONG CHAI LING", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42651
Isu penyeludupan produk tembakau, beralkohol antara tumpuan Dewan Rakyat
[ "KUALA LUMPUR: Isu mengenai penyeludupan produk tembakau dan rokok serta  produk beralkohol antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. ", "Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan ditanya oleh Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang antara lain meminta anggaran kerugian hasil duti eksais, cukai jualan dan duti import akibat penyeludupan itu. ", "Sementara itu, Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan tindakan tegas berhubung kes penderaan kanak-kanak yang semakin serius di pusat jagaan kanak-kanak seluruh negara.", "Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan  menyatakan status terkini program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang dilaksanakan sebelum ini.", "Turut bertanyakan soalan ialah Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab utama pengukuhan nilai mata wang ringgit selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dengan mata wang asing seperti Dollar US, Singapura dan Rupiah Indonesia serta kesan ke atas ekonomi dan inflasi negara.", "Selesai sesi soal jawab, menteri-menteri akan menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja mengikut kementerian masing-masing.  – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31840
LTAK kembali sesak
[ "SESAK… Keadaan sesak di LTAK dibanjiri orang ramai yang pulang ke Semenanjung Malaysia dan Sabah selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kuching.", "KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sejak Jumaat lalu menyaksikan keadaan sesak dengan bilangan besar rakyat Sarawak yang pulang bercuti sempena Aidilfitri sudah mula kembali ke Semenanjung Malaysia dan Sabah.", "Ini menyebabkan kesesakan berikutan jumlah orang ramai melebihi kapasiti termasuk ramai yang datang untuk menghantar ahli keluarga masing-masing yang pulang ke Semenanjung Malaysia atau ke Sabah.", "Tinjauan Utusan Sarawak di LTAK semalam mendapati kesesakan masih lagi berlaku selepas ketibaan rakyat Sarawak yang bakal berlepas datang lebih awal sebelum waktu penerbangan mereka.", "Kebanyakan mereka memilih untuk datang sekitar tiga jam awal daripada waktu berlepas bagi mengelakkan terlepas waktu penerbangan selain disebabkan faktor jalan raya menuju ke LTAK yang sering kali sesak terutama ketika waktu kemuncak.", "Difahamkan sejak minggu lalu selepas perayaan Aidilfitri, lebih 30 penerbangan berlepas dari LTAK ke destinasi di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu saban hari dan dianggarkan hampir 10,000 penumpang menaiki penerbangan ke semua destinasi terbabit.", "Dalam pada itu, hampir semua jadual penerbangan berjalan seperti biasa dan terdapat beberapa penerbangan kebanyakan ke Semenanjung Malaysia terpaksa ditunda lewat beberapa jam.", "Malah, keadaan sesak bukan hanya berlaku di dalam LTAK, namun turut berlaku di tempat letak kereta sehingga memaksa ramai yang meletakkan kenderaan di bahu jalan.", "Menurut salah seorang penduduk Sarawak yang ditemui di LTAK semalam, Dayang Suhana Awang, 40, berkata, dia  tiba di LTAK seawal 8.00 pagi dari Serian.", "Katanya, kebenaran untuk pulang menyambut Aidilfitri pada tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya setelah dua tahun tidak meraikan bersama ibu bapa di kampung halaman.", "“Alhamdulillah, suami sudah beli tiket secara dalam talian seminggu awal sebelum Hari Raya untuk saya dan dua anak-anak kami.", "“Nasib baik ‘flight’ hari ini (semalam) tidak ‘delay’ (ditunda) seperti yang dialami penumpang lain dua tiga hari lepas,” katanya yang pulang ke Seremban, Negeri Sembilan.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27764
Perintah komited nyendiaka perengkaguna
[ "MARUDI: Penulung Menteri Perintah Pelilih Menua, Datuk Penguang anak Manggil ngatur penemuai iya ngagai mayuh bengkah rumah panjai laban deka meratika mayuh bengkah projek ke benung dikemujurka.", "Maya penemuai ngagai Rumah Jinggau anak Lubang Bukit Limau B, Bakong empai lama ke udah, Penguang ngasaika diri puas ati meda mayuh amat ubah ba rumah panjai nya berengkah ari iya nyadi pengari rayat N.76 Marudi.", "Ku Penguang, sebedau iya nyadi pengari rayat nadai jalai meruan dikena ngelawa ngagai rumah panjai nya, ke semina jalai tanah luchah sereta mit amat.", "Kandang ba mua rumah panjai nya agi dulu suba semina babas sereta luchak enti dibandingka enggau diatu, ku iya lebuh ngatur penemuai ngagai endur nya.", "“Diatu jalai ngelawa ngagai endur nya sereta kandang mua rumah panjai nya mega udah ditar enggau manah ngena agih Projek Rayat,” ku iya.", "Ketegal nya ku Penguang ti mega orang ngempu kerusi Kunsil Nengeri (DUN) Marudi lalu deka nyadi chalun Gabungan Parti Sarawak (GPS) maya Pengawa Bepilih Besai Nengeri Ke-12 (PRN-12), gaya rumah panjai nya nyau majak manah pengudah diaduka baru ngena Projek Mit Menua Pesisir (MRP) enggau Projek Ngemanahka Rumah Seranta Sarawak (PPRMS).", "Ku iya, enda lama agi peranak rumah panjai nya deka ngasaika bekal ai beresi ngena Projek Rayat, Opis Bekal Ai Menua Pesisir (JBALB) ke benung dikemujurka.", "Iya mega madahka, taja pan bisi sekeda orang enda setuju enggau pengawa ke digaga iya, tang iya sigi pechaya peranak rumah panjai ngagsaika pengaga ati ngagai pemansang ke udah dikemujuraka ba endur nya.", "Iya meri terima kasih ngagai semua orang ke sama bela bisi enggau nyediaka perengkaguna sepemanjai timpuh iya nyadi pengari rayat.", "Kelimpah ari nya Penguang mega nemuai ngagai taba endur ngagai Rumah Lingga anak Jinggan, Bukit Nat Bakong ke baru.", "Maya penemuai iya ngagai endur nya Penguang ngasaika diri puas ati laban jalai dikena ngelawa rumah panjai nya udah ditar ngena i Projek Rakyat N.76 sereta ngarapka pengawa ngaga rumah panjai baru nya diatur enggau manah.", "Lebuh nemuai ngagai Rumah Budin anak Nawek, Sg Tuyut maya hari ke sama iya sempat nyuaka chek MRP penyampau RM5,000 ngagai Biro Indu rumah panjai nya.", "Maya berandau enggau peranak rumah panjai nya Penguang madahka Projek Bekal Eletrik Menua Pesisir RES Renggat 1 ba endur nya benung dikemujurka sereta jalai ngelawa ngagai runmah panjai nya mega benung diaduka ngena Projek Rakyat N76.", "Oleh JIKU JUGUONG", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23883
Rezeki bulan Ramadan
[ "SARIKEI: ‘Rezeki tidak pernah salah alamat’ ia ungkapan yang cukup tepat kepada seorang nelayan pada bulan Ramadan yang lalu.", "Bulan Ramadan menjadi bulan rezeki untuk Osman Jalaini, 46, apabila memperoleh sekitar RM20,000 hasil penjualan limpa ikan terusan dan ikan palo.", "Osman berkata, beliau berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.", "“Memandangkan warung saya masih ditutup operasi, saya turun ke sungai dan laut menangkap ikan.", "“Selepas memasang pukat ikan, saya memancing sementara menunggu masa untuk pukat ditarik ke dalam perahu,” katanya.", "Osman berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak, pagi semalam.", "Ketika dihubungi Utusan Sarawak, beliau baru balik memancing dan memperoleh beberapa ekor ikan terusan.", "“Waktu saya turun ke sungai menangkap ikan pada waktu pagi dan waktu malam.", "“Waktu pagi ikan terusan susah nak ditangkap, hanya bila malam menjelang, ikan terusan mula memakan umpan pancing,” ujarnya.", "Tambahnya, tiada erti penat lelah dalam mencari rezeki.", "Baru-baru ini, Osman turut berjaya menangkap dua ekor ikan palo dan ikan pari harimau.", "“Demi menambah rezeki kami sekeluarga masa ini, saya turun ke sungai dan laut menangkap ikan.", "“Limpa ikan terusan dan ikan palo yang telah saya keringkan dijual untuk menambah pendapatan keluarga,” katanya lagi.", "Oleh EARL ANEK", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12738
Cherpan: Petenah Madu Berachun
[ "TUSUN KEDUA", "TUKANG PENEMPA BUAH", "MEDA baka nya, petara penguasa tanah, Raja Sempulang Gana, ke diau di menua ke dikumbai Letung Jalung Temaga, masih irau ati.", "“Nadai penyadi ti lalu beketu pendiau sida utai tanam tu, bekayu, berandau bisi tang bebunga bebuah lalu nadai. Nama dih ke diempa anakmensia dih!” ku putap iya. Nya alai Raja Sempulang Gana lalu berunding dalam-dalam, begiga chara mutarka penusah nya. “Manah enti aku mesan Burung Kung Kapung, laban iya nya ke udah ditemu rita pandai nempa buah mayuh bansa kayu, babas enggau randau ke alai bala jelu, burung, ikan beridup.”", "Lepas nya, Raja Sempulang Gana, ke suah mega dikangauka orang Rangkang Kirai, lalu mesanka Burung Kung Kapung. Burung Kung Kapung pen datai ke rumah Raja Sempulang Gana, nelusur leka pesan.", "Lebuh seduai betunga berandau, dia Raja Sempulang Gana madahka pengirau ati diri meda bansa utai ditanam di umai bisi ngapa, tang mih lalu nadai mansutka bunga enggau buah sida ke pemakai anakmensia.", "“Ari nya, aku madu nuan nyadi tukang penempa bunga enggau buah kayu, laban aku nemu nuan bisi pengelandik tunga kia, awakka pengawa nuan tulin nempa bunga kayu enggau utai tanam ke ba umai anakmensia ngambika nyadi buah ke pengidup anakmensia.”", "“Nuan ga bechayaka aku, Raja Sempulang Gana, nya alai, nguji mega aku, ni dih nyadi anakmensia nadai pemakai ti ke pun pengidup. Timpang penyadi dunya!”", "Burung Kung Kapung pen lalu terebai pulai ke menua iya-empu di Bukit Tekam Sengayan Sepiak Piam Nyilup Remang, Tatai Lantar Pendawan Tutuk Telian Ujan Sayang.", "RAJA SEMPULANG GANA", "Nya alai, kenyau ari sehari nya, udah bekau kena panah Raja Sempulang Gana, Burung Kung Kapung lalu berengkah nempa bungai enggau buah padi enggau semua utai tanam ke ditanam anakmensia ba umai. Semua buah utai tanam ti ditempa iya maya hari panas manis sereta lemak diempa; semua ke ditempa iya ngelaban ujan, buah nya masam tauka kelat diempa. [Kenyau ari cherita tu ke nyadi kelia nyentuk ke seharitu, pengarap Iban lama sigi ngumbai Burung Kung Kapung mih siku-siku nya burung penempa bunga enggau buah kayu enggau utai bukai ti ditanam anakmensia. Nya alai nyentuk ke seharitu, enti Iban bejarit ninga nyawa Burung Kung Kapung dalam taun nya, sida andal amat ati, laban nya ke tanda kayu buah deka bebuah raya, lalu Iban ke bumai nyadang diri bulih padi].", "Berita pasal pengelandik Burung Kung Kapung ke nempa buah nyadi nyau sedura di baruh hari. Nama iya tebilang amat ditemu semua orang. Ketegal iya ke tebilang ditemu orang, kelimpah ari ngembuan baga idup ti ditemu manah, dia kemayuh agi bala binatang, nyengkaum sida Ketupung sebiras, lalu milih iya nyadi Tuai, nganti Menaul ke udah rari ari menua sida di Ranyai Ngeledi.", "Sekumbang iya udah dipilih nyadi Tuai, dia pengawa iya ke nempa buah semina dikereja iya main besambil aja, laban iya nyau mekuh enggau ngemeranka pengawa nyadi Tuai megai semua bansa binatang di menua Ranyai Ngeledi nya. urung. Sekumbang udah dipegai iya, dia nembiak redak nyau belinsur lantang senang dalam pengidup, laban madu bunga kayu sepenegar nuchung, buah kayu penegar nyawa makai. Iya enggai enda nguna pemandai enggau pengelandik, pengeliat enggau penyikar, pengelurus enggau pemanah diri megai daun, ngempung bala laban iya enggai kena rinding sempama tuai ti nyebut “Pengkalan enda tau alai bemalam, enda umbas selebuan langkan perau; langkau palan enda ulih endur pereman, enda umbas alai nganyam selebuan gadang semambu.” [Dituduh nyadi Tuai deka tang udah nya enda teiringka nembiak redak ngereja pengawa begigaka penyenang enggau pengelantang].", "KENA PETENAH", "Nya kenu, nyau keleju kebangai utai bala burung ke dipegai Kung Kapung, dia alai bala burung ke besai-besai gamal enggau ke kering, baka sida geruna, kenyalang, ruai, tajai, menaul, beruie enggau kejakuh tumbuh tak kepapas ati ke Kung Kapung ke nyadi tuai sida. Burung Kejakuh dulu naburka jaku petenah, madahka tuai sida, Burung Kung Kapung bisi salah pengawa enggau Burung Tungguk, iya nya rambang Bulan. Lalu Burung Kung Kapung empu nyangkal. Bini Burung Kung Kapung mega nyangkal senaka iya laban iya-empu nadai nemu laki diri bisi beleman enggau Burung Tungguk. Lalu Burung Tungguk nyangkal enggau sabak-sabak.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21599
Masyarakat disarankan derma darah
[ "DARAH adalah cecair utama dalam badan dan merangkumi tujuh peratus daripada berat badan manusia. Ia memainkan peranan penting dalam membekalkan oksigen ke seluruh badan bahkan terlibat dalam sistem imunisasi yang berfungsi bagi mempertahankan diri dari jangkitan kuman dan menentang penyakit.", "Selain itu, darah berfungsi sebagai sistem pengangkutan untuk menyalurkan nutrien, elektrolit, hormon sekali gus menyingkirkan bahan kumuhan dalam badan.", "Sementelahan itu, darah mengandungi pelbagai komponen seperti sel darah putih, sel darah merah, platlet dan plasma yang berfungsi memelihara nyawa.", "Disebabkan darah merupakan komponen yang penting dalam perawatan kesihatan, keperluan dan permintaan darah semakin meningkat berikutan hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.", "Rawatan kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah.", "Sehubungan itu, masyarakat disarankan untuk melibatkan diri dalam kempen derma darah yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.", "Pendermaan darah boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu pendermaan darah penuh (whole blood donation) dan pendermaan secara aferesis (apheresis donation).", "Pendermaan darah penuh adalah merupakan pendermaan darah yang biasa dilakukan. Darah yang didermakan ini akan diproses di makmal kepada beberapa komponen seperti Plasma, Platelet dan Sel Darah Merah (Packed Cell).", "Isi padu darah yang diambil bergantung kepada berat badan penderma. Jumlah maksima darah yang diambil ialah 450 mililiter (ml) bagi berat badan melebihi 50 kilogram (kg).", "Keseluruhan proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 30 minit dan penderma darah penuh ini boleh menderma setiap 3 bulan sekali.", "Bagi pendermaan aferesis pula merangkumi pendermaan plasma dan platelet, atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan mesin aferesis.", "Tempoh yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit untuk Plasma, dan 45 minit hingga 75 minit untuk Platelet.", "Oleh kerana sel darah merah penderma tidak diambil sewaktu proses pendermaan aferesis, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali.", "Menurut Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS), unit darah (whole blood) perlu mematuhi setiap kriteria sebelum diproses sebagai komponen darah yang berkualiti tinggi.", "“Antara kriterianya adalah beg yang mengandungi darah perlu berada dalam keadaan baik, iaitu tiada tanda kebocoran.", "“Disamping itu, beg darah mesti dilekatkan label yang mengandungi maklumat pendermaan seperti nombor pendermaan, kumpulan darah, tarikh dan masa darah didermakan.", "“Seterusnya, isipadu darah perlu berada dalam julat yang ditetapkan. Sebagai contoh, untuk beg darah bersaiz 450ml, julat isipadu darah dalam lingkungan 405 ml hingga 495 ml darah sahaja akan diproses dan disediakan komponen darah.", "“Begitu juga dengan suhu penyimpanan darah, ia mesti berada di antara 20°C hingga 24°C (darjah celsius) dari pendermaan sehinggalah diterima di makmal pemprosesan komponen darah.", "“Tempoh pungutan darah mesti kurang daripada 12 minit, bermula dari ianya mengalir daripada badan penderma memasuki beg darah sehinggalah beg darah penuh.", "“Setiap unit darah yang diderma akan didaftarkan ke dalam sistem maklumat makmal. Maklumat pendermaan dan pemprosesan seperti tarikh penyediaan komponen darah, tarikh luput setiap komponen yang dihasilkan, berat dan isipadu komponen akan direkodkan.", "Banyak faktor yang mendorong seseorang untuk menderma darah. Antaranya adalah kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat pengaruh rakan-rakan dan saudara mara.", "Namun, terdapat berbagai mitos berkaitan pendermaan darah yang menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, ramai orang mengelakkan diri dari menderma darah.", "Antaranya segelintir masyarakat berpendapat penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan sebagainya boleh dijangkiti melalui pendermaan darah. Mereka beranggapan penyakit-penyakit ini dijangkiti melalui penggunaan jarum yang sama oleh berbagai penderma darah.", "Di sebalik itu, perkhidmatan pendermaan darah sentiasa mengamalkan penggunaan jarum dan picagari baru untuk setiap pendermaan. Selepas setiap pendermaan darah, jarum dan picagari yang telah digunakan akan dibuang segera dan tidak digunakan lagi untuk penderma darah lain. Hal ini bagi memastikan keselamatan penderma darah dan juga produk darah terpelihara. Malah, prosedur mengambil darah juga menggunakan teknik aseptik bagi memastikan penderma darah dan darah adalah bebas dari kuman dan selamat.", "Mitos yang seterusnya adalah masyarakat menyangka bahawa darah yang diderma boleh disimpan selama-lamanya dan diperolehi bila diperlukan. Maka, mereka beranggapan menderma darah boleh dilakukan sekali sekala.", "Kontradiksinya, jangka hayat sel darah merah di dalam badan adalah kira-kira 120 hari. Justeru,sel darah merah akan merosot apabila berada di luar badan manusia. Oleh itu, sel-sel ini dipelihara dengan bahan awet dan nutrien dalam simpanan.", "Secara umum, sel darah merah yang diderma hanya boleh hidup sekitar 35 hingga 42 hari. Tuntasnya, pendermaan darah perlu dilakukan berterusan bagi memastikan stok darah tidak berkurangan.", "Oleh ‘AINI ‘AFIFAH HAFIZ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8705
266 kertas siasatan dibuka
[ "KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 266 kertas siasatan berhubung berita palsu Covid -19, setakat semalam.", "Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 172 masih dalam siasatan, manakala 30 kes telah didakwa di mahkamah, 12 diberikan notis amaran, 13 dalam proses perbicaraan dan 17 lagi telah mengaku bersalah.", "“Pihak PDRM dan SKMM akan terus membuat pemantauan ketat terhadap penyebaran berita palsu. Kerajaan memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap penyebaran berita palsu,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Ismail Sabri berkata sebanyak 351 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita tidak benar berkaitan pandemik itu. ", "Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya serta menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau laman web www.sebenarnya.my bagi menyemak kesahihan berita.", " Sementara itu Sabtu lepas, Ismail Sabri berkata seramai 29 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan daripada jumlah itu, seramai lapan individu direman manakala 21 lagi dikenakan kompaun.", "Katanya antara kesalahan ingkar PKP yang dilakukan termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam, aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan jarakan sosial serta aktiviti yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).", "Berkenaan dengan Operasi Benteng pula, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata PDRM telah melakukan 68 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 43,598 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin dan hasilnya seramai tujuh warga asing berjaya ditahan atas kesalahan imigresen.", "Dalam tempoh yang sama, katanya seramai 1,000 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dan daripada jumlah itu 988 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala dua lagi dibawa ke hospital.– Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33294
Apam balik terlajak nyaman di Pasar Malam Miri
[ "GERAI Apam Balik Pakcik Bujang sentiasa mendapat tumpuan daripada para pengunjung Pasar Malam Miri.", "Medan SABERKAS Miri atau lebih dikenali Pasar Malam Miri terletak di Jalan SABERKAS Utama, Miri. Ia merupakan lokasi di mana penduduk bandar raya Miri sering berbelanja untuk membeli makanan kegemaran mereka.", "Pasar Malam Miri beroperasi dari petang  Rabu hingga malam Ahad dan waktu operasi bermula lebih kurang jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada  10.00 malam. Terdapat puluhan buah gerai yang menjual pelbagai jenis makanan seperti lauk-pauk, nasi lemak, murtabak, burger dan roti john, kuih-muih, pelbagai jenis mi, ayam dan ikan bakar, ayam goreng pedas, satay, buah-buahan, sayur-sayuran, peralatan hiasan, baju terpakai, majalah terpakai dan sebagainya.", "Di antara puluhan buah gerai yang ada di sini, terdapat sebuah gerai yang sering menjadi tumpuan atau sangat popular iaitu Gerai Apam Balik.", "Kuih Apam Balik Pakcik Bujang sangat terkenal dalam kalangan para penggemar kuih Apam Balik di bandar raya Miri disebabkan rasanya yang sangat sedap, lembut dan berlemak.", "Tidak hairanlah jika setiap kali pergi ke Pasar Malam Miri ini, kita terpaksa beratur panjang hanya untuk membeli sekeping atau dua keping Apam Balik untuk di bawa pulang.", "Menurut Pakcik Bujang atau nama penuhnya Bujang Jinah,67,  yang berasal dari Miri, beliau telah berniaga kuih Apam Balik sejak lebih 20 tahun yang lalu di pasar malam ini.", "Beliau dibantu oleh isterinya Faridah Manton,  55, dan juga anak-anak mereka.  Beliau menganggap jualan kuih Apam Balik sudah menjadi perniagaan keluarganya.", "Hasil dari perniagaan kuih inilah menjadi punca rezeki utama mereka sekeluarga seharian malah ia menjadi sumber rezeki untuk menyekolahkan anaknya hingga ke peringkat university.", "Menurut Pakcik Bujang, setiap malam (bermula dari malam Rabu hingga malam Ahad) pada kebiasaannya lebih kurang antara 300 hingga 320 keping kuih apam balik habis dijual.", "Dahulunya sebelum harga barangan naik, harga sekeping kuih apam balik ialah RM4 tetapi kini harganya menjadi RM5 sekeping.", "Beliau turut menambah, semenjak terjadi pendemik Covid-19 dua tahun yang lalu, jumlah pelanggan dan jualan kuih Apam Balik agak berkurangan jika dibandingkan sebelumnya.", " Walau bagaimanapun, beliau dan keluarga akan meneruskan perniagaan kuih Apam Balik di Pasar Malam Miri ini selagi termampu dan selagi ada permintaan daripada para pelanggan.", "Oleh SUHAIMI RAMBLI", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34143
Isu iPay88: K-KOMM ambil tindakan serta-merta
[ "KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengambil tindakan serta-merta berhubung insiden pencerobohan data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd.", "Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 kelmarin.", "“Kes ini masih dalam siasatan lanjut oleh vendor iPay88 iaitu SISA dari Singapura yang sudah mengenal pasti jenis ancaman menggunakan ‘Cobalt Strike.’", "“Pelayan yang terjejas sudah dikeluarkan daripada talian bagi tujuan siasatan lebih lanjut. Siasatan oleh SISA masih dalam tindakan dan segala keputusan akan dimaklumkan kepada JPDP dan CSM oleh pihak iPay88,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di premis sekitar Kok Lanas kelmarin.", "Annuar juga berkata pihak iPay88 memaklumkan bahawa isu kebocoran data peribadi pengguna belum disahkan kerana siasatan masih berjalan.", "“Bahagian teknikal iPay88 memaklumkan pelayan yang diserang tidak menyimpan data peribadi pengguna kerana data peribadi itu disimpan dalam pelayan berasingan,” katanya.", "Media sebelum ini melaporkan iPay88 mengesahkan berlaku insiden keselatan siber menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu itu.", "Kenyataan itu turut menjelaskan siasatan sedang dijalankan dan mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung pelanggaran keselamatan tersebut. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=24142
Tak perlu janji temu
[ "KAPIT: Penduduk di kawasan terpencil di Sarawak tidak perlu lagi bimbang tentang pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerana mereka kini boleh mendapatkan suntikan vaksin secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) dan mendaftar selepas itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.", "Beliau berkata, Kerajaan Negeri sedar akan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk di luar bandar seperti di Kapit untuk mendaftarkan diri, sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual di pejabat residen dan daerah, bagi mendapatkan vaksinasi.", "“(Kaedah walk-in) ini akan mempercepat proses vaksinasi penduduk di Sarawak,” katanya, pada sidang media selepas melawat PPV di Dewan Sri Balleh, di sini semalam.", "Menurut beliau, vaksinasi secara walk-in itu hanya terbuka kepada penduduk di kawasan luar bandar yang terpencil dan mencabar, manakala mereka yang tinggal di bandar masih perlu mengikuti prosedur pendaftaran sedia ada.", "Beliau berkata, penduduk rumah panjang boleh datang ke PPV yang ditubuhkan oleh pasukan vaksinasi bergerak berdekatan kawasan masing-masing untuk mendapatkan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan untuk mereka.", "Abang Johari berkata, sebanyak 16 pasukan bergerak akan dihantar untuk melaksanakan program vaksinasi di Kapit, 20 pasukan di Bukit Mabong dan masing-masing dua pasukan di Song dan Belaga.", "Katanya, pasukan tersebut akan menggunakan jalan darat dan air selain helikopter di bawah perkhidmatan doktor udara untuk ke kawasan yang berkenaan.", "“Ini adalah tugas yang amat mencabar kerana bahagian Kapit lebih luas daripada negeri Pahang dan ramai penduduknya tinggal di kawasan terpencil,” katanya, menambah kawasan mencabar lain yang memerlukan pasukan bergerak seperti itu ialah Baram di Miri, Limbang dan Lawas serta beberapa kawasan di Sri Aman.", "Pemvaksinan ke atas 96,723 penerima yang layak termasuk yang dilaksanakan oleh pasukan statik di 32 PPV di Kapit, telah dimulakan bulan ini dan dijangka selesai pada Ogos depan, dan hingga kini seramai 8,662 orang telah divaksinasi.", "Abang Johari berkata, Kapit  akan menerima 16,680 dos vaksin setiap minggu sehingga selesainya program vaksinasi itu.", "Terdahulu, beliau mendengar taklimat mengenai Pelan Tindakan Program Imunisasi/Vaksinasi Kawasan Luar Bandar Kapit oleh Residen Kapit Nyurak Keti sebelum menyampaikan bantuan makanan Sarawakku Sayang untuk bahagian tersebut.", "Beliau turut mengunjungi Hospital Medan Kapit di Dewan Masyarakat Melayu sebelum meninjau sekatan jalan raya di Km2.5 Jalan Kapit-Song. -Bernama", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26852
Labuan FSA tangani pelbagai cabaran meniti perjalanan 25 tahun
[ "LABUAN: Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), badan kawal selia bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC) yang meraikan ulang tahunnya yang ke-25 tahun ini telah menangani pelbagai bentuk cabaran sepanjang perjalananan operasinya lebih daripada dua dekad.", "Pengarah Urusan Labuan FSA, Nik Mohamed Din Nik Musa berkata, cabaran-cabaran itu telah membantu Labuan FSA mewujudkan peluang pertumbuhan baharu yang signifikan bagi pertumbuhan, bangkit dengan lebih kukuh dan menjadi badan kawal selia yang lebih dinamik. ", "“Meskipun pelbagai cabaran, terutamanya cabaran kawal selia, yang dihadapi oleh Labuan IBFC, satu perkara yang sangat jelas bagi Labuan FSA adalah ia perlu menjadi lebih tangkas.", "“Tangkas untuk membangunkan penyelesaian yang menangani keperluan bagi melakukan pembaharuan kawal selia antarabangsa, pasaran perniagaan dan kewangan, agar dapat bergerak seiring dengan trend yang semakin berkembang pesat dan mengikuti perkembangan terkini global,” katanya dalam satu temu bual bersama Bernama semalam bersempena dengan ulang tahun ke-25 Labuan FSA (1996-2021) tahun ini.", "Nik Mohamed berkata, Labuan FSA perlu bergerak sejajar dengan perkembangan global bagi memastikan Labuan IBFC terus kekal relevan dalam landskap perniagaan yang kompetitif.", "“Ini juga akan membantu Labuan IBFC menerima guna norma baharu dalam landskap perniagaan yang telah berubah seperti peningkatan penggunaan saluran digital, mengadakan lebih banyak libat urus dengan industri untuk membangunkan lebih banyak inisiatif yang mendorong pasaran bagi merangsangkan pertumbuhan, mengukuhkan perniagaan sedia ada dan dasar serta proses kawal selia bagi sektor khusus seperti perkhidmatan kewangan digital, insurans kaptif dan kewangan Islam,” katanya.", "Beliau berkata, Labuan terus mengamalkan amalan terbaik antarabangsa dan merupakan ahli kepada badan kawal selia di pelbagai organisasi antarabangsa seperti International Association of Insurance Supervisors (IAIS), Group of International Insurance Centre Supervisors (GIICS), Group of International Finance Centre Supervisors (GIFCS), Asia/Pacific Group on Money Laundering (APG), Financial Action Task Force (FATF) dan International Organisation of Securities Commissions (IOSCO).", "“Ini akan membolehkan kami mewujudkan pelbagai saluran berbeza untuk bekerjasama dengan pengawal selia luar negara dalam menyelia aktiviti entiti Labuan,” katanya.", "Beliau berkata, pandemik Covid-19 telah mengubah hampir segenap aspek kehidupan dari segi peribadi (bagaimana orang hidup dan bekerja) hinggalah kepada aspek profesional (bagaimana syarikat berinteraksi dengan pelanggan mereka, bagaimana pelanggan memilih dan membeli produk dan perkhidmatan dan bagaimana rantaian bekalan menghantarnya).", "“Pandemik itu telah memberi kesan besar dan cabaran yang belum pernah dihadapi Labuan FSA dan Labuan IBFC sebelum ini. Kelembapan ekonomi global dan sekatan perjalanan telah menjejas aktiviti perniagaan di Labuan IBFC,” katanya.", "Nik Mohamed Din berkata, Labuan FSA memberikan pelepasan sementara kawal selia bagi meringankan sedikit bebanan kawal selia dan menyediakan fleksibiliti kepada pasaran untuk mengekalkan perniagaan terus berdaya maju semasa tempoh sukar ketika ini.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45561
Sampai bila harga ‘kayangan’ tiket penerbangan?
[ "BAYANGKAN harga tiket penerbangan dari Miri ke Lawas mencecah RM700 untuk perjalanan sehala. Dari Miri ke Kuching pula menjangkau RM1,000. Itu belum lagi tiket penerbangan Kuala Lumpur-Kuching dan Kuala Lumpur-Sibu.", "Ini bukan isu baharu. Perjalanan menggunakan kapal terbang bagaikan terhad untuk golongan kayangan dengan harga ‘tiket kayangan’. Bagaimana pula golongan marhein andai ada kes kecemasan di kampung seperti kematian ahli keluarga dan mahu pulang segera?", "Semua ini meresah dan membimbangkan, apatah lagi bagi golongan B40 terutama untuk menghantar anak melanjut pendidikan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.", "Hakikatnya, mana-mana syarikat penerbangan mahukan keuntungan bila beroperasi kerana ia entiti berbentuk perniagaan, bukan kebajikan… jauh sekali untuk ‘perkhidmatan nasional’ demi warganegara. Sebab itulah kata seorang juruterbang, operasi kapal terbang rugi jika hanya terbang dengan separuh penuh penumpang.", "Mungkin sebab itu, ada syarikat penerbangan kerap menunda waktu penerbangan untuk penuhkan kapal terbang?", "Malah, ada syarikat penerbangan beriya-iya membuka laluan baharu tetapi kemudian dihentikan apabila mendapati ia kurang menguntungkan.", "Sebab itulah, kadang-kala kenyataan ahli politik mendesak buka laluan penerbangan ke sini, ke sana dan sebagainya, tidak akan dilayan kecuali laluan itu berpotenai membawa keuntungan.", "Setakat ini, syarikat penerbangan yang beroperasi di negeri ini ialah AirAsia, Malaysia Airlines, Scoot Airlines serta Royal Brunei Airlines.", "Kadang-kala kita terfikir, tidak bolehkah harga tiket penerbangan dikenakan harga siling? Andai harga siling ditetapkan misalnya tidak melebihi RM200 untuk perjalanan sehala Kuala Lumpur-Kuching, tidak timbul lagi isu kenaikan harga tiket, contohnya pada musim perayaan.", "Jika harga barang boleh dikawal oleh kerajaan, mengapa tidak harga tiket penerbangan? Mengapa musim perayaan, pelbagai jenis barangan boleh dikawal harga?", "CAMPUR TANGAN", "Kita faham syarikat penerbangan berasaskan keuntungan dan komersial, tetapi kerajaan boleh campur tangan bagi mencari jalan penyelesaian untuk ‘menang-menang’.", "Kita sebagai penumpang memang kerap kali ‘dibuli’ oleh syarikat penerbangan apabila kerap menunda jadual penerbangan atas pelbagai alasan. Hakikatnya, mereka mahu mengejar keuntungan semata-mata, kerana kapal terbang separuh penuh dikatakan akan rugi jika ia terpaksa terbang jua.", "Satu lagi kaedah yang boleh difikirkan ialah kerajaan Sarawak dan Sabah memberi subsidi harga tiket untuk rakyatnya.", "Namun, Kerajaan Sarawak sudah ada jawapan apabila menubuhkan syarikat penerbangan butik.", "Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Kerajaan Sarawak bercadang menawarkan harga tiket lebih rendah berbanding syarikat penerbangan lain dalam penubuhan syarikat penerbangan butiknya sendiri.", "Katanya, Kerajaan Sarawak perlu memulakan rancangan bercita-cita tinggi ini walaupun ia mungkin tidak menguntungkan kerana berdepan isu tambang penerbangan yang terlalu tinggi terutamanya pada musim perayaan.", "“Kami melakukan ini (penerbangan sendiri) untuk menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan udara, terutamanya untuk rakyat Sarawak,” katanya. Ini memungkinkan penerbangan itu menawarkan harga tiket munasabah.", "Januari lalu, anak syarikat Petronas, Petronas Research Sdn Bhd (PRSB) dan SEDC Energy Sdn. Bhd., anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), menandatangani perjanjian untuk membangunkan teknologi bagi pengeluaran minyak mikroalga.", "Di bawah perjanjian itu, PRSB dan SEDC Energy akan sama-sama membangunkan teknologi pengeluaran alga yang termasuk penanaman, penuaian dan pengekstrakan minyak alga mentah yang kemudiannya akan ditapis untuk menghasilkan bahan api penerbangan mampan (SAF).", "Malah di Singapura, Kementerian Pengangkutannya sedang berusaha untuk menjadikan minyak kelapa sawit sebagai bahan mentah untuk pengeluaran SAF berikutan peningkatan permintaan penggunaan alternatif bahan api jet di seluruh dunia.", "GUNA SAF", "Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama negara yang menggunakan bahan api penerbangan mampan.", "Penerbangan pertama menggunakan pesawat SAF, MH7979, yang dikendalikan oleh pesawat A330-200 Malaysia Airlines, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 17 Disember 2021 dari Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol. Pesawat penumpang yang ditukar menjadi kapal terbang kargo itu dipacu oleh campuran 38 peratus SAF yang diperbuat daripada minyak masak terpakai dan bahan api jet konvensional.", "Malaysia Airlines menyasarkan  100 peratus pesawatnya akan menggunakan SAF menjelang 2050 untuk pilihan tenaga yang lebih bersih dan berdaya maju.", "Lebih 370,000 penerbangan dan 45 syarikat penerbangan telah menggunakan SAF sejak 2016. SAF merupakan salah satu penyumbang utama ke arah meminimumkan pelepasan karbon industri penerbangan dengan keupayaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80 peratus berbanding penggunaan bahan api jet fosil.", "Bagi Sarawak, Butik Airlines yang sudah mendapat lampu hijau dari Kabinet Persekutuan dijangka menyediakan tiket tambang murah untuk rakyat di negeri ini apabila ia beroperasi dalam tempoh tiga tahun ini, seperti dijanjikan.", "Keadaan itu sudah pasti memberi saingan dalam industri penerbangan. Ini juga membawa harapan tinggi kepada rakyat terutama di lokasi yang tiada atau kurang perkhidmatan penerbangan sekarang ini.", "Kita ingin melihat kekerapan penerbangan antara Kuching-Sibu-Miri selain ke kawasan seperti Mukah, Limbang, Lawas, Marudi dan Bario.", "Masyarakat di Betong sudah pasti menunggu siapnya projek padang terbang pelepasan dan pendaratan singkat (STOLport) Bebuling bernilai RM296 juta yang dijangka siap Januari tahun depan. STOLport adalah untuk pesawat jenis kecil seperti twin otter. Namun, belum pasti status terkini STOLport Bukit Mabong, Kapit yang pernah diumumkan untuk dibina sebelum ini.", "Lawas pula bakal mempunyai Lapangan Terbang baharu yang lebih besar di kawasan Sundar, Lawas melibatkan kawasan seluas 2,500 meter bagi menggantikan STOLport yang beroperasi sejak 1961. Projek ini mula dilaksanakan tahun ini.", "Lapangan Terbang Baharu Mukah bernilai RM300 juta mula beroperasi pada 17 Jun 2021 untuk menggantikan semua fungsi STOLport Mukah sebelum ini. Namun, ia masih menggunakan pesawat twin-otter meskipun sudah boleh menerima pendaratan dan perlepasan pesawat lebih besar seperti Boeng.", "Menjadi harapan kita semua ialah kemunculan syarikat penerbangan butik Sarawak supaya harga tiket penerbangan pada kadar munasabah, sekali gus membolehkan lebih ramai ‘nait belon’.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28144
Mohamad Aniq ke Birmingham 2022
[ "ATLET angkat berat muda negara Mohamad Aniq Kasdan muncul badang pertama melayakkan diri ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas meraih pingat emas Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel di Uzbekistan yang diadakan bersekali dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021, semalam.", "Atlet berusia 19 tahun yang beraksi dalam kategori 55 kilogram (kg) melakukan angkatan 107kg bagi kategori snatch dan 142kg clean and jerk untuk mencatat keseluruhan 249kg, sekali gus mengatasi rekod kebangsaan milik Muhamad Azroy Hazalwafie iaitu 248kg yang dilakukan pada Kejohanan Asia 2019 di China.", "Mohamad Aniq turut membawa pulang pingat perak bagi kategori clean and jerk dalam saingan Kejohanan Dunia.", "Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata pencapaian Mohamad Aniq itu meletakkan Malaysia di ranking pertama kelayakan Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi kategori 55kg.", "“Pencapaian ini adalah pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penganjuran kejohanan Angkat Berat Dunia kerana berjaya memenangi pingat,” katanya dalam kenyataan, semalam.", "Badang kelahiran Segamat, Johor sebelum ini pernah melakar sejarah buat negara apabila cemerlang meraih tiga pingat emas, sekali gus berjaya melebur dua rekod kebangsaan pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa Indonesia 2019.", "Sementara itu, Ayub Rahmat memaklumkan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018, Muhamad Aznil Bidin akan beraksi dalam katagori lelaki 61 kg manakala Muhammad Erry Hidayat akan bertanding dalam kategori 73kg hari ini.-Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21632
Petronas temui gas di Baram
[ "KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan penemuan gas daripada cari gali telaga Dokong-1 di Blok SK417 Kontrak Pengeluaran Bersama (PSC) yang terletak di perairan cetek Wilayah Baram, kira-kira 90 kilometer di luar pantai Sarawak.", "Anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd mempunyai kepentingan penyertaan sebanyak 20 peratus dalam Blok SK417 PSC manakala pengendalinya, PTT Exploration and Production Public Company Ltd (PTTEP) menerusi anak syarikat milik penuhnya PTTEP HK Offshore Ltd, mempunyai kepentingan penyertaan sebanyak 80 peratus.", "PSC berkenaan ditandatangani pada Mac 2018 berikutan Pusingan Bidaan Malaysia 2017.", "“Cari gali telaga Dokong-1 merupakan satu daripada beberapa kejayaan Malaysia baru-baru ini dalam aktiviti cari gali.", "“Penjanaan keuntungan daripada penemuan gas di Wilayah Baram dapat disokong melalui infrastruktur sedia ada dan akan menyumbang kepada aspirasi Petronas dalam menyampaikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai, stabil dan bersih kepada pasaran global dan domestik,” kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Petronas, Mohamed Firouz Asnan.", "Beliau berkata, penemuan Dokong-1 memberikan semangat baharu kepada keseluruhan landskap cari gali di Wilayah Baram dan memperkukuhkan peranan rangkaian bekalan gas Baram sebagai sebahagian daripada sistem gas Sarawak yang lebih luas.", "“Petronas, bersama-sama pihak PSC ketika ini sedang melaksanakan penilaian selanjutnya untuk menentukan had sepenuhnya penemuan itu,” katanya.", "Menurut kenyataan itu, cari gali telaga Dokong-1 berjaya digerudi sehingga jumlah kedalaman 3,810 meter pada pertengahan Januari 2021.“Penemuan ruang gas berukuran melebihi 80 meter di takungan Middle to Late Miocene Kitaran VI-VII mengesahkan lagi potensi prospek yang berbaki di Wilayah Baram.", "“Penemuan gas bebas pencemaran di Dokong-1 turut membuktikan kewujudan lebih banyak peluang gas di kawasan itu,” katanya.", "Sementara itu, PETRONAS akan menawarkan empat blok perairan cetek di Sarawak sebagai sebahagian daripada Pusingan Bidaan Malaysia 2021 yang akan bermula pada 26 Februari ini.", "Maklumat lanjut mengenai peluang pelaburan di Malaysia boleh didapati di https://www.petronas.com/mpm/.", "Sementara itu, Kerajaan Negeri Sarawak berkata, ia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Petronas susulan pengumuman syarikat minyak dan gas negara itu mengenai penemuan dua medan gas yang terletak di luar pesisir negeri itu.", "Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan semalam berkata, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh Petronas mengenai penemuan di telaga penilaian cari gali Lang Lebah-2 serta Blok SK410B di Wilayah Luconia Tengah dan Dokong-1 di Blok SK417.", "“Perbincangan selanjutnya akan diadakan di antara Petronas dengan Kerajaan Negeri berdasarkan syarat-syarat Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) yang akan mewujudkan manfaat yang lebih besar kepada Sarawak dan Petronas,” katanya.", "CSA berkenaan ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Petronas pada 7 Disember tahun lepas untuk mewujudkan rangka kerja yang membolehkan Sarawak terlibat lebih aktif dalam aktiviti minyak dan gas darat menerusi Petroleum Sarawak Bhd (Petros).- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9500
Begigaka damai di Taman Tasik Marudi
[ "PENGAWA nyediaka landskap sesebuah taman rekreasi rama  nya sebengkah perengkaguna ke disediaka Piak Bekuasa Tempatan (PBT) lebih agi ngagai komuniti ba sesebengkah endur.", "Pengintu landskap ke menuku sereta bekualiti ulih ngelantangka ati orang ke ngelawa tempat nya.", "Taja pia pengintu landskap di tebal alai taman rama nya mengkang ba tikas ke sedang iya pemanah.", "Sesebuah taman rekreasi rama patut disikap enggau perengkaguna ke tau ngemuaska ati orang ke datai senipak enggau pekara ke nyadi diatu.", "Bekaul enggau pekara tu pengintu landskap di Taman Tasik Marudi ditemu orang ke datai ketegal nyediaka landskap ke meri pengasai ati ke tenai, pematak samulanyadi ke manah, endur ke  strategik enggau temuai ulih besenam sereta belelak.", "Taman Tasik Marudi ke duduk di atas bukit lalu ngembuan mayuh bengkah perengkaguna ke disediaka olih PBT di taman rama tu baka trek juging, taman main anak mit, jematan gantung, agu enggau ke bukai.", "Taman Tasik tu ngipak amat ungkup orang ke datai tauka alai diri sebilik belelak, ngelapangka runding, tempat ngelantangka ati tauka besenam nuju pupu raban bansa ke cheregas sereta bepengerai.", "Taman Tasik tu bisi nyediaka jematan, seruyuk enggau mayuh agi perengkaguna bukai nyadika palan alai begulai enggau pangan diri sereta kelebih agi maya ujung minggu.", "Penyelai sepiak Taman Tasik tu bisi Kubu Hose duduk di atas tuchung bukit nuju ke sungai Baram nengah pemanah endur nya nyadika pun pemansang penyerakup mayuh bansa etnik.", "Kubu Hose tu digaga dalam taun 1883 lalu nyentukka diatu nyadika sebengkah peninggal perintah Brooke di Baram lalu mengkang reregah nyentukka sehari tu nya nyadika tanda ke beguna amat dalam pekara bebaik di Baram antara mayuh bengkah raban bansa.", "Kubu Hose tu nyimpan sejarah ke beguna ketegal ditu penatai lumba perau ke dikumbai Baram Regatta.", "Baram Regata mengkang diteruska ke alai pengerami Baram Regatta tu matak temuai ari menua kitai ditu empu enggau mega temuai ari luar.", "Tau dikumbai enda kala ngindik menua Marudi orang enti nadai singgah ke Taman Tasik Marudi enggau mega ngagai Kubu Hose ke nyelai amat dalam mayuh bengkah aspek enggau sejarah iya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30787
KERJA SEPASUKAN: ANTARA REALITI DAN SUREALISTIK
[ "UNGKAPAN kerja berpasukan teramat lazim diperkatakan, khususnya apabila melibata penyelesaian sesuatu tugasan oleh sekumpulan manusia di bawah sesuatu entiti atau institusi. Kerja berpasukan berupa usaha kolaboratif untuk mencapai matlamat bersama atau menyelesaikan apa-apa juga tugasan secara berkesan dan efisien.  Konsep ini diterapkan dalam kerangka satu pasukan, iaitu kumpulan individu yang saling bergantung untuk melaksanakan sesuatu tugasan ke arah pencapaian suatu matlamat atau misi.", "            Antara ciri utama sebuah pasukan termasuklah matlamat bersama, saling bergantung, kesepaduan dan kestabilan, keupayaan menangani tugasan masing-masing serta proses dalaman, serta mampu beroperasi dalam sistem sosial yang lebih besar.  Kriteria asas bagi menjalin kerjasama berpasukan adalah saiz kumpulan yang bersesuaian.  Konteks ini amat penting dan saiz kumpulan berbeza-beza, bergantung pada matlamat yang ditetapkan.  Sesuatu pasukan atau kumpulan sekurang-kurangnya mengandungi dua orang ahli, dan mampu mencecah sehingga seratus ke atas bilangan.", "            Sesebuah kumpulan harus mampu melakukan penyeimbangan sumber untuk menjadi produktif, di samping memastikan penetapan bidang tugas setiap ahli agar kejelasan peranan masing-masing mampu difahami.  Kerja berpasukan amat penting bagi memastikan, bukan sahaja misi atau matlamat yang disasarkan dapat dizahirkan dengan jayanya, malah mewujudkan suatu iklim kerja yang selesa, harmoni, mesra di samping memupuk semangat kesetiakawanan yang erat.", "            Memahami nilai atau kepentingan kerja berpasukan mampu membantu bahagian sumber manusia menyarankan beberapa cadangan yang membabitkan isu dasar, daripada latihan, pembangunan hinggalah budaya di tempat kerja. Hal sedemikian amat penting bagi menjamin kejayaan sesebuah organisasi.  Antara kepentingan atau manfaat yang diperoleh melalui penerapan budaya kerja berpasukan termasuklah kefisienan pelaksanaan tugasan, pemantauan kendiri, membentuk sikap inovatif, perkongsian ilmu pengetahuan atau kemahiran, menggalakkan persaingan sihat serta mempererat kesetiakawanan dalam pasukan.", "Teras utama revolusi perindustrian, yang berupa asas perindustrian era moden, adalah pembahagian tenaga kerja atau division of labour.  Dalam erti kata lain, pembentukan pasukan untuk mengendalikan tugasan khusus berdasarkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.   Bagi membolehkan sesuatu kerja yang sukar menjadi lebih mudah, aspek kerjasama secara berpasukan dalam pelaksanaan tugasan bagi mempercepat proses penyiapan atau pencapaian hasil, berupa langkah yang wajar.  Di samping hal sedemikian itu, budaya sedemikian membolehkan pembinaan, peningkatan serta pengembangan kemahiran.  Ekoran daripada itu, menghasilkan kerja yang lebih efisien, meningkatkan produktiviti serta keuntungan, mengurangkan kos di samping pelbagai manfaat lain.", "Dalam pelaksanaan kerja secara bersendirian, tidak dapat disangsikan bahawa seseorang mempunyai autonomi mutlak. Namun, sekira berlakunya kelewatan atau ketidakefisienan semasa melaksanakan tugasan, tidak wujud aspek pemantauan secara berkesan. Dalam konteks kerangka kerja berpasukan, aspek pemantauan mampu dilakukan dalam situasi setiap ahli bertanggungjawab untuk menasihati, mendorong serta membantu rakan sekerja lain yang “bermasalah”, tanpa memerlukan campur tangan pihak pengurusan atau atasan.  ", "            Dalam pendepanan sesuatu masalah atau kerumitan, pada kelazimannya, akan “lahir” pelbagai kaedah penyelesaiannya.  Dengan adanya ramai ahli, sudah pasti akan banyak cadangan diutarakan, lantas membuka ruang yang lebih luas untuk memilih kaedah yang pragmatik dan berkesan.  Secara tidak langsung, hal sedemikian membuka ruang serta peluang bagi setiap ahli untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.  Hal yang sedemikian turut mewujudkan proses pembelajaran dalam kalangan ahli pasukan, suatu aspek penjimatan kos, bagi pihak pengurusan sudah tentunya, dari segi penganjuran bengkel atau kursus pemantapan kemahiran.", "            Pencapaian kejayaan dalam sesuatu tugasan bergantung pada prestasi dan usaha bersama dan nikmat kejayaan berkenaan dikecapi bersama. Pun demikian juga halnya andai berlakunya kegagalan. Kebertanggungjawaban terletak kepada bahu setiap daripada kalangan ahli. Kesedaran akan hakikat sedemikian akan mewujudkan jalinan kerjasama yang erat dalam kalangan ahli pasukan. Akan terbentuk suatu sistem komunikasi yang berkesan, jalinan kerjasama serta sokongan yang padu, serta semangat esprit de corps yang lebih padu.", "            Berlandaskan hal yang dinyatakan, pembudayaan kerjasama berpasukan amat wajar diterapkan dalam apa-apa juga ranah mahupun bidang yang diceburi.  Budaya yang bukan sahaja mampu menghasilkan suatu pencapaian yang membanggakan, akan tetapi menjalinkan satu kerjasama padu yang berupa elemen atau nilai tambah penting bagi sesebuah organisasi mahupun pertubuhan, sama ada dalam sektor awam, swasta mahupun badan-badan bukan kerajaab.  Namun, persoalan yang sering menghantui fikiran adalah sejauh manakah budaya sedemikian mampu diterapkan sepenuhnya tanpa wujudnya sikap prejudis atau penyelitan elemen negatif?", "            Melihat akan manfaat yang mampu dihadirkan oleh budaya kerja berpasukan, amalan berkenaan sememangnya menjadi hasrat mana-mana juga pihak pengurusan bagi membuahkan suatu hasil yang berkualiti, khususnya dalam konteks peningkatan produktiviti yang akan membawa kepada penjanaan keuntungan yang berlipat ganda.  Secara luaran atau teorinya, cetakan biru kerja berpasukan membentangkan kaedah atau tatacara praktikal yang mampu untuk dilaksanakan.  Namun demikian, melihat akan aspek kemanusiaan, tidak dapat disingkirkan hakikat penerapannya tidak pasti dapat dilaksanakan secara berkesan.  Akan terbit sedikit sebanyak masalah yang, jika tanpa pemantauan serta campur tangan pihak pengurusan, akan menggagalkan penzahirannya.  Perkara utama yang perlu diambil perhatian khusus dalam proses pemantauan dan campur tangan ini adalah, pihak pengurusan wajar bersikap telus, profesional dan tidak prejudis.", "            Aspek kemanusiaan, tidak dapat tidak, adalah berupa penyumbang primer kepada kegagalan penerapan budaya kerja berpasukan.  Latar belakang yang berbeza sudah pastinya menghadirkan pola pemikiran serta perlakuan yang berlainan.  Unsur positif dan negatif berselirat dalam tenunan peribadi, lantas menghadirkan pelbagai persepsi dan reaksi.  Jarang-jarang sekali akan wujud keselarasan dan persamaan total.  Hakikat sedemikian lumrah dalam pendepanan tabii manusia. ", "            Cabaran utama dalam kerangka kerja berpasukan adalah penyingkiran nilai negativiti.  Untuk menemukan satu persamaan yang mampu memadankan susun suai gambar (jigsaw puzzle) bagi menghasilkan imej pasukan yang “cantik dan menarik” menuntut pendekatan yang teliti serta berhemah.  Ciri yang acap kali menjadi permasalahan adalah dari segi penentuan “ketua” untuk menakhodai atau menerajui kumpulan berkenaan.  Dimaklumi bahawa dalam situasi atau kedudukan yang melibatkan “pewakilan kuasa”, sering berlaku “pengaburan mata taakul dan rasional”.  Kuasa sering ditakrifkan sebagai hak mutlak yang “mentransformasikan” penanggungjawabnya menjadi individu bersikap autokratik dan authoritarian.  Tidak akan wujud “ruang berteduh” bagi nilai budi bicara.  Apa-apa yang ditentukan adalah bersifat muktamad.  Hakikat sedemikian ini memang berlaku dan tidak dapat dinafikan.", "            Situasi berkenaan akan menjadi lebih buruk seandainya wujud individu lain dalam kumpulan yang cuba “menangguk di air keruh”.  Tambah parah lagi sekiranya pihak pengurusan seakan-akan “merestui” sama ada apa-apa keputusan yang dicapai, mahupun tindakan yang diambil oleh “ketua” berkenaan tanpa menilai serta memberikan pertimbangan wajar berlandaskan semangat “keterbukaan”.  Jarang-jarang sekali terkesan usaha penimbangtaraan adil dengan mendengar pendapat daripada pelbagai pihak sebelum penilaian dibuat dan keputusan diambil.  Kesan ketara daripada rentetan peristiwa ini sudah pastinya kerapuhan semangat kerja berpasukan yang akan membawa kepada situasi “huru-hara” dan akhirnya, kegagalan pencapaian matlamat yang disasarkan. ", "            Natijah daripada apa-apa yang diutarakan, kerja berpasukan sememangnya amalan budaya kerja yang muluk sekiranya dilaksanakan secara berhemah, adil, berbudi bicara serta terbuka minda.  Sebaliknya, jika wujud nilai negativiti, waima sekecil mana sekalipun, budaya sedemikian berupa elemen surealistik dalam kerangka pengurusan sesebuah entiti.", "            Lindungi diri, lindung bangsa, lindungi negara!", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=6958
Polis pantau 11 sekolah di Putrajaya
[ "PUTRAJAYA: Seramai 22 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya yang juga pegawai perhubungan sekolah di 11 sekolah menengah di sini, digembleng bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).", "Ketua Polis Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata, seorang pegawai berpangkat inspektor dan seorang anggota berpangkat sarjan masing-masing akan berada di setiap premis sekolah sepanjang waktu sesi persekolahan dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang pada setiap hari Isnin sepanjang PKPP itu.", "Berbanding sebelum ini, mereka hanya melawat sekolah dua kali sebulan bagi tujuan memantau keselamatan dan jenayah di sekolah, katanya.", " “Mereka berperanan memantau pematuhan SOP dan menasihati warga sekolah untuk penambahbaikan di mana-mana bahagian yang dirasakan perlu,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8(1) di sini semalam.", "Mohd Fadzil berkata, buat masa ini tiada laporan diterima tentang pelanggaran SOP di sekolah dan beliau berpuas hati dengan pematuhan SOP yang dilihatnya ketika melakukan lawatan ke sekolah. ", "Sesi persekolahan melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara, dimulakan semula semalam.", "Dalam tinjauan Bernama berhubung SOP di SMK Putrajaya Presint 8(1) itu, dilihat guru mengambil suhu pelajar ketika mereka di dalam kereta di kawasan foyer sekolah bagi memastikan hanya yang sihat dibenarkan masuk ke kelas manakala yang bergejala, ibu bapa dan penjaga akan diminta membawa anak mereka balik.", "Bagi pelajar yang menaiki bas, mereka akan berjalan kaki kira-kira 50 meter dari tempat turun bas untuk ke foyer bagi diambil suhu. Sekiranya suhu melebihi 37.5, mereka akan diminta berehat di satu kawasan untuk diambil bacaan kali kedua dan jika masih tinggi, mereka akan dimasukkan ke bilik isolasi sehingga ibu bapa dan penjaga mengambil mereka pulang.", "Pelajar juga diminta untuk mencuci tangan sebelum masuk ke kelas masing-masing dan memulakan sesi pembelajaran.", "SMK Putrajaya Presint 8(1) mempunyai 163 pelajar Tingkatan 5 yang belajar di 12 kelas berbanding tujuh kelas sebelum ini. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=16804
Ahmad tidak sabar beraksi
[ "Kejayaan meraih anugerah Olahragawan Politeknik 2019 Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik (PolySEA) 2019 menjadi pembakar semangat buat atlet taekwondo kebangsaan Ahmad Nor Iman Hakim Rakib untuk memburu keputusan cemerlang pada Sukan SEA Vietnam, tahun depan.", "Penuntut tahun satu Diploma Pengurusan Peruncitan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan itu berkata kejayaan diraih adalah atas sokongan berterusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan pensyarah yang sentiasa membantunya membahagikan masa antara waktu belajar, menjalani latihan serta menyertai pertandingan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.", "“Setakat ini, tiada kejohanan antarabangsa diadakan susulan pandemik Covid-19, namun saya difahamkan ada satu kejohanan tempatan pada akhir tahun ini anjuran Taekwondo Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan.", "Ahmad Nor Iman meraih pingat perak acara taekwondo kyorugiselepas tewas kepada lawannya dari Thailand Nareupong Thepsen dalam aksi final kategori bantamweight bawah 63 kilogram pada Sukan SEA 2019 di Filipina .", "Sementara itu, atlet petanque kebangsaan Siti Asiah Zaini, penuntut tahun tiga Diploma Mekatronik dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dinobatkan sebagai Olahragawati Politeknik 2019 selepas menyumbang pingat gangsa dalam sukan petanque di temasya Sukan SEA 2019.", "Kedua-dua atlet berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM3,000, trofi, sijil penghargaan dan blazer yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohammad Naim Yaakub.-Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=2882
Lima terlibat pemalsuan dokumen ditahan
[ "ARAU: Polis menahan dua lelaki dan tiga wanita warga tempatan berumur antara 30 hingga 58 tahun di Perlis dan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen penjagaan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di negeri ini.", "Ketua Polis Daerah\nArau, Superintenden Nanda Ma’arof berkata, polis pada mulanya menerima laporan\ndaripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis apabila jururawat bertugas\ngagal mengesan bayi tersebut ketika mengadakan pemeriksaan berkala di rumah\nkeluarganya di Taman Desa Pauh, Arau pada Selasa lepas.", "“Apabila disoal oleh pegawai JKM, ibu\nbayi berkenaan yang berusia 30 tahun gagal menjelaskan di manakah bayi tersebut\nberada malah cuba menyembunyikan keberadaan bayi itu daripada pihak berkuasa,”\nkatanya ketika dihubungi semalam.", "Nanda berkata, hasil\nsiasatan lanjut polis mendapati bayi berkenaan telah diserahkan kepada pasangan\nsuami isteri dari Pulau Pinang melalui ibu saudara kepada ibu kandung bayi itu\npada Khamis. ", "Pemeriksaan lanjut ke\natas pasangan suami isteri dari Pulau Pinang itu kemudian mendapati mereka\ntelah mendaftarkan bayi itu sebagai bayi kandung mereka di Alor Setar dan\nbukannya sebagai anak angkat, katanya.", "Nanda berkata, semua\nsuspek yang ditahan berumur antara 30 hingga 58 tahun itu direman selama dua\nhari bermula semalam untuk siasatan lanjut serta kes disiasat dibawah Seksyen\n48(2) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18934
Empat pasukan elit bakal juara
[ "EMPAT pasukan Liga Super iaitu juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Terengganu FC (TFC) dan Selangor, dilihat memiliki peluang cerah untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia yang bakal berlangsung dari 6 hingga 22 November ini.", "Bekas pemain kebangsaan Rezal Zambery Yahya berpandangan juara Liga Premier Pulau Pinang pula dijangka melakar kejutan pada kejohanan bola sepak tertua tanah air itu, berdasarkan taktikal mantap pengendalinya Manzoor Azwira Abd Wahid serta kehadiran beberapa pemain import berbisa.", "“Tidak mustahil dalam saingan seperti ini kita akan menyaksikan kejutan kerana sejarah telah membuktikan pasukan-pasukan yang tidak beri keutamaan secara tiba-tiba mampu menonjol,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semalam.", "Dalam pada itu Rezal Zambery mengakui, format kalah mati yang bakal digunakan pada saingan Piala Malaysia musim ini, dijangka menjadi cabaran sukar untuk pasukan pilihan memburu slot ke pusingan seterusnya.", "Beliau berkata kesemua 16 pasukan bertanding (11 pasukan Liga Super dan lima pasukan teratas Liga Premier), perlu mengelak sebarang kesilapan, selain menggunakan semua pemain terbaik yang dimiliki bagi memastikan mereka mampu pergi lebih jauh kali ini.", " “Format ini mungkin menggusarkan pasukan dan pemain kerana sudah biasa melalui saingan peringkat kumpulan, mereka masih boleh mencatur peluang jika seri atau kalah, tetapi tidak pada saingan kali ini.", "“Jadi, situasi pada saingan Piala Malaysia kali ini nyata berbeza kerana pemain dituntut berikan lebih 100 peratus kerana hanya kemenangan dalam setiap perlawanan sahaja mampu membawa mereka ke peringkat seterusnya,” katanya yang pernah beraksi dengan Johor, Kelantan, ATM dan Negeri Sembilan.", "Format Piala Malaysia musim ini terpaksa diubah daripada perlawanan peringkat kumpulan, kepada saingan kalah mati bermula pusingan pertama hingga ke aksi separuh akhir susulan penularan pandemik Covid-19.", "Pusingan pertama Piala Malaysia akan berlangsung pada 6-8 Nov, disusuli aksi suku akhir (12 hingga 13 November), separuh akhir (17 November), serta aksi final pada 22 November ini.-Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26353
Kehidupan dalam ‘negara gagal’
[ "BEIRUT: Harga makanan yang me­lampau, kekurangan bahan bakar, bekalan elektrik, sistem kesihatan yang teruk selain masalah bekalan barangan keperluan harian.", "Itu antara yang dihadapi penduduk Lubnan setiap hari sejak 2019 sehingga ramai yang membuat kesimpulan negara ini berdepan status ‘negara gagal’, biarpun negara sudah memiliki Perdana Menteri baharu, Najib Mikati dengan barisan Kabinetnya.", "Dugaan hidup dihadapi setiap hari penduduk Lubnan diceritakan doktor muda, Zeinab Mawla kepada AFP baru-baru ini.", "Zeinab menceritakan bagaimana dia terpaksa berpeluh menunggu di dalam kereta untuk mengisi minyak, pada musim panas, di sebuah stesen minyak di Jnah, daerah di selatan Beirut.", "Waktu itu sudah hampir te­ngah hari, tetapi dia mula beratur sejak 4.00 pagi sebelum bergegas bekerja di Hospital Universiti Rafik Hariri (RHUH), hospital awam terbesar di negara ini dan kemudahan rawatan Covid-19 terkemuka.", "Puluhan kereta berada di depannya sementara di belakangnya pula, kereta-kereta lain turut beratur sejauh setengah kilometer. Tentera mengawal laluan tetapi gagal menahan kemarahan orang.", "Dengan Lubnan berdepan masalah kekurangan bekalan bahan api, Zeinab, 27, terpaksa bergilir-gilir dengan rakan hospital untuk mengisi minyak manakala yang lain bertugas di hospital.", "“Ini memerlukan lapan ke sembilan jam. Keadaan semakin tegang. Usaha untuk mengisi petrol seperti satu perjudian hidup,” katanya merujuk kepada pergaduhan yang sering berlaku di stesen-stesen minyak di negara ini.", "SEMUANYA ‘BERJIMAT’Kembali ke hospital, doktor itu menelusuri koridor yang ma­lap dan berwap menuju ke wad Covid­-19 di mana Zeinab merawat puluhan pesakitnya.", "Banyak hospital di seluruh Lubnan bertindak memadam lampu dan penyaman udara di koridor dan ruang pejabat.", "Dengan rakan sekerja yang tidak dapat ke tempat kerja ekoran kekurangan bahan bakar, Zeinab merawat ramai pesakit berbanding biasa. Dia kelihatan sangat letih.", "Seperti kebanyakan rakan yang lain, dia tidur di hospital dan ha­nya pulang ke rumah setiap dua atau tiga hari. Di sudut lain, Zei­nab mendapati dia tidak dapat memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit kerana kekurangan ubat dan peralatan.", "Di Lubnan hari ini, hospital memberitahu pesakit supaya membawa ubat-ubatan sendiri dan ‘tidak dapat melayan pesakit’ sepenuhnya kerana serba kekurangan.", "Dengan sistem kewangan dan perbankan yang lumpuh sejak 2019, ditambah dengan pandemik Covid-19, sektor kesihatan adalah salah satu daripada banyak sektor yang runtuh.", "Lubnan berdepan krisis ekonomi terburuk di dunia dalam tempoh 150 tahun, membuatkan penduduk alami kemiskinan.", "Dalam krisis yang menyentuh setiap sudut kehidupan, Zeinab dan ramai lagi tertanya-tanya, berapa lamalagi dapat bertahan de­ngan apa dihadapi ketika ini.", "HARGA MAKANAN NAIKSelama beberapa dekad, Lubnan bergantung kepada barang import seperti bahan bakar, ubat-ubatan dan produk makanan. Kerajaan pula menarik kembali subsidi untuk barang-barang tertentu.", "Ketika subsidi ditarik, kos asas seperti beras dan kacang mening­kat dua kali ganda dalam satu tahun ini dan harga bahan bakar meningkat kerana kebergantu­ngan pada import.", "Laporan Pemerhati Krisis Lubnan di American University of Beirut (AUB) pada Julai lalu mendapati, kos bakul makanan asas keluarga di negara ini adalah lima kali ganda tinggi berbanding gaji minimum.", "Ketika harga makanan meningkat hingga 400 peratus pada Di­sember tahun lalu, barang seperti daging dan buah-buahan menjadi barang mewah.-AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7069
Pematuhan SOP di sekolah memuaskan
[ "MIRI: Menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berpuas hati dengan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 oleh pihak sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa di sini.", "Beliau yang juga Menteri Pengangkutan telah turun padang melihat sendiri pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lopeng dan SMK Merbau.", "“Hasil lawatan saya pada hari pertama sesi persekolahan dibuka semula hari ini (Rabu lepas), saya berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP yang diamalkan  oleh para guru, pelajar dan ibu bapa.", "“Selain itu, kehadiran para pelajar pada tahap baik,” katanya di sini.", "Sesi persekolahan untuk Tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan awam dibuka semula Rabu lepas selepas ditutup lebih tiga bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara yang masih berlaku sehingga semalam.", "Sementara itu, tinjauan Utusan Sarawak di SMK Merbau dan SMK St. Columba, dilihat guru mengambil suhu pelajar  bagi memastikan hanya yang sihat dibenarkan masuk ke kelas.", "Pelajar juga diminta untuk mencuci tangan dan memakai pelitup muka sebelum masuk ke kelas masing-masing dan memulakan sesi pembelajaran.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4947
Sambutan Hari Gawai Ulu Sibuti sunyi
[ "ADUM LIU", "BEKENU: Sambutan Hari Gawai Dayak 2020 di kawasan Ulu Sibuti ternyata berbeza dan sunyi tidak seperti tahun tahun yang lampu.", "Utusan Sarawak yang melakukan tinjauan Hari Gawai di Rumah Lingu Jilan pada petang 31 Mei lepas mendapati keadaan dan suasana sunyi yang langsung tidak kedengaran bunyi muzik kebudayaan seperti pukulan gong, gendang dan sapek.", "Tuai Rumah Lingu Jilan telah dihubungi awal melalui panggilan untuk memohon kebenaran tentang kehadiran media bagi melakukan tugas laporan Gawai 2020 ketika penguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kerana orang luar tidak dibenarkan masuk ke rumah panjang.", "Tinjauan itu mendapati ramai keluarga dan sanak saudara tidak balik kampung Gawai Dayak ekoran penguatkuasa PKPB tidak dibenarkan merentas daerah di Sarawak.", "Lazimnya, tahun-tahun yang sudah ketika sambutan Hari Gawai pasti keadaan luar rumah panjang penuh dengan kenderaan dan penghuni mula bersuka ria bersama keluarga masing-masing.", "Selain itu, setiap tahun sekitar jam 4 petang setiap pintu rumah di sini akan berkumpul di ‘ruai’ masing-masing untuk upacara ‘miring’ yang merupakan adat kebudayaan kaum Dayak di Ulu Sibuti ini.", "Pada tahun ini, Hari Gawai bersama PKPB bahawa penghuni rumah panjang telah memilih untuk adakan ‘miring’ di bilik dan waktu kehendak masing-masing.", "Namun itu, sekitar jam 8 malam baharu ada kedengaran suara dan kelibat keriangan di bilik masing-masing.", "Keriangan itu hanya berlaku sehingga jam 11 malam dan mulai sunyi semula serta tiada aktiviti ‘ngabang’.", "Seorang penduduk rumah panjang dikenali Micheal Sait berkata, penduduk di sini sangat mengikuti arahan PKPB.", "Katanya, PKP sejak 18 March sehingga kini bahawa penduduk di sini hanya keluar ke pekan untuk urusan penting sahaja.", "Hari-hari yang lain semasa PKP ini penduduk pergi mengusahakan kebun kelapa sawit masing-masing, jelasnya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3660
Pelajar pasca-siswazah dibenar mulakan aktiviti akademik
[ "PUTRAJAYA: Pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan seperti Pengajian Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PHD) dibenar untuk memulakan aktiviti akademik dengan kadar segera.", "Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meluluskan cadangan yang dibentangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP.", "“Kebenaran ini melibatkan 31,503 pelajar di 462 IPT yang perlu melakukan penyelidikan secara fizikal di makmal, bengkel dan studio reka bentuk kerana memerlukan peralatan khusus,” katanya pada sidang media harian PKPB di sini, semalam.", "Mengenai laporan bahawa terdapat sekolah swasta yang berhasrat untuk membuka sesi persekolahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Ismail Sabri berkata semua jenis sekolah tidak dibenarkan beroperasi.", "“Sekolah antarabangsa pun, jika mereka buka di Malaysia, mereka perlu patuh kepada undang-undang negara kita dan tiada satu sekolah pun dibenarkan dibuka,” katanya.", "Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan menyiasat perkara itu dan jika benar terdapat sekolah swasta atau antarabangsa yang beroperasi semasa PKPB, mereka akan diarahkan tutup.", "Mengenai rakyat Malaysia yang mempunyai taraf penduduk tetap di luar negara, Ismail Sabri berkata buat masa ini hanya perjalanan satu hala sahaja dibenarkan iaitu untuk mereka yang terkandas di Malaysia kembali ke negara tempat mereka menetap.", "“Tetapi kita tidak membenarkan mereka (yang mempunyai taraf penduduk tetap di luar negara) untuk balik semula ke negara kita sehinggalah tamat PKPB,” katanya.– Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33994
PJKM dianjurkan di lebih 177 lokasi
[ "PROGRAM Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia edisi Sarawak diadakan pada 5 hingga 7 Ogos 2022 di Dataran Perayaan Petra Jaya Kuching.", "KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak telah melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di lebih 177 lokasi di seluruh negeri ini dengan pengunjung berjumlah 250,231 orang dan jumlah jualan mencecah RM 4.993 juta.", "KPDNHEP Sarawak memberitahu, sehingga 31 Julai 2022, PJKM telah dilaksanakan di semua 222 Parlimen meliputi 2,421 lokasi (purata 10 lokasi setiap parlimen) dengan penglibatan dari 271 rakan strategik dan dengan pencapaian jualan sebanyak RM77.270 juta serta pengunjung seramai 4.204 juta orang.", "“Sambutan pengguna dan peniaga di semua lokasi PJKM di Sarawak amat menggalakkan yang mana peluang untuk berjimat membeli barang keperluan harian pada harga murah sehingga 20 peratus lebih murah dari harga pasaran dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat,” kata kenyataan itu ketika mengulas kejayaan PJKM di Dataran Perayaan Kuching.", "Pada hari terakhir, pengunjung PJKM berpeluang membeli seekor ayam pada harga RM6.00, Beras  10kg pada harga RM15.00 dan sepapan telur ayam Gred B pada harga RM7.00 semasa sesi Happy Hour.", "“Dari maklumbalas yang diterima, rata-rata menyambut baik dan meminta PJKM ini diteruskan secara berkala serta mengakui bahawa harga barang-barang yang dijual di PJKM dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dalam situasi sekarang ini,” ujarnya.", "Antara lokasi PJKM di Sarawak meliputi Kuching, Sri Aman, Saratok, Sibu, Mukah, Belaga, Bintulu, Miri, Limbang, Kabong, Kapit, Santubong, Samarahan, Serian, Sibuti, Serian, Kota Samarahan, Sibuti dan Lawas", "KPDNHEP menggalakkan rakyat negeri Sarawak untuk merebut peluang ini dalam merancang pembelian keperluan rumah dan seterusnya berjimat dari tawaran yang diberikan melalui PJKM di lokasi yang berdekatan dengan mereka.", "PJKM yang telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pada 2 Disember 2021 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur kini diteruskan menjadi sebahagian dari program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia edisi Sarawak yang diadakan pada 5 hingga 7 Ogos 2022.", "Oleh NUR AIN OTSMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=36614
Nancy janji lakukan terbaik untuk Santubong
[ "SHAHRUL QAIZAT", "KUCHING: Dato Sri Nancy Shukri berjanji akan melakukan yang terbaik untuk penduduk kawasan Parlimen Santubong selain usaha untuk terus mengekalkan kerusi itu di tangan Gabungan Parti Sarawak (GPS).", "Beliau juga berharap penyandang kerusi Santubong, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi sokongan kepadanya sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 ini.", "“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak atas peluang dan kepercayaan beliau berikan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Santubong.", "“Saya juga ingin berterima kasih kepada Dato Sri Wan Junaidi kerana beliau dan pasukannya sudah melakukan kerja yang sangat baik di Parlimen Santubong.", "“InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik untuk memenangi kerusi Parlimen Santubong dan saya berharap Dato Sri Wan Junaidi akan memberikan sokongan kepada saya sepanjang tempoh berkempen,”katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Penyerahan Watikah Calon GPS bagi PRU-15.di Ibu Pejabat Parti PBB Jalan Bako, Petra Jaya hari ini.", "Terdahulu, Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Nancy berpindah ke Santubong daripada kerusi Batang Sadong yang disandangnya.", "Wan Junaidi sebelum ini melahirkan hasrat untuk berundur.", "Pengganti Nancy di Parlimen Batang Sadong pula adalah muka baharu, Rodiyah Sapiee.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29585
Indikator tunjuk negara berada di landasan terbaik
[ "KUALA LUMPUR: Indikator semasa jelas menunjukkan bahawa Malaysia kini berada di landasan terbaik untuk pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda negara sejak dua tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Beliau berkata, antara indikator utama adalah prestasi eksport Malaysia yang berdaya tahan dengan nilai eksport melebihi RM100 bilion pada Disember 2021, yang mana pencapaian ini mencatatkan rekod baharu mencecah RM123.8 bilion dan berkembang 29.2 peratus, tahun ke tahun.", "“Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) mengesahkan firma-firma Amerika Syarikat melabur sebanyak RM165.73 bilion dengan lebih 130,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan di mana 90 peratus daripadanya diisi rakyat tempatan.", "“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (juga) telah meluluskan RM109.1 bilion dalam tempoh 100 hari pentadbiran saya bagi meningkatkan pelaburan asing dalam sektor pembuatan dengan unjuran 25,000 peluang pekerjaan,” katanya di laman Facebook beliau, semalam.", "Ismail Sabri juga menegaskan bahawa kerajaan akan terus meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan program yang melibatkan pelaburan tempatan dan luar negara.", "Menurutnya, semua inisiatif yang sedang dilaksanakan membolehkan kadar pengangguran pada Disember 2021 turun kepada 4.2 peratus berbanding 4.3 peratus pada November 2021 berikutan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial.", "“Projek terbaharu yang dilaksana oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), iaitu Kedah Rubber City (KRC) bakal menarik pelaburan kira-kira RM10 bilion dan sudah mencecah RM4,000 bilion setakat ini.", "“Selain itu, KRC juga mewujudkan 7,000 peluang pekerjaan baharu kepada Keluarga Malaysia,” katanya.", "Perdana Menteri menambah menerusi inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), kerajaan akan menyediakan kira-kira 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.-Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38535
Uggah yakin GPS pertahan Betong 
[ "SPAOH: Pengarah Pilihan Raya Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Amar Douglas Uggah yakin calon GPS Parlimen Betong, Dr Richard Rapu mampu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.", "“Saya sangat berpuas hati dengan sambutan hebat kepada calon kami Dr Richar setakat ini. Orang yang kita temui sangat gembira dan bersemangat dengan GPS dan Dr Richard.", "“Ada yang sangat emosional, berikrar untuk memberi sokongan kepada GPS. Saya percaya kita akan mengulangi kejayaan seperti di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban, Layar dan Saribas pada pilihan raya negeri tahun lalu,” katanya.", "Uggah yang juga Timbalan Premier berkata demikian dalam pertemuan dengan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta ketua-ketua kampung dari kampung Melayu di sini.", "Di sebalik keyakinan itu, beliau mengingatkan semua supaya tidak leka dan mesti terus bekerja keras untuk mengekalkan momentum kecemerlangan GPS sebelum ini.", "Katanya, pengundi serta rakyat di Parlimen Betong mempunyai segala perancangan pembangunan yang bakal diperoleh dengan kemenangan GPS nanti.", "GPS katanya melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) sedang dalam proses melaksanakan projek dan program pembangunan bernilai RM200 juta masing-masing di DUN Layar, Bukit Saban dan Saribas.", "“Tahun depan kita akan memperhalusi dan memutuskan keutamaan dalam perancangan projek-projek di BDDA. Janganlah kita meletakaan undi pada calon bukan dari wakil GPS,” katanya.", "Uggah yang juga ADUN Bukit Saban berkata undi untuk calon GPS di Betong juga undi untuk Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengetuai GPS.", "“Beliau bertanggungjawab ke atas banyak perkara baik yang sedang kita nikmati di negeri ini. Mari kita terus memperkukuhkan lagi kerajaan GPS kita dengan mempunyai lebih ramai wakil di Dewan Rakyat,” katanya.", "Dr Richard dalam ucapannya pula berkata beliau sangat berterima kasih atas semua bantuan serta sokongan yang diberikan.", "Katanya, jika menang, dia antara lain mahu memajukan Spaoh berganding bahu bersama Uggah supaya ia boleh dinaikkan ke sebuah daerah penuh dalam masa terdekat.", "Sementara itu, ketika melawat rumah panjang Rumah Jame Unggot di Lubok Kelampu di Paku di sini malam tadi, Uggah memberitahu hadirin Iban bahawa jika pembangkang berjaya menawan Betong, tidak mudah untuk merampasnya semula pada pilihan raya akan datang.", "Lebih teruk lagi, katanya, rakyat akan dibiarkan sendiri kerana pembangkang atau Bebas tidak mampu untuk membantu mereka. ", "Uggah berkata kerajaan GPS telah menyediakan banyak bantuan kepada penduduk luar bandar.", "“GPS memperuntukkan sejumlah RM50 juta setiap tahun untuk skim pinjaman rumah panjang. Setiap pemohon yang layak akan mendapat RM30,000 pinjaman tanpa faedah untuk membina atau membaiki unit rumah panjang,” katanya.", "Oleh ADI SAFARMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7155
Petronas Gas jangka tidak terjejas cabaran semasa
[ "KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd menjangkakan cabaran dan ketidaktentuan pasaran semasa tidak akan memberi kesan kepada prestasinya berikutan kebanyakan perniagaannya disokong oleh kontrak jangka panjang dan aliran perolehan yang stabil.", "Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kamal Bahrin Ahmad berkata, prestasi operasi dan model perniagaan syarikat itu kekal kukuh dengan tarif Tempoh Pengawalseliaan 1 (RP1) dijangka memberi kepastian kepada perolehannya untuk tempoh tiga tahun akan datang.", "“Mengenai masa depan, hasrat kami kekal untuk menjadi rakan penyelesaian kepada pelanggan sedia ada. Di samping mengekalkan prestasi operasi yang baik dalam semua aset kami, kami komited untuk memastikan projek siap tepat pada masanya untuk memenuhi komitmen kepada pelanggan baharu,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Mengenai prestasi Petronas Gas pada 2019, Kamal Bahrin berkata syarikat itu mengakhiri tahun tersebut dengan prestasi yang patut dipuji dengan mengumumkan jumlah dividen 82 sen sesaham bagi tahun itu termasuk dividen khas 10 sen sesaham, yang diterjemahkan kepada nisbah pembayaran dividen 84 peratus berbanding 79 peratus pada 2018, iaitu yang tertinggi dalam sejarahnya.", "“Daya tahan Petronas Gas adalah hasil daripada kecemerlangan operasi dan komersial yang dipacu oleh program yang sedang dilaksanakan — 301Q99 Pushing Forward.", "“Dengan mematuhi rancangan ini dan memajukan inisiatif pertumbuhan kami, kami akan terus berkembang daripada kekuatan kepada kekuatan, menjadi organisasi lebih efisien yang bersedia untuk liberalisasi pasaran dan cabaran yang wujud,” katanya.", "Kamal Bahrin berkata syarikat itu turut terbukti sebagai pengendali yang berhati-hati dan berkebolehan menerusi peralihan lancar daripada tidak dikawal selia kepada Akses Pihak Ketiga (TPA) dikawal selia yang baharu, tahun lepas.", "Keuntungan bersih Petronas Gas bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 meningkat kepada RM1.93 bilion daripada RM1.79 bilion yang direkodkan pada 2018.", "Perolehan bagaimanapun rendah kepada RM5.45 bilion daripada RM5.49 bilion. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43870
STA mohon tempoh 12 bulan laksanakan SST
[ "KUCHING: Pengerusi Persatuan Kayu Sarawak (STA), Dato Henry Lau berharap Kerajaan Sarawak dapat memberi tempoh 12 bulan kepada STA bagi melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).", "Pada masa sama membenarkan pendekatan fasa untuk meningkatkan cukai secara perlahan dalam tempoh dua tahun dengan tidak mengenakan kadar cukai semasa yang ditetapkan.", "Menurut beliau, industri perkayuan tidak bersedia dengan SST mendadak antara satu hingga 2.5 peratus yang dikenakan ke atas eksport produk kayu terpilih berkuat kuasa 1 April ini.", "Antaranya, kayu gergaji, venir, serpihan kayu, papan partikel dan papan gentian dan papan lapis.", "“Ahli kami hanya menerima pemberitahuan untuk mendaftar SST pada 21 Mac 2023, walaupun keputusan untuk mengenakan SST telah dibuat pada Oktober 2021.", "“Cukai baharu ini ke atas produk kayu terpilih boleh membawa kesan meluas kepada industri perkayuan hiliran, termasuk peningkatan kos pengeluaran, penurunan daya saing dan bahagian pasaran mengurangkan pelaburan, pengecilan saiz industri perkayuan hiliran dan akhirnya kehilangan hasil bagi Kerajaan Sarawak.", "“Hal ini akan menjejaskan dan mempertaruhkan kelangsungan industri perkayuan hiliran, apatah lagi untuk mencapai sasaran eksport Kerajaan Sarawak sebanyak RM6 bilion dalam produk kayu nilai tambah menjelang 2030,” jelasnya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan mengenai Kerja-kerja STA pada mesyuarat agung tahunan persatuan itu di Wisma STA di sini, hari ini.", "Dato Henry Lau  disamping itu turut menggesa Kerajaan Negeri untuk mempercepat proses kemasukan pekerja asing yang pengambilannya tidak hanya tertumpu dari Indonesia sahaja sebaliknya juga dari negara lain.", "“Kerajaan Sarawak perlu mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara lain seperti Bangladesh, Nepal dan Myanmar bagi memenuhi keperluan mendesak untuk tenaga kerja dalam industri ini.", "“Dasar Sarawak yang hanya mengambil pekerja dari Indonesia sahaja telah menambah isu kekurangan pekerja am, keadaan yang jika dibiarkan boleh menjejaskan reputasi Sarawak dalam kelestarian dan kesinambungan pengeluaran untuk eksport.", "“Isu ini dan isu-isu mendesak lain yang dihadapi oleh industri telah diketengahkan kepada Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) dalam sesi dialog pada April 2022,” katanya.", "Oleh RYNNA SHA’ERRA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=40206
Dato Sri Tiong diharap bantu infrastruktur pelancongan Sarawak
[ "KUCHING: Menteri Pelancongan baharu dalam Kerajaan Perpaduan, Dato Sri Tiong King Sing diharap dapat membantu serta menyediakan infrastruktur pelancongan di Sarawak.", "Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini kerana pembinaan infrastruktur pelancongan di Sarawak memerlukan peruntukan yang besar.", "“Kita berharap Dato Sri Tiong tidak akan melupakan Sarawak dari sudut pembangunan pelancongan.", "“Saya yakin rakyat Sarawak yang menjadi menteri di peringkat Persekutuan tidak akan pernah melupakan negeri kelahirannya,”katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Portal dan Aplikasi Pelacongan Sarawak (Travel Apps) yang baharu, di sini, hari ini.", "Abdul Karim berkata pihaknya juga akan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pelancongan itu bagi membincangkan perkara berkenaan dalam waktu terdekat.", "Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata menerusi melalui Travel Apps, terdapat empat modul kandungan baharu diperkenalkan iaitu Tapak Pemandangan, Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi, Jejak Makanan dan Modul Permainan Interaktif.", "“Aplikasi yang dibangunkan sejak 2020 itu kini telah ditambah baik dan boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple Store.", "“Portal dan Aplikasi Pelancongan Sarawak adalah kemuncak usaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Lembaga Pelancongan Sarawak dan UNIMAS untuk menghasilkan laman web generasi akan datang dan aplikasi peranti pintar untuk pelancong yang datang ke Sarawak.", "“Saya mengharapkan lebih banyak inisiatif transformasi digital yang akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sektor pelancongan di Sarawak,” katanya. ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=596
Jangan ambil mudah pandemik Covid-19
[ "KUCHING: Rakyat Sarawak diingatkan dan diberi amaran supaya tidak mengambil\nmudah pandemik Covid-19 dan mempelajari apa yang terjadi ke atas negara Itali\nsehingga menyebabkan kematian melebihi 11,000 orang dalam masa sebulan.", "Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian\nmengingatkan jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu meningkat secara\ndrastik daripada 17 kes pada Februari dan sekarang sudah melebihi 11,000 kes.", "“Ini adalah bukti kerana rakyat ingkarnya. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan\n(PKP) mula dilaksanakan di negara itu, rakyatnya membantah dan ingkar.", "“Sebab itu kita sentiasa meminta orang ramai untuk kekal di rumah sepanjang\ntempoh PKP yang dilaksanakan untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19.", "“Jika ini tidak dikawal dalam masa beberapa minggu, kita mungkin akan\nberlaku seperti negara itu, dan sebab itu PKP dilaksanakan,” tegasnya pada\nsidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)\nberkenaan Covid-19 di sini, semalam.", "“Jadi mesej di sini ialah kita tidak mahu apa yang berlaku di Itali\nberlaku kepada kita di Sarawak. Sila faham dan jangan keluar dan bergerak jika\ntidak ada keperluan.", "“Untuk menghentikan virus bukan hanya bergantung kepada ujian PCR, tetapi\ntermasuk mematuhi PKP kerana ini akan membantu meratakan lengkung statistik\njangkitan.", "“Ini hanya kesulitan selama dua hingga tiga minggu, tetapi jika ia\nsudah dikawal, kita sudah tentu dapat kembali kepada hidup normal secepat\nmungkin,” jelasnya.", "Beliau juga memberi amaran jika ramai rakyat Sarawak dijangkiti, adakah\nmereka tidak bimbang dengan doktor perubatan yang perlu mengambil risiko\nkeselamatan untuk merawat pesakit yang dijangkiti.", "“Di Itali kira-kira 60 doktor telah mati, manakala di Sarawak terdapat\nhanya ada empat orang doktor pakar penyakit berjangkit dan mereka ini melihat\npesakit setiap hari. Fikirkan apa akan jadi jika kita kehilangan mereka akibat\nvirus ini.", "“Marilah kita kekal bersama dalam perjuangan ini dengan memainkan\nperanan kita, kerana kita mahu semua orang selamat daripada wabak maut ini,”\nkatanya.", "Sim dalam masa yang sama menjelaskan tiga sekeluarga yang maut akibat\nCovid-19 bukanlah daripada ahli keluarga yang telah bercuti di Itali.", "“Saya tidak pernah menyatakan keluarga itu pergi ke Itali untuk\nbercuti, saya hanya mengatakan ia adalah diimport dari Itali apabila seseorang\nyang pergi ke Itali untuk bercuti dan mengakibatkan keluarga itu dijangkiti\nvirus itu,” katanya mengulas mengenai laporan berita terdahulu.", "Beliau juga berkata dalam kumpulan keluarga itu, 27 ahli keluarga atau\nsaudara mara telah dijangkiti dan seorang sedang diintubasi.", "Terdahulu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan ibu\nmeninggal pada 18 Mac, anak perempuannya pada 21 Mac dan anak lelakinya\nmeninggal dunia pada 23 Mac.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39417
DUN bersidang semula Selasa depan
[ "KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan disambung semula pada Selasa (29 November) susulan pengisytiharan cuti umum pada Isnin depan.", "Setiausaha DUN Pele Peter Tinggom menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, ia selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 6(2), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak.", "“Bertepatan dengan pengumuman pelantikan Perdana Menteri yang baharu, dan selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 6(2), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak, *..bahawa tidak mudah untuk Dewan bermesyuarat pada hari yang ditetapkan…” laitu pada Isnin, 28 November 2022.", "“Maka, tarikh persidangan Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas yang telah ditetapkan pada Isnin, 28 November 2022 sehingga hari Rabu, 30 November 2022 telah ditangguhkan pada Selasa, 29 November 2022 sehingga Khamis, 1 Disember 2022,”katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.", "Sementara itu, Pejabat Premier Sarawak menerusi kenyataan telah memutuskan untuk mengisytiharkan satu (1) hari cuti umum pada 28 November 2022 selaras dengan pengumuman sama Perdana Menteri yang baharu dilantik pada malam tadi.", "Oleh AZREEN KERIA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28763
Gendang Pampat main asal Iban
[ "SENI musik Gendang Pampat nyangka enda tentu ditemu nembiak rebak baru enggau bansa bukai ke diau di mengeri taja pan iya nya sebengkah seni bansa Iban ke nyadi sebengkah bansa pengabis besai nguan Bumi Kenyalang.", "Seni musik  Gendang Pampat patut dipeturun nyadi sebengkah penyelai main asal ke berega dalam pupu raban bansa Iban lalu patut mega dipandang suah agi ukai semina ngagai temuai indah  menga ngagai peranak Sarawak ke datai ari mayuh bengkah bansa.", "Sedarka pekara nya enggau ketegal pengerindu ke chukup dalam ba Gendang Pampat, Donald Bada, 48, enda malik ke belakang lebuh iya enggau sekeda bakih ke bukai numbuhka Gerempung  Gendang Pampat Sereta Main Asal Iban Kuching (PGPSMAIK).", "PGPSMAIK ke ditumbuhka dalam taun  2019  nya sebuah gerempung ke udah direjister enggau Opis Pengerejister Gerempung Bansa tauka  ROS ke diraban  32 orang betuaika  Donald dibantu Mandal iya  Kunyu Mugang seraya Kaban Kunsil  Negeri Layar Gerald Rentap Jabu nyadi Patron enggau Nicholl Ragai Lang nyadi penyading penemu gerempung nya.", "Ngenang bakani Donald ari Gua Sukat, Sri Aman rinduka seni gendang nya, semua nya berengkah ari pengerindu ke dalam ba Gendang Pampat kenyau ari mit.", "Maya begendang lebuh rami di rumah panjai menya nyengkaum gawa diatu nyadi tuju iya ngambi peluang nguji belajar seni tabuh nya.", "Taja udah ngembuan pengawa tetap di bandar, Donald nganggap pengerindu iya ba seni Gendang Pampat patut diteruska sereta diangkat ngagai tikas ke  lebih tinggi.", "PENATAI GENDANG PAMPAT", "Bakani palu gendang chara bebala mayuh nya disebut Gendang Pampat?  Iya bepun ari pengawa nampar tauka malu kulit gendang ke dikumbai mampat tauka malut ngembuan tuju kena nutup ruang ba semua bunyi palu gendang ke bebida sereta ngambika iya bebunyi chara serebak.", "Seni penyelai pemandang tabuh nya bepanggai ba ketebung iya nya sebengkah kereban tabuh asal bansa Iban enggau tabuh nya nyengkaum sekeda bansa tabuh bebida nitihka bengkah pengawa tauka gawa.", "“Menya Gendang Pampat suah iya dimain maya gawa baka miring tauka besimah  maya rami gawai ke diatur di tanju  rumah panjai  di perabung enggau di dalam rumah tang  diatu di bandar iya dimain nyadika waris seni budaya idup ke patut diidupka baru olih sekeda gerempung tauka agensi .", " Palu gendang kena nyambut temuai maya pengerami nya  lembut sereta nyamai tang lebuh kena tabuh gawai,  ayun palu nya lebih deras sereta kasar indah maya Gawai di tanju bisi sebengkah tabuh ke tau dikereja ba pengerami bukai,” terang  Donald bekaul enggau penatai  gendang nya.", "Penyampau sida ke malu  gendang ketebung ba genap sesyen pemandang nya ambis mimit lima iku enggau selebuan setawak, udah nya tujuh enggau selebuan setawak, sembilan enggau selebuan setawak, sebelas enggau  selebuan setawak tang orang ke nebah gendang pampat meseti angka ganjil.", "BETAMPUNG …", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27877
Dr. Sim pacu pembangunan Batu Kawah
[ "PEMBANGUNAN terus rancak seperti ‘cendawan selepas hujan’ di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah, sejak Profesor Dato Sri Dr Sim Kui Hian, 56,  menjadi wakil rakyat di konstituensi terbabit.", "Perubahan besar di Batu Kawah dan di seluruh negeri di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) member keyakinan kepada beliau untuk mempertahankan kerusi Batu Kawah di dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 ini.", "Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)  dan juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sim telah bekerja keras bagi membawa pembangunan dan menaik taraf kehidupan penduduk di kawasan tersebut.", "Malah beliau juga menggalas tanggungjawab lain, misalnya Tugas sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk Majlis Bandar Raya Kuching Selatan, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak;  selain hal-hal  yang berkaitan dengan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (kedua-duanya adalah agensi Persekutuan) di Sarawak.", "Namun demikian, sebagai seorang pakar kardiologi, Dr. Sim tidak pernah melepaskan profesionnya dan beliau masih kerap membuat lawatan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), sebagai perunding kanan pakar kardiologi pelawat. Malah beliau adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Jabatan Kadiologi HUS pada tahun 2001.", "Jabatan ini telah berkembang secara progresif sebagai pusat kardiologi (Pusat Jantung HUS) dengan kemudahan tersendiri di Kota Samarahan dan pusat latihan yang diiktiraf untuk pakar bedah kardiotoraks, di mana beliau adalah penasihat di Pusat Penyelidikan Klinikal SGH dan juga ahli lembaga Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM), serta profesor tambahan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).", "Anak kepada Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak  (1974 – 1991), beliau menyertai politik dan bukannya menjadi pakar kardiologi sepenuh masa  agar beliau boleh membina lebih banyak hospital untuk menampung populasi yang semakin meningkat di Sarawak.", "Hari ini, Dr. Sim bukan sahaja membina hospital tetapi kemudahan infrastruktur untuk kawasannya yang sekali gus memacu lebih banyak pembangunan kepada kawasan Batu Kawah.", "PROJEK PEMBANGUNAN", "Antara projek tersebut termasuklah menaik taraf sistem saliran berjumlah RM244 juta yang merangkumi tebatan banjir, tambak dan pembersihan sungai (20 km), penyelenggaraan dan naik taraf jalan sebanyak RM30 juta termasuk lampu isyarat, pembesaran jalan, pemasangan pagar dan penghadang, pembahagi jalan dan laluan pejalan kaki, jambatan (300 km), naik taraf jalan batu kelikir sepanjang 41 KM melibatkan 1,200 rumah, 900 lampu jalan dan 53 kamera litar tertutup (CCTV).", "Kerja menaik taraf paip air diperluaskan ke kawasan perumahan dengan nilai keseluruhan MR2.5 juta, manakala bagi Kemudahan Rekreasi dan Sukan, terdapat lima taman dan tiga padang futsal dibina dengan kos RM13.5 juta.", "Sejak pandemik Covid-19 melanda, subsidi pertanian turut diberikan kepada petani berjumlah RM2.6 juta, naik taraf jalan kampung RM 3.9 juta, geran UNIFOR untuk kuil dan gereja RM4.0 juta dan taman Tepi Sungai Batu Kawah RM 22.8 juta. Dr. Sim turut merealisasikan pembinaan 11 buah dewan pelbagai jenis, satu dewan sukan dan balai raya dengan kos RM19 juta.", "Beliau turut membantu menaik taraf Klinik Kesihatan Batu Kawah dan Klinik 1 Malaysia termasuk program penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin melibatkan 185 rumah.", "Penaiktarafan Klinik Kesihatan Batu Kawah datang pada masa yang tepat kerana kawasan itu dibuka untuk menampung kecemasan vaksinasi Covid-19 di mana dalam tempoh enam minggu, 7,000 dos telah diberikan.", "Sentiasa meninjau nasib rakyat, Dr. Sim berkata beliau berharap untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Batu Kawah memandangkan permintaan dan harga rumah melambung tinggi .", "Mercu tanda terbaharu ialah Taman Tebing Sungai, dengan kerja pembinaannya bermula pada 2018,  bakal disiapkan dalam empat fasa dan akan mengubah landskap kawasan sungai, manakala  sebuah jambatan di paras setinggi lapan tingkat akan menghubungkan dua binaan di taman itu dari Pekan Lama Batu Kawa ke Kampung Rantau Panjang seluas 15.6 ekar.", "Projek pertama seumpamanya di negeri ini, Sky Window setinggi 30 meter bersamaan dengan bangunan setinggi 10 tingkat boleh diakses melalui tangga atau lif bagi orang ramai menikmati pemandangan menakjubkan di Batu Kawah.", "Dr Sim berkata tanpa projek landskap ini, kawasan itu hanya akan menjadi sebidang tanah terbiar yang terletak di bawah jambatan jalan raya tetapi kini, tanah terbiar ini diubah menjadi taman, dengan reka bentuk unik dan sepanjang 2 km laluan pejalan kaki dari satu hujung, kuil masyarakat Cina di Bazar Lama Batu Kawa sehingga ke Kampung Rantau Panjang di hujung sebelah lagi.", "Projek Taman Tebing Sungai Batu Kawah dibahagikan kepada lima fasa dengan fasa pertama dan kedua dibiayai Kerajaan Sarawak dengan kos RM8.8 juta dan Majlis Perbandaran Padawan sebagai agensi pelaksana. Dua fasa pertama telah selesai.", "MENANGANI COVID-19", "Mengenai kesukaran menjalankan kerja kementeriannya, Dr. Sim yang juga penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) berkata,  beliau bersyukur kerana beliau seorang doktor dan memahami bagaimana pandemik Covid-19 akan menjejaskan orang ramai.", "Beliau akan mengakses setiap hari dalam platform media sosialnya untuk mendidik orang ramai tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi  menangani wabak itu. Malah beliau sendiri melakukan ujian kendiri untuk memastikan beliau mempunyai tahap kesihatan yang baik kerana tidak orang di sekeliling  dijangkiti.", "Beliau berkata, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) daripada SDMC dan memastikan bahawa seseorang itu mengamalkan kebersihan  dapat menjauhkan Covid-19. Walaupun berhadapan kekangan bekerja semasa pandemik, Dr. Sim berkata beliau berjaya menyesuaikan diri dengan norma baharu.", "Masih tinggal bersama ibunya, Dr. Sim telah berkahwin dengan Profesor Madya, Datin Enn Ong. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.", "Oleh CONNIE CHIENG", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4298
Patuhi SHMMP sempena Aidilfi tri, Gawai
[ "AKUN GIMAN", "KAPIT: Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) prihatin terhadap isu kenaikan kos sara hidup menerusi pelbagai inisiatif bagi memastikan harga barangan stabil.", "Pegawai KPDNHEP Kapit, Al Redzamani Abdul Razak berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) KPDNHEP telah menguatkuasakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak 2020.", "Menurutnya, ia bertujuan untuk memastikan harga barangan terpilih terkawal dengan penepatan harga siling.", "“Saya ingin mengingatkan para peniaga dan peruncit supaya mematuhi Peraturan dan Peraturan Perdagangan KPDNHEP bagi memastikan harga yang adil untuk kepentingan pengguna.", "“Saya juga mengingatkan petugas penguatkuasa KPDNHEP di lapangan untuk memantau penawaran, permintaan dan kawalan harga.", "“Orang ramai boleh melaporkan jika terdapat mana peniaga yang didapati tidak mematuhi SHMMP. Aduan boleh dibuat menerusi talian hotline di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan di http: // e-aduan. kpdnhep.gov.my atau dalam talian di WhatsApp 019-2794317 atau kunjungi pejabat Kementerian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil,” tegasnya.", "Terdahulu, KPDNHEP mengumumkan senarai barangan terpilih SHMMP Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak 2020.", "SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2020 bermula pada 20 Mei hingga 3 Jun depan dengan sembilan jenis barangan disenaraikan.", "Antaranya ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu import, telur ayam gred A, B dan C, kelapa biji di peringkat pemborong dan kelapa parut di peringkat peruncit.", "Manakala, SHMMP Hari Gawai Dayak berkuatkuasa mulai 28 Mei hingga 3 Jun dengan 10 jenis barangan yang disenaraikan.", "Ayam hidup, ayam standard, ayam super, kepak ayam, ayam tua, telur ayam gred A, B dan C, daging babi (perut), dan daging babi (daging dan lemak) adalah barangan tersenarai.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32089
PUISI
[ "Ceritera seorang lelaki tua", "Menenggek sepi di gigi tangga", "Merenung basikal tua", "Yang hampir reput dimamah karat", "Dahulu basikal inilah kebanggaanku", "Sumber rezeki menyara keluarga", "Ke hulu ke hilir membawa beban", "Demi sesuap nasi", "Deringan locengnya", "Alunan kayuhannya", "Dari kejauhan", "Pasti didengari", "Menggamit keriangan anak-anak", "Oh, usianya dah lanjut", "Ancaman peredaran masa", "Basikal tua ini dan kisahnya", "Terperuk diam seribu bahasa", "Terpadam dalam kenangan", "Kaulah basikal tuaku", "Sentiasa menjadi kesayanganku", "Melihat engkau untuk menyelami diriku", "Merenung sisa-sisa waktu", "Adakah aku juga akan sepertimu", "Apabila tiba masanya nanti.", "William Muge Anak Acheh", "SMK Matang Hilir", "Alam tersergam indah", "Ciptaan tulus kurniaan yang Esa", "Penenang hati yang gundah gulana", "Memberi seribu ketenangan sanubari", "Membuat hati sentosa sentiasa", "Syukur di atas kurnia-Nya", "Menikmati alam indah nan damai", "Peliharalah alam sekitar", "Agar dapat sentiasa dirahmati", "Warisan generasi masa mendatang", "Menjadi pelapis kesejahteraan alam", "Nur Haniza Jamil", "Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak", "9 Mac 2022", "Saat menunggu kelahiranmu", "Aku selalu dan senang melihat kerdipan bintang di langit malam", "Menghilang resah detik engkau memasuki sembilan purnama", "Mencari hut pengganti hamal", "menjadi tanda bermula musim bunga di hemisfera utara", "Mentari saat ini terbitnya seakan tepat di ufuk timur", "Melakar edar membulat di atas jumantara", "Zawal ini engkau hadir ke dunia", "dengan laungan azan tanda gelincir kiraan waktu pertama", "Menghadiah senja di langit barat nan indah dipandang mata", "Separa Syaaban yang bakal membias cahaya terang purnama", "Yang terkadang hilang di sebalik awan – awan hitam", "Mengiringi sang bulan yang tidak terlihat mendekati saat tuanya", "menyantuni Ramadan, jauza dan sartan gah memberi kilauan menandakan ia tetap ada", "Wahai Al – Babadur, ketahuilah anakku lahir saat ini", "Wahai Al-Mintaka, amanahku adalah seorang puteri", "Wahai sang kejora, kuatkanlah kilauan di langit barat agar tidak tersesat di gelap dunia", "Inginku khabarkan hingga ke pinggir alam yang tetap berkembang ini", "Hanya aku punya rasa gembira saat engkau lahir ke dunia", "Dengan melihat tanda kebesaran ciptaan -Nya", "Lahirlah sebagai hamba-Nya ke dunia", "Mohammad Iskandar bin Spawi", "Jabatan Mufti Negeri Sarawak", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32079
Tiada AP untuk import bahan makanan
[ "PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan Permit Import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta merta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya semalam bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.", "“Ini akan membolehkan semua pihak untuk mengimport sebarang bahan makanan ke negara ini,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di sini semalam.", "Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan butiran lanjut berhubung AP untuk import bahan makanan itu.", "“Dulu ada AP daging dan lembu, mulai hari ini tidak ada lagi dan sesiapa sahaja boleh import apa sahaja bahan makanan dari negara luar untuk pastikan cukup bekalan,” katanya.", "Media sebelum ini melaporkan Malaysia mungkin mengalami krisis makanan yang teruk sekiranya pelbagai masalah seperti inflasi, kenaikan harga minyak, cuaca ekstrem, pandemik Covid-19 dan konflik antara Rusia dan Ukraine berlarutan.", "Setiap tahun Malaysia merekodkan lebih RM50 bilion import bahan makanan asas, dengan barangan seperti beras sebanyak 30 peratus, daging lembu (78 peratus), daging kambing (hampir 90 peratus) dan sayur kobis bulat (60 peratus).", "Ismail Sabri berkata, beliau juga telah mengarahkan MAFI untuk menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelak berlakunya krisis makanan di negara ini susulan isu seperti konflik Rusia-Ukraine.", "“Kita tahu seluruh dunia bimbang, bukan kita sahaja bimbang dengan kesan perang yang sebabkan kekurangan dari segi bekalan makanan. MAFI juga diminta mengambil tindakan segera berhubung isu kos sara hidup yang meningkat,” katanya.", "Fenomena akibat konflik Rusia-Ukraine memberi kesan kepada seluruh dunia apabila inflasi pelbagai negara terus meningkat.", "Mengenai laporan sekumpulan kartel industri ternakan ayam merancang menutup ladang ternakan sebagai protes kerana bayaran subsidi harga ayam lambat, Ismail Sabri berkata beliau telah meminta MAFI untuk mencepatkan dari segi pembayaran itu.", "“Saya pun dapat laporan ada prosedur tertentu agak melewatkan, jadi kita minta MAFI supaya mencepatkan dari segi pembayaran,” katanya.", "Menurut laporan media, sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]